Melayu Membisu Bila Dah Dapat Kuasa




Al Kisahnya...

Tulisan Ridwan Tee ,dia pulak yang bersuara pasal rm 58 juta ,orang Melayu terus membisu sebab dah daapt kuasa semula
👇🏿👇🏿👇🏿👇🏿👇🏿
Apakah jasa PN akan dikenang dengan bantuan tambahan RM58 juta?

Membaca berita bantuan RM58 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) memang amat menyakitkan hati. Selepas ini, akan diikuti dengan bantuan kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sekolah Persendirian Cina dan lain-lain.

Ketika di bawah PH, bantuan disalurkan melalui Alumni mereka. Kini di bawah PN, terus secara langsung kepada Lembaga pengurusan mereka. Hanya kerana mereka adalah orang MCA. Tidak hairan, ketika PRU14, lembaga ini pun tidak mengundi BN.

Jangan haraplah undi Cina ultra kiasu akan beralih kepada PN meskipun berapa banyak pun bantuan diberikan kepada Sekolah Persendirian Cina, TAR UC dan UTAR. Ini MCA baru ada dua kerusi parlimen, bayangkan selepas ini ada banyak kerusi? Malas nak fikir semua ini. Menang pula di kawasan majoriti Melayu.

Melayu menangkan MCA, MCA bantu sesama mereka. Jika tidak mana mungkin MCA dan Gerakan mempunyai bangunan konglomerat mereka sendiri, dan jutawan demi jutawan yang dilahirkan melalui syarikat yang ditubuhkan.

Jika nak bantu sangatpun, bantulah sekadar berpada-pada, tetapi bukan sehingga menenggelamkan bantuan kepada Sekolah Agama dan Sekolah Swasta yang jelas haknya dalam perlembagaan, berbanding dengan institusi yang terkeluar daripada senarai perlembagaan, tetapi masih terus dibantu.

Sekolah agama seperti melukut ditepi gantang. Sekolah Tahfiz usahlah cerita. Malah dihina lagi. Kita terus berdiam diri. 

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan sama seperti status Sekolah Kebangsaan, pun tidak dapat menambat hari mereka, malahan Persatuan Ibu dan Guru (Dong Jiao Zong), menjadi semakin ultra kiasu. Saban kali mengugut kerajaan untuk iktiraf segala sijil mereka meskipun tidak layak berbuat demikian. 

Pendek kata, semakin banyak bantuan diberikan, semakin mantap kedudukan mereka, semakin ultra kiasu mereka, sebab ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Bermandikan duit.

Tidakkah semua sedar bahawa boleh dikatakan majoriti 1300 SJKC yang ada di seluruh negara mempunyai bangunan tambahan sendiri, termasuk dewan yang canggih, selain daripada bangunan yang disediakan sepenuhnya oleh kerajaan. Dari mana mereka dapat wang yang begitu banyak kalau bukan majoriti jutawan mereka menderma kepada sekolah tersebut.

Saya sudah lama katakan bahawa tanpa bantuan kerajaan pun, institusi Pendidikan mereka tidak akan ada masalah langsung, kerana komitmen jutawan dan ibu bapa mereka sangat tinggi.
Kita tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Saya secara konsisten mengingatkan tetapi tidak pernah diendahkan. Sedangkan dengan mengingatkan melalui tulisan ini, terlalu mahal harga yang perlu dibayar. Ugutan demi ugutan, kecaman demi kecaman, penghinaan demi penghinaan diterima. Saya terima sahaja dengan harga yang perlu dibayar.

Sejak zaman Pak Lah, tidak ketinggalan zaman Najib Razak lagi saya lantang bersuara, sebanyak mana pun bantuan diberikan, undi mereka tidak akan beralih. Malah saya berani katakan semakin banyak bantuan diberikan, semakin ramai ultra kiasu yang akan dilahirkan. Undi tidak akan pergi kepada MCA atau Gerakan, tetapi kepada DAP. Bukan sedikit tetapi lebih banyak.

Apakah kita sudah lupa bantuan bulan bintang yang Najib Razak telah berikan kepada kepada Sekolah Persendirian Cina dan Universiti Cina ketika kempen PRU14. Saya sudah ingatkan berkali-kali, hingga akhirnya BN kecundang. 

Paling terkesan, kelulusan pemberian 1.2 hektar tanah kepada Sekolah Persendirian Cina Chong Hwa, Sentul, bagi tempoh 99 tahun, pembinaan kompleks sukan ketika kempen PRU14? Akhirnya, geran dia dapat, undi pergi kepada ultra kiasu, PRU14 BN tumbang. Sudah lupa? Hairan saya, kenapa masih tidak belajar, walaupun sudah dipatuk dua kali.

Ingin saya tegaskan di sini, institusi yang dibantu dengan banyak ini, tidak membantu pembangunan negara bangsa dan jati diri negara bangsa. Bayangkan semua Cina berkumpul di suatu tempat tanpa bercampur dengan bangsa asal atau majoriti.

Sudahlah sejak kecil  kita dipisahkan dengan sekolah berbeza. Sampai ke peringkat pengajian tinggi pun kita dipisahkan. Dengan bantuan yang diberikan, institusi Pendidikan mereka semakin canggih, penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ibarat melukut di tepi gantang. Sejarah Tanah Melayu diperlekehkan, sejarah Tanah Besar China dilebihkan.

Apakah kita sudah lupa, Universiti Awam yang dihuni bersama dengan majoriti pun mereka begitu berani. Sudah lupa peristiwa tunjuk perasaan membawa plakad ketika istiadat majlis konvokesyen Universiti Malaya tahun lepas. Desakan mahukan Naib Canselor UM dipecat. Tidak ada apapun tindakan dikenakan oleh PH. Lepas begitu sahaja. Banyak lagi kes lain.

Nampaknya, kita tidak pernah mahu belajar. Kita berpolitik kerana kemarukkan undi bukan mahu membina negara bangsa. Jika beginilah keadaannya, PH ker memerintah, PN ker memerintah, seolah-olah tidak ada beza. Semua nak mengambil hati orang lain. Hati sendiri terluka tiada siapa yang ambil tahu. Berbaloikah politik sebegini?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/melayu-membisu-bila-dah-dapat-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubar Dewan Negeri Jika Berebut Kuasa Berlaku Lagi Kata Sultan Johor

Bubar Dewan Negeri Jika Berebut Kuasa Berlaku Lagi Kata Sultan Johor

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 325 hits
PETALING JAYA Sultan Johor mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan serta merta jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat Sultan Ibrahim kecewa perebutan kuasa berlaku dalam keadaan rakyat sedang susah Mereka langsung t...
Kuasa Penipuan Mata Wang Dolar

Kuasa Penipuan Mata Wang Dolar

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 253 hits
Baru baru ini mata wang AS diramalkan akan menyaksikan kenaikan yang ketara dan pertumbuhan berterusan walaupun akibat buruk dari pandemik COVID 19 Namun kini ramai pakar mempunyai pendapat yang bertentangan mempercayai bahawa kekuatan dola...
Tengah Mabuk Kuasa Tetiba Terencat

Tengah Mabuk Kuasa Tetiba Terencat

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 705 hits
SULTAN IBRAHIM BERI AMARAH BUBAR DUN JOHOR Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sekiranya perebutan kuasa berterusan Saya aka...
Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 438 hits
Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta titah Sultan Johor Foto Instagram officialsultanibrahimKemelut politik berlanjutan Sultan Johor beri amaran bubar DUNKL Sultan Joho...
Johor Berdepan Pilihanraya Umum Perebutan Kuasa Tidak Diselesaikan Segera

Johor Berdepan Pilihanraya Umum Perebutan Kuasa Tidak Diselesaikan Segera

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 277 hits
Dewan Undangan Negeri di Malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang di Pertua Negeri sebagai ketua negeri seorang Speaker dan ahli ahli Dewan Undangan Negeri ADUN terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan ADUN akan ...
Kuasa Di Tangan Agamawan Rakyat Dapat Apa

Kuasa Di Tangan Agamawan Rakyat Dapat Apa

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 242 hits
Kredit Ust Emran Ahmad Kuasa apabila di tangan agamawan bukanlah jaminan rakyat akan mendapat manfaat Kerap berlaku dalam sejarah agama ditunggang oleh agamawan untuk mendapatkan kekuasaan Konon demi agama tetapi yang untung bukanlah agama ...
Kuasa Hukum Pemecatan Ruslan Buton Dari Tni Karena Dia Tolak Tka China Masuk Ke Maluku

Kuasa Hukum Pemecatan Ruslan Buton Dari Tni Karena Dia Tolak Tka China Masuk Ke Maluku

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 309 hits
Kuasa hukum Ruslan Buton Tonin Tachta Singarimbun angkat bicara soal kabar kliennya dipecat dari prajurit TNI AD karena tersandung kasus pembunuhan pada 2017 lalu Menurutnya pemecatan tersebut bernuansa politis Pada 2017 lalu Tonin mengatak...
Mahathir Malaysia Digulingkan Dari Parti Di Tengah Perebutan Kuasa

Mahathir Malaysia Digulingkan Dari Parti Di Tengah Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 304 hits
Mahathir Malaysia digulingkan dari parti di tengah perebutan Kuasa KUALA LUMPUR Malaysia Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad digulingkan dari parti politik etnik Melayu dalam pertempuran terbaru dengan penggantinya tetapi telah ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal