Melayu Islam Meraikan Hak Kaum Lain Dan Agama Anutan Mereka



 Semua pihak dan semua kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini menerima suasana harmoni. Inilah konsep positif yang ada dalam masyarakat Melayu beragama Islam. Orang Melayu boleh menerima kaum lain kalangan bukan Islam di tengah masyarakat Melayu.
Walaupun hanya satu keluarga dan mengendalikan sebuah kedai runcit, bukan Melayu boleh hidup di tengah-tengah kampung Melayu sejak zaman berzaman.
Adapun yang menganut Islam pula dianggapnya masuk Melayu, kerana inilah kesan ajaran Islam yang ada dalam diri mereka, walaupun Islam itu adalah agama bukannya bangsa.
Bukan Melayu dan bukan Islam pula bergaul dan bercakap Bahasa Melayu walaupun pelat, tetapi tetap bermesra dan bersaudara. Sehingga ada yang berbudaya Melayu walaupun dikekalkan bangsa dan agamanya yang tidak Islam.
Ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, negeri paling tenang dan aman adalah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Negeri yang banyak pengajian Islam dan paling padat Melayunya.
Ini menunjukkan mereka tetap memelihara adab yang diajarkan oleh Islam dan cara hidup bermasyarakat majmuk terhadap penganut agama lain.
Al-Quran mendidik umat Islam bahawa manusia adalah keluarga besar walaupun berbagai-bagai agama dan bangsa. Semuanya daripada Adam dan Hawa.
Firman Allah: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa) dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum supaya kamu bertaaruf (berkenal-kenalan dan saling berhajat antara satu dengan yang lain mengikut konsep bermasyarakat majmuk dan madani). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)
Konsep hubungan kekeluargaan manusia diwujudkan bersama konsep dakwah Islam kepada seluruh alam, tanpa paksaan terhadap penganut agama lain, dan mengekalkan bangsa dan budaya masing-masing yang sinonim dengan makna Islam itu sendiri ialah menyerah diri secara ikhlas kepada ajarannya.
Pendekatan cara paksaan adalah membatalkan keikhlasan dan menimbulkan ketegangan. Walaupun wajib berdakwah mengajak manusia semuanya kepada Islam, namun Islam konsisten mewajibkan adil dan memberi hak terhadap semua kaum dan agama dalam masyarakat majmuk dan masyarakat madani.
Adalah menjadi hak yang wajib kepada penganut Islam yang menjadi masyarakat awal dan bersifat dominan dalam negara ini, menegaskan Islam menjadi agama negara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama diberi hak yang adil kepada agama lain.
Inilah keputusan yang saksama pada awal kemerdekaan berasaskan persetujuan secara demokratik dalam Pilihan Raya Umum Pra Kemerdekaan pada tahun 1955 yang melibatkan Parti Perikatan.
Ketegangan yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969 apabila adanya parti yang berlumba menjadi juara fanatik perkauman sehingga mencetuskan ketegangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2023/01/ftg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mereka Tiada Kuasa Peguam Maklum Pengawal Keselamatan Tiada Hak Ambil Kad Pengenalan

Hiburan Mereka Tiada Kuasa Peguam Maklum Pengawal Keselamatan Tiada Hak Ambil Kad Pengenalan

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 217 hits
Mesti ramai yang pernah lalui situasi di mana ketika mengunjungi rumah rakan pasti pengawal keselamatan di rumah mereka akan mengambil kad pengelanan seandainya mahu masuk Oleh kerana ramai yang bertanya sama ada tindakan itu boleh dilakuka...
Kemasukan Hdb Beri Ancaman Kepada Orang Melayu Islam Penyelidik Iris

Kemasukan Hdb Beri Ancaman Kepada Orang Melayu Islam Penyelidik Iris

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 258 hits
Kampung Melayu dihapus secara paksa kondominium mewah dibina tapi kaum lain yang untungismaweb netOleh Zuhayati YazidBANGI 4 Rejab 1444H Khamis Tindakan kerajaan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura Lembaga Perumahan dan ...
Jangan Salahkan Orang Lain Bila Umno Hilang Sokongan Melayu Saifuddin

Jangan Salahkan Orang Lain Bila Umno Hilang Sokongan Melayu Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 396 hits
malaysiakini comUmno sepatutnya tidak boleh menyalahkan orang lain apabila parti itu semakin kehilangan sokongan orang Melayu kata ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Saifuddin Abdullah Sambil menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang seda...
Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Level Up Your Wardrobe With Geeksoutfit Com The Ultimate Destination For Geek Nerd Shirts

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Menerima Pandangan Mereka

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Remaja Dicekup Menyamar Polis Tahan Gadis Tengah Malam

Erika Carl Hamil 9 Bulan 6 Hal Mengejutkan Yang Baru Ia Ungkap Ke Publik