Melangkah Memikul Harapan


 

Sejak 2011 ada satu proses pengundian yang terbuka untuk rakyat memilih satu perkataan Mandarin untuk “ditabalkan” perkataan pilihan tahun itu.
Dikenali sebagai “Malaysia Annual Selection of Chinese Characters”, ia dianjurkan Persekutuan Persatuan Cina atau Huazong, dengan kerjasama beberapa badan termasuk Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Majlis Penyeragaman Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysa, serta stesen radio Ai FM.
Antara matlamatnya ialah menimbulkan atau meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap perkembangan semasa khususnya peristiwa penting di tanahair.
Pengundian dilakukan secara dalam talian dan juga menerusi hantaran mel. Pengundian boleh dilihat sebagai gambaran sentimen si pengundi. Perkataan yang dipaparkan untuk pengundian tidak akan menghurai maksud perkataan. Terpulang kepada pengundi mengapa sesuatu perkataan menjadi pilihan mereka.
Saya kira apabila sesuatu perkataan dipilih maka persoalan mengapa perkataan itu dipilih terbuka kepada interpretasi individu. Menggunakan saya sendiri sebagai contoh, apabila saya melihat perkataan dipilih itu maka terpulang kepada saya untuk memberi terjemahan saya sendiri mengapa ia dipilih.
Lantas untuk perkataan yang dipilih sebagai “word of the year” 2011 dan 2012 bagi saya membayangkan hasrat pengundi yang mahukan “perubahan”. Mungkin berhubung kait dengan pilihan raya yang menjelang ketika itu iaitu PRU13 pada 2013.
Jika tekaan saya betul, iaitu “perubahan” yang dimaksudkan, PRU13 tidak membawa kepada pertukaran kerajaan walaupun BN tidak menunjukkan prestasi cemerlang ketika mempertahankan tampuk pemerintahan.
Perkataan yang dipilih untuk tahun 2015 ialah “kesusahan”. Mungkin ia ada kena mengena dengan kadar inflasi ketika itu. Tahun berikutnya perkataan pilihan ialah “tamak”. Saya tidak ingat apa peristiwa pada 2016 yang boleh dikaitkan dengan ketamakan.
Perlu ditegas sekali lagi ini semua tafsiran saya sendiri ke atas pemilihan “word of the year”. Mungkin betul mungkin tidak.
Namun untuk 2018 saya yakin tafsiran saya tepat. Perkataan yang dipilih pada tahun itu ialah “tukar”. Bagi saya (rasanya anda juga setuju) pasti ia mengenai PRU14 yang menyaksikan pertukaran kerajaan.
Bagi 2019 perkataan pilihan ialah “penipuan”. Saya juga pasti ini merujuk kepada Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan. Untuk 2020 perkataannya ialah penyakit. Tentulah merujuk wabak Covid-19.
Apa pula “word of the year” untuk tahun ini? Menurut laporan perkataan Cina untuk 2021 ialah “pan” yang bermaksud “mengharapkan sesuatu” atau “berharap dan membawa harapan”.
Di tempat kedua ialah “luan” yang bererti “keliru, gangguan, dan huru hara”. Perkataan “luan” memperolehi 17,94%. Kalah tipis. Ini diikuti “lei” bermaksud “penat” dan “keletihan” yang menerima 13.87 % pengundian.
Di tempat keempat dengan 13.26% pengundian ialah “miao”, yang sebahagian daripada perkataan Cina untuk vaksin. Perhatikan semua perkataan ada kaitan dengan apa yang berlaku di negara ini . Keseluruhannya 10 perkataan ‘dipertandingkan’ kali ini.
Berbalik kepada “word of the year” 2021 iaitu “pan” – mengharap dan membawa harapan. Bagi saya pilihan tepat sekali. Pemilih menunjukkan ciri-ciri “ketahanan” ketika dilanda kesusahan, keperitan, dan kekalutan dan tampil dengan membawa harapan.
Daripada apa yang negara lalui dan apa yang kita sudah dan sedang saksikan, kita berharap sesuatu yang baik, bagus, dan bahagia untuk menggantikan kesulitan. Kita berharap pesakit Covid-19 sembuh. Tiada lagi nyawa diambil Covid-19. Kita berharap wabak ini berlalu sepenuhnya.
Harapan kita juga keadaan ekonomi bertambah baik dan pulih sepenuhnya. Kita berharap mereka yang hilang pekerjaan mendapat semula punca pendapatan. Kita berharap anak-anak yang ketinggalan pelajaran dapat menyambung pembelajaran dengan baik.
Kita berharap juga keadaan politik stabil. Kita berharap kekalutan politik berakhir. Kita berharap pimpinan benar-benar menunjukkan kepimpinan. Kita berharap “leadership” bukan sekadar laungan golongan yang mendabik dada menggelar diri mereka “leaders”.
Kita berharap kerajaan yang berjaya, bukan kerajaan gagal. Kita berharap kerajaan yang boleh dan akan memikul harapan kita dan merealisasikan harapan kita.
Kerana itu saya kata pilihan perkataan “pan” amat tepat. Ia dipilih mereka yang boleh bertutur, membaca, serta menulis Mandarin. Maknanya majoriti atau semua yang memilih ialah kawan-kawan kita daripada masyarakat Cina.
Tetapi saya pasti “pan” pilihan rakyat walau apa pun bangsa, keturunan, dan agama. Harapan kita sama. Demi negara demi anak cucu yang akan mewarisi negara. Harapan kita sememangnya banyak. Melebihi apa yang saya senaraikan disini.
Oh ya…satu lagi harapan. Kita harap kita tidak lagi dimualkan dengan gelagat kelakar para menteri yang sebenarnya tidak kelakar, khususnya semasa musim banjir ketika ini. Harapan kita harapan besar yang kita harapkan akan jadi kenyataan pada 2022.
Selamat Tahun Baharu untuk semua. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/melangkah-memikul-harapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melangkah Ke Tahun 2022 Dengan Harapan

Melangkah Ke Tahun 2022 Dengan Harapan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 371 hits
Assalammualaikum selamat tahun baru buat rakan dan pembaca budiman Ketika catatan ini dicoretkan hari sudah lewat malam yang terasa sejuknya kerana hujan turun di bumi Wangsa Maju tanpa henti sejak lewat pagi tadi Mentari pagi yang mengorak...
Lirik Pemberi Harapan Palsu Vita Alvia

Lirik Pemberi Harapan Palsu Vita Alvia

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 259 hits
sentuhan cinta manja manja nada asmarabercumbu cumbu bisa bisanya merayu rayuterbuai janji janji manismu yang palsutak mau lagi tak mau lagi pacaran lagigalau hati galau menahan rindumenahan rindukau pemberi harapan palsupergi jauh jauh dar...
Selangor Floods 10 Years Ago Pakatan Harapan Announced They Have A Plan To Solve The Flood Problem

Selangor Floods 10 Years Ago Pakatan Harapan Announced They Have A Plan To Solve The Flood Problem

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 281 hits
Almost ten years ago The Star reported this news below In 2012 Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim had announced how the state plans to solve the flood problem which is supposed to solve the problem for at least 50 years Three years after...
Amalan Tikam Nombor Ekor Dengan Harapan Untuk Jadi Kaya Pelik Tapi Benar

Amalan Tikam Nombor Ekor Dengan Harapan Untuk Jadi Kaya Pelik Tapi Benar

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 491 hits
Masa duduk kat kampung dulu saya kenal ramai juga orang kampung yang kaki tikam nombor ekor Sejak dibangku sekolah saya dah tahu pasal kegiatan tikam nombor ekor ni Ada satu kedai kopi cina kat pekan tempat saya tinggal saya sering lalu seb...
Mahasiswa Keadilan Harapan Lancar Misi Bantuan Banjir Ke Seluruh Negara

Mahasiswa Keadilan Harapan Lancar Misi Bantuan Banjir Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 201 hits
Mahasiswa KEADILAN bersama Mahasiswa Harapan telah melancarkan Misi Banjir sejak hari pertama bencana itu melanda pada 18 Disember lalu Menurut Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia Syamil Luthfi pergerakan itu telah menghantar bantuan kepad...
Selangor Floods Questions The Pakatan Harapan State Government Need To Answer

Selangor Floods Questions The Pakatan Harapan State Government Need To Answer

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 420 hits
The Canal City Project was a flood mitigation project initiated in 2007 to build an 18 kilometer canal which would connect the Langat and Kelang Rivers The project was cancelled by the Pakatan Harapan Selangor State Government in 2011 becau...
Yoo Ahin Kongsi Reaksi Terhadap Populariti Hellbound Harapan Untuk Musim Kedua

Yoo Ahin Kongsi Reaksi Terhadap Populariti Hellbound Harapan Untuk Musim Kedua

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 297 hits
Yoo Ah in baru baru ini mengambil bahagian dalam temu bual untuk berkongsi pendapatnya tentang peranannya dalam siri Netflix Hellbound Hellbound ialah siri Netflix enam episod yang berlatarkan dunia di mana manusia menghadapi fenomena ghaib...
22 Month Harapan Rule A Dead Knot For Sarawak Dap In Polls

22 Month Harapan Rule A Dead Knot For Sarawak Dap In Polls

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 242 hits
Sarawak DAP deputy chief David Wong has cited the poor performance of 22 months of Pakatan Harapan federal rule as one of the reasons for its major loss in Sarawak polls Wong said the ruling performance at that time had become a dead knot f...
Pengarah Impikan Harapan Untuk Mengarah Jackie Chan Dalam Sekuel Shang Chi

Pengarah Impikan Harapan Untuk Mengarah Jackie Chan Dalam Sekuel Shang Chi

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 323 hits
Pengarah filem Shang Chi and the Legend of the Ten Rings Destin Daniel Cretton menyatakan hasratnya untuk menyunting Jackie Chan sebagai pelakon dalam sekuel filem MCU berkenaan Shang Chi 2 kini sudah rasmi dan proses untuk mengembangkan ja...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean