Melawat Seaverse Cafe Restaurant Hatyai Thailand


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Baiklah, beberapa bulan yang lalu, aku ada ceritakan secara ringkas tentang lokasi-lokasi menarik di Hatyai, Thailand yang mana aku dan rakan-rakan blogger lain singgah dalam Trip 4 Hari 3 Malam di Hatyai bersama Kopetro Travel

Alhamdulillah, kali ini aku rasa macam nak kongsikan dengan lebih panjang lebar satu lokasi menarik yang aku pergi. Sebuah lokasi yang sungguh cantik dan indah, banyak tempat menarik untuk bergambar anda boleh lakukan di sini iaitu di SeaVerse Cafe & Restaurant. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan sehabis baik pengalaman aku di sana ya. Selamat membaca

MELAWAT SEAVERSE CAFE & RESTAURANT, HATYAI, THAILAND
Baiklah, kumpulan kami ke SeaVerse Cafe & Restaurant adalah diwaktu petang iaitu selepas melawat Masjid Besar Songkhla. Sampai sahaja di situ, seterusnya kami perlu membeli tiket masuk iaitu sebanyak 30 baht bagi setiap orang. 



Masuk ke kawasan kaunter dan pendaftaran, memang anda boleh nampak sorak dan hiasan yang cantik, penuh warna warni. Bagi aku harga 30 baht adalah harga yang sangat berpatutan dengan pengalaman yang anda bakal alami apabila masuk ke dalam kawasannya. 
KAWASAN SEKITAR YANG CANTIK & INDAH 
Berikut adalah beberapa gambar pemandangan sekitar kawasan SeaVerse Cafe & Restaurant. Sebenarnya bagi aku gambar sahaja tidak cukup kerana pemandangan di sini memang betul-betul cantik. 

Anda boleh lihat sememangnya setiap pelusuk dan arah di dalam kawasan ini memang sesuai untuk bergambar. 

Pemandangan yang paling menarik bagi aku sudah tentunya dua ekor kuda laut yang comel dan bersaiz gergasi ini. Aku tak pasti apakah signifikasi kuda laut sebegitu, tetapi warnanya yang terang, dengan latar belakang langit biru, memang cukup cantik



Oh ya, disini juga terdapat sampan dimana anda boleh membaling wang syiling untuk suka-suka



Dua gambar di atas ini adalah daripada Facebook SeaVerse Cafe & Restaurant. Memang cantik bukan? Aku rasa waktu senja juga antara waktu terbaik untuk bergambar sebab cahaya senja matahari dengan arca di sini memang sangat cantik. 

Aktivit seterusnya apa lagi, bergambar beramai-ramai. Seronok sebenarnya bila datang beramai-ramai dan sesi bergambar sememangnya sungguh happening. Masing-masing teruja dengan aksi dan gelagat tersendiri. 

BEREHAT & SANTAI DI SEAVERSE CAFE
Beberapa minit kemudiannya cuaca semakin memburuk dengan hujan mula turun menyebabkan kami masing-masing ke ruangan kafenya. Kafenya memang cantik, dengan dindingnya yang kelihatan seperti diperbuat daripada kayu buluh



Lebih menariknya, di dalam kafe ini tersedia pendingin hawa, jadi selepas berpeluh bergambar dan sebagainya, berehat dan santai di kafe adalah satu perkara yang paling sesuai. Di sini anda boleh memesan beberapa menu minuman dan makanan menarik. Anda boleh lihat DI SINI untuk menu yang terdapat di SeaVerse Cafe & Restaurant. 

Alhamdulillah, tekak pun dah basah, dahaga pun dah hilang, hujan pun dah turun, tibalah masanya untuk teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya. 
SeaVerse Cafe & Restaurant ini bagi aku merupakan antara tempat terbaru yang anda perlu masukkan dalam senarai untuk dilawati sekiranya datang ke Hatyai, Thailand. Pemandangan yang menarik dan banyak lokasi bergambar, aku rasa tempat ini bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong terutamanya pelancong dari Malaysia. 


SEAVERSE CAFE & RESTAURANT
📍LOKASI : Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand⌚ WAKTU OPERASI : Setiap Hari, 8.30 Pagi - 8.00 Malam 📞 TELEFON : +66 66 047 2047
FACEBOOK : https://www.facebook.com/SeaverseCafe/TIKTOK : https://tiktok.com/@sea_verse_cafe

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/09/melawat-seaverse-cafe-restaurant-hatyai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasar Malam Rim Khuean Market Di Narathiwat Port Jalan Jalan Cari Makan Thailand

Pasar Malam Rim Khuean Market Di Narathiwat Port Jalan Jalan Cari Makan Thailand

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum Sambung la staycation kita di Selatan Thailand Lepas makan angin di Narathat Beach otw nak balik resort lalu bandar terjumpalah Rim Khuean Market Happening sangat tempat nie dengan hiasan lampu warna warni macam dekat I city...
Koh Lipe Satun Thailand

Koh Lipe Satun Thailand

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 375 hits
Koh Lipe Satun Thailand is a beautiful island located in the southern part of Thailand near the border with Malaysia It s known for its stunning beaches crystal clear waters and vibrant marine life making it a popular destination for snorke...
Ini 4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Kalau Nak Stay 45 Hari Di Thailand Tanpa Visa Pelancong

Ini 4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Kalau Nak Stay 45 Hari Di Thailand Tanpa Visa Pelancong

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 210 hits
Sejak pintu sempadan Thailand dibuka semula untuk tujuan pelancongan negara Gajah Putih itu tidak pernah lekang daripada kunjungan pelancong khususnya rakyat Malaysia Sebelum ini kerajaan Thailand meletakkan pelbagai syarat kepada pelancong...
Nara House By Nirostina Nisani In Muang Narathiwat Thailand

Nara House By Nirostina Nisani In Muang Narathiwat Thailand

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 228 hits
Project Nara House Architects Nirostina Nisani Location Muang Narathiwat Thailand Area 3 875 sf Year 2022 Photographs by Beer Singnoi Nara House by Nirostina Nisani The old wooden house a single story shophouse has been replaced by The post...
Pengalaman Beraya Di Yala Dan Narathiwat Sambil Sambil Makan Angin Di Selatan Thailand

Pengalaman Beraya Di Yala Dan Narathiwat Sambil Sambil Makan Angin Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum Sekian lama memerap cerita hari nie rasa nak mula menaip semula di blog Bila mood malas dan kebetulan masa pun tak de memang susahlah nak fokus kat blog nie Malas nak bebel panjang Fiza nak cerita pengalaman pertama kali ke ...
Tempat Menarik Di Betong Thailand Winter Flower Garden

Tempat Menarik Di Betong Thailand Winter Flower Garden

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 325 hits
Assalamualaikum ini kali kedua kami ke taman ni terletak di Y2PC Tano Maero Betong District Yala 95119 Thailand Bayaran masuk 60 bath Dalam ni ada resort juga tau bagi yang nak suasana sejuk dan nyaman boleh menginap di sini Dulu pergi Aish...
Baan Dam By Housescape Design Lab In Chiang Mai Thailand

Baan Dam By Housescape Design Lab In Chiang Mai Thailand

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 647 hits
Project Baan Dam Architects Housescape Design Lab Location Chiang Mai Thailand Area 2 690 sf Year 2023 Photographs by Rungkit Charoenwat Baan Dam by Housescape Design Lab his house is a testament to material experimentation challenging The ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh