Melayu Mana Yang Malas



(Malaysia Gazette) – Tun Daim sangkal Melayu malas. Sebelum beliau, Prof Ungku Aziz, Prof Syed Hussein Alatas (Gambar), Prof Syed Naquib Al Attas dan ramai lagi cerdik pandai Melayu yang telah menolak tohmahan bahawa Melayu malas.
Betul, sebahagian besar orang Melayu miskin. Bacalah buku Dr Muhamad Khalid bertajuk “.The Colour of Inequality” yang menunjukkan banyak fakta bahawa orang Melayu memang miskin di negara ini. Tapi sebab utama mereka miskin bukan sebab mereka malas.
Pada Prof Syed Naquib Al Attas, orang Melayu menjadi miskin sebab dasar British yang melebihkan imigran yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh mereka. Kerana Inggeris yang membawa masuk, banyak peluang telah diberikan pada imigran.
Pada Syed Naquib Al Attas, di era penjajahan, orang Melayu miskin kerana mereka telah dikekalkan dalam kegiatan ekonomi pertanian yang tidak produktif oleh Inggeris. Mereka sebenarnya rajin tapi hasil pertanian tidak produktif berbanding perlombongan bijih timah atau menjalankan perniagaan.
Akibat dasar agihan ekonomi kolonial Inggeris, orang Melayu sebelum merdeka terus ketinggalan dan kekal miskin sehingga merdeka.
Kata Prof Ungku Aziz pula, bila sudah merdeka, hasil dari dasar ekonomi Inggeris sebelum merdeka orang bukan Melayu telah berjaya menguasai ekonomi negara yang mempunyai produktiviti tinggi. Kilang dan sektor industri dikuasai sepenuhnya oleh bukan Melayu. Pada 1960an, kuasa ekonomi orang Melayu hanya sekitar 3% berbanding orang Cina hampir 60%. Selebihnya milik syarikat orang Barat.
Di saat orang bukan Melayu menguasai ekonomi yang produktif, masyarakat Melayu pula kekal dengan pertanian sara diri. Pemimpin Melayu selepas merdeka juga mengekalkan orang Melayu dalam sektor pertanian sara diri. Yang lebih ditumpukan oleh kerajaan di era 1970an adalah industri. Pertanian bukanlah sektor yang menjadi keutamaan.
Lihat sahajalah harga padi yang menjadi sektor utama ekonomi orang Melayu, sehingga sekarang pun harga padi sangat rendah. Bayangkan harga padi tidak pernah dinaikkan walaupun harga beras meningkat berkali ganda. Sebab itu pesawah padi sehingga hari ini dikategorikan sebagai pekerja paling miskin di negara ini.
Prof Ungku Aziz dalam kajian beliau di tahun 1960an membuktikan wujud kartel di kalangan orang bukan Melayu yang telah ‘menyekat’ orang Melayu yang baru berniaga. Rantaian peniaga bukan Melayu telah menguasai bekalan hingga peniaga Melayu sukar berniaga. Walaupun orang Melayu rajin berniaga tapi akhirnya mereka gulung tikar juga.
Prof Syed Hussein Al Attas pula menghujahkan punca Melayu miskin sebab pemimpin Melayu makan rasuah. Mereka ini tak mampu menjadi pemimpin yang amanah. Pemimpin Melayu yang makan rasuah ini rendah akhlaknya. Apa yang menguntungkan mereka semuanya mereka akan kaut. Semoga Allah swt membalas segala kejahatan mereka ini di hari pembalasan nanti.
Para intelektual Melayu pula pada Prof Syed Hussein Alatas tidak ada kesungguhan untuk mengubah kehidupan masyarakat sendiri. Mereka terpisah dari masyarakat apabila sudah selesa di menara gading.
Pada Prof Syed Hussein Alatas, pemimpin Melayu yang rasuah dan intelektual Melayu yang bungkam dan bacul inilah punca utama orang Melayu miskin dan ketinggalan. Pemimpin dan intelektual Melayu jenis ini lebih berfikir memewahkan diri dan keluarga sendiri. Mereka akan buat apa sahaja yang menguntungkan mereka walaupun tindakan mereka akan merugikan generasi depan bangsa Melayu. Bacalah buku-buku beliau jika anda mahu tahu lebih lanjut. Misalnya “The Sociology of Corruption (1968), Intellectuals in Developing Societies (1977), The Problem of Corruption (1986), Corruption: Its Nature, Causes and Functions (1990), Corruption and the Destiny of Asia (1999)”
Ikut kata Tun Daim lagi , walaupun orang Melayu rajin, ada juga orang Melayu yang segelintirnya malas. Mereka ini ialah orang Melayu di kalangan penerima habuan politik. Mereka ini jenis Melayu yang terima kontrak kerajaan kemudian ‘jual kontrak’ pada orang lain. Mereka ini juga jenis Melayu yang bila terima AP kereta import tapi jual AP pada orang lain. Kata Tun Daim inilah contoh Melayu malas.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/12/22/melayu-mana-yang-malas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Kata Melayu Malas Itu Tak Betul Tun Daim

Siapa Kata Melayu Malas Itu Tak Betul Tun Daim

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 355 hits
Tun Daim Zainuddin meluahkan kekecewaan beliau terhadap pandangan yang mengatakan penyebab orang Melayu tidak berjaya adalah kerana kaum itu sendiri yang sifatnya malas Bekas menteri kewangan itu menegaskan banyak kejayaan telah dilakarkan ...
Pengaruh Najib Makin Menurun Yang Tinggal Hanya Minoriti Kaki Brim Dan Melayu Malas

Pengaruh Najib Makin Menurun Yang Tinggal Hanya Minoriti Kaki Brim Dan Melayu Malas

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 393 hits
Rakyat yang lain melayu yang rajin sudah mula menggerakan langkah sendiri usaha mencari income untuk perkayakan keluarga kerana BRIM sekadar gula politik YG tidak AKAN MEMBAWA jauh ke Mana Dan bukan jalan rintis untiuk senang atau Kaya Raky...
Tiada Istilah Melayu Malas Tok Wan Dah Umur 104 Tahun Masih Turun Laut Tangkap Udang

Tiada Istilah Melayu Malas Tok Wan Dah Umur 104 Tahun Masih Turun Laut Tangkap Udang

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 408 hits
Walaupun sudah berusia 104 tahun tidak menghalang seseorang itu untuk tidak membataskan pergerakan selagi kudratnya masih kuat Perkongsian amriothmann di laman Twitter miliknya telah mendapat banyak reaksi positif dari warganet Rata rata wa...
Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 807 hits
Seorang lelaki tua berusia 50 tahun bertindak gila apabila didakwa memperkosa anak kandungnya sendiri di Takalar Indonesia sehingga mangsa hamil enam bulan Lelaki diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun selama ...
Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 580 hits
Ini bukan kali pertama DS Najib buat sumpah laknat untuk menafikan pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Ini adalah kali ketiga DS Najib melakukan sumpah laknat atas isu yang sama Kali pertama pada tahun 2007 di Ijok Selangor ketika ...
Mana Mungkin Kami Pilih Seorang Juara Kalau Dua Dua Hebat

Mana Mungkin Kami Pilih Seorang Juara Kalau Dua Dua Hebat

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 274 hits
Keputusan juri Gegar Vaganza 2019 memberikan kemenangan bersama kepada Hady Miirza dan Naqiu Boboy mengundang kontroversi malam tadi Rata rata peminat tidak berpuas The post appeared first on
Lihat Karakter Seseorang Dari Bentuk Jari Kakinya Yang Mana Satu Jari Kaki Anda

Lihat Karakter Seseorang Dari Bentuk Jari Kakinya Yang Mana Satu Jari Kaki Anda

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 506 hits
Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling sempurna dan unik Setiap bahagian tubuh manusia mempunyai keistimewaan serta fungsi masing masing Menurut sesetengah petua orang orang tua yang berpengalaman bentuk anggota tubuh badan man...
10 Film Lokal Dan Internasional Terbaik 2019 Versi Hipwee Udah Nonton Yang Mana Aja Nih

10 Film Lokal Dan Internasional Terbaik 2019 Versi Hipwee Udah Nonton Yang Mana Aja Nih

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 284 hits
Jangan sampai melewatkan deretan film berikut deh Tanpa film film ini tahun 2019 nggak lengkap rasanya
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation