Melayu Cape Komuniti Melayu Afrika Selatan




DI BENUA Afrika, satu-satunya negara yang mempunyai ramai penduduk dari etnik Melayu adalah Afrika Selatan. Di negara ini, penduduk Melayu dikenali dengan nama Melayu Cape (disebut ‘kep’, bukannya cape atau capek yang ertinya letih.
Melayu Cape (kap) di sini hampir menyamai definisi Melayu di negara kita iaitu istilah umum yang merujuk kepada komuniti keturunan pendatang yang datang dari seluruh kepulauan Melayu (tidak terhad dari semenanjung Tanah Melayu semata-mata) dan turut mempunyai percampuran darah dengan para pendatang dari India, Madagascar, Arab dan lain-lain kawasan. 
Nama ‘Cape’ ini merujuk kepada Cape of the Golden Hope, wilayah di mana masyarakat Melayu yang dibuang negeri dikumpulkan. Pendatang dari kepulauan Melayu dikatakan mula tiba di Afrika Selatan sekitar abad ke-17. Pendatang dari kepulauan Melayu ini boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:golongan raja dan bangsawan, ulama’, rakyat merdeka serta hamba. Antara tokoh-tokoh bangsawan yang dibuang negeri oleh penjajah Belanda ke Afrika Selatan ialah: 

Raja Tambora, menantu Sultan Pakubuwono iaitu Loring Passir dan adiknya, Dipa Nagara, Raja Muda Doumano iaitu Termano,Raja Ahmad dari Ternate, Raja Madura, Daeng Mangenan dari Makasar dan Raja Boelong Egnesius Monoppo sementara ulama’ terkenal yang dibuang negeri ke sini ialah Syeikh Yusuf, mufti Kerajaan Banten, dan Imam Abdullah Kadi Abdussalam.Apa yang menarik, tindakan penjajah Belanda membuang negeri ulama’-ulama’ terkemuka dari Nusantara ke Afrika Selatan seperti Syeikh Yusuf telah memberikan hikmah penyebaran syiar Islam di selatan benua Afrika ini. 

Salah satu fakta yang agak pelik dan aneh untuk diteliti ialah dasar penjajah Belanda pada ketika itu yang menggalakkan golongan hamba-hamba untuk memeluk agama Islam. Ini kerana penjajah Belanda tidak membenarkan hamba-hamba yang beragama Kristian untuk diperdagangkan di pasaran. 

Setiap hamba yang diterima untuk memeluk agama Kristian di Afrika Selatan secara automatiknya akan menjadi manusia yang bebas. Justeru itu, bagi mengelakkan kehilangan hamba-hamba ini yang dianggap oleh penjajah Belanda sebagai sebagai “harta” yang boleh di jual-beli di pasaran, hamba-hamba yang masih belum beragama digalakkan untuk menganut agama Islam.


Topi bulat yang dipanggil Toding dipakai secara meluas dan merupakan salah satu identiti Melayu Cape pada abad ke-18 dan 19. Bentuknya seakan-akan bentuk topi Tarendak bagi masyarakat Melanau di Sarawak.

Kehadiran rumpun Melayu juga membolehkan pengaruh Bahasa Melayu digunapakai di Afrika Selatan khususnya di Cape Town. Perkara ini dapat dirujuk menerusi catatan mahkamah yang dibuat pada tahun 1713. Salah satu kes mahkamah yang membabitkan 12 orang pekerja menggunakan Bahasa Melayu dalam menyampaikan keterangan mereka. 

Catatan lain pula menunjukkan pada tahun 1725, seorang pesalah berketurunan China juga memberikan keterangan di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu. Sementara pada tahun 1733, tiga pesalah keturunan yang sama turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi di mahkamah. 

Namun demikian, Bahasa Melayu semakin mengalami kepupusan menjelang abad ke-19 dan tidak lagi dituturkan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu Cape dan hanya digunakan oleh beberapa individu terutamanya yang sering berurusan dan berulang-alik antara Afrika Selatan ke Malaysia/Indonesia. Beberapa istilah istilah Bahasa Melayu juga turut terserap dalam Bahasa Afrikaan, antaranya ialah Agar-agar, Arak, Askari (Askar) dan Atjar (Acar).

Menjelang abad ke-20, istilah ‘Melayu’ terus digunakan oleh penjajah British yang mengambil alih kuasa daripada Belanda di Afrika Selatan. Penjajah British turut mengetengahkan jati diri Melayu di Afrika Selatan dengan menubuhkan satu batalion tentera yang dikenali sebagai “Malay Corps”. Tindakan penjajah British itu menunjukkan pengiktirafan mereka terhadap masyarakat Malay Cape sebagai salah satu daripada warga penduduk di Afrika Selatan. 

Walaubagaimanapun, pada tahun 1846, batalion ini telah dibubarkan apabila anggotanya terlibat dalam pemberontakan disebabkan mereka tidak diberikan layanan sebagaimana yang telah dijanjikan.


Ketika era Aparteid, masyarakat Melayu di Afrika Selatan dikelaskan dalam golongan ‘Coloured’, yang menduduki strata pertengahan dalam kelas sosial pada waktu itu. Golongan Kulit Putih menduduki herarki teratas sementara golongan kulit Hitam menduduki hierarki terbawah. 

Masyarakat Melayu di Afrika Selatan khususnya di Cape kini ramai yang tinggal di Malay Quarters, merupakan sebuah kawasan berbentuk segi empat bujur yang dibatasi oleh Jalan Buitengracht, Chiappini, Wale dan Strand. Kawasan ini merupakan kawasan kediaman tertua orang Melayu di Afrika Selatan. Malay Quarters terletak di pinggir pusat bandar raya Cape Town dan sering di sebut sebagai Bo-Kaap. 

Sungguhpun Bo-Kaap pada asalnya merupakan tempat kediaman orang Melayu, tetapi hari ini kawasan ini lebih merupakan kawasan kediaman penduduk kulit berwarna.

Identiti bahasa dan budaya masyarakat Melayu Cape semakin lama semakin terhakis sejajar dengan peredaran masa. Memandangkan pada hari ini, masyarakat Islam Afrika Selatan dari keturunan benua India lebih ramai daripada masyarakat Melayu Cape, minoriti Melayu Cape lebih selesa menggunapakai nama yang lebih umum iaitu “Muslim Cape” berbanding “Malay Cape” pada hari ini.https://muhdhazrie.wordpress.com/2012/02/21/komuniti-melayu-cape-di-afrika-selatan/

Bersambung..

Lihat sebelum ini..

Jom Kenali Melayu Afrika Selatan, Sejak Tahun 1600...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/melayu-cape-komuniti-melayu-afrika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Kenali Melayu Afrika Selatan Sejak Tahun 1600

Jom Kenali Melayu Afrika Selatan Sejak Tahun 1600

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 422 hits
PASTI ramai yang tidak tahu selain daripada Malaysia dan negara negara lain di Asia Tengga seperti Brunei Indonesia Singapura Thailand dan Filipina bangsa Melayu juga boleh dijumpai di benua Afrika Terletak sejauh 9 588km daripada Kuala Lum...
Hafizh Syahrin Sah Bakal Digantikan Pelumba Dari Afrika Selatan

Hafizh Syahrin Sah Bakal Digantikan Pelumba Dari Afrika Selatan

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 325 hits
Setelah dua musim pelumba negara kita Hafizh Syahrin berada di pentas MotoGP akhirnya HS55 terpaksa akur apabila nama seorang pelumba dari Afrika Selatan disebut akan menggantikannya Pelumba terbabit ialah Brad Binder dan ia telah sah akan ...
Big Stage Musim Kedua Membawa Peserta Dari 5 Buah Negara Asia Termasuk Korea Selatan

Big Stage Musim Kedua Membawa Peserta Dari 5 Buah Negara Asia Termasuk Korea Selatan

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1017 hits
Program realiti hiburan Big Stage sebelum ini telah melahirkan penyanyi Sarah Suhairi kini kembali untuk musim kedua Kali ini ia tampil berbeza kerana pihak produksi membawakan peserta peserta berbakat bukan sahaja dari Malaysia malah dari ...
Algeria Juara Piala Negara Negara Afrika 2019

Algeria Juara Piala Negara Negara Afrika 2019

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 468 hits
PEMAIN Algeria selepas menewaskan pasukan Sengega dan berjaya menjulang Piala Negara Negara Afrika Foto EPA Algeria juara Piala Negara Afrika JARINGAN awal Baghdad Bounedjah membolehkan Algeria menjulang trofi Piala Negara Afrika kali perta...
Met Malaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Selatan Tanah Air Sehingga Malam Ini

Met Malaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Selatan Tanah Air Sehingga Malam Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 385 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di negeri Johor Menurut kenyataan yang dikeluarkan dijangkakan empat kawasan utama bakal dilanda ribut petir sehingga jam 9 malam ini Jab...
Bupati Solok Selatan Dan Rieke Serahkan Berkas Dokter Gigi Romi Ke Menpan Rb

Bupati Solok Selatan Dan Rieke Serahkan Berkas Dokter Gigi Romi Ke Menpan Rb

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 169 hits
Kami atas nama pemerintah Solok Selatan menyampaikan permohonan maaf atas permasalahan yang terjadi yang mungkin telah melukai hati masyarakat Indonesia dan khususnya kawan kawan dari disabilitas pinta Muzni
Tak Ada Penurunan Debit Air Laut Di Tasik Selatan Dan Pangandaran

Tak Ada Penurunan Debit Air Laut Di Tasik Selatan Dan Pangandaran

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 188 hits
Humas Kantor SAR Bandung Jhosua Banjarnahor menyebut bahwa hingga saat ini tidak ada penurunan debit air di sekitar pantai selatan Tasikmalaya dan Pangandaran Warga juga tidak dievakuasi tapi ada beberapa di antara mereka yang memilih menca...
Gempa Banten M 7 4 Berpotensi Tsunami Warga Garut Jauhi Pantai Selatan

Gempa Banten M 7 4 Berpotensi Tsunami Warga Garut Jauhi Pantai Selatan

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 221 hits
Ratusan warga yang tinggal di sekitar pantai yang ada di wilayah selatan Garut Jumat malam menjauh hingga 2 kilometer Hal tersebut dilakukan mengingat adanya peringatan tsunami yang dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika pa...
Lagi Selat Sunda Diguncang Gempa Tsunami Intai Ratusan Desa Di Pantai Selatan Jawa

Lagi Selat Sunda Diguncang Gempa Tsunami Intai Ratusan Desa Di Pantai Selatan Jawa

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 286 hits
Gempa terjadi lagi di Selatan Jawa pada Sabtu dini hari Kali ini gempa berkekuatan 4 4 magnitudo itu berpusat di Kabupaten Sukabumi Jawa Barat Menurut laporan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika gempa terjadi pada pukul 00 22 WIB Ge...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids