Amalan Tikam Nombor Ekor Dengan Harapan Untuk Jadi Kaya Pelik Tapi Benar




Masa duduk kat kampung dulu, saya kenal ramai juga orang kampung yang kaki tikam nombor ekor.
Sejak dibangku sekolah saya dah tahu pasal kegiatan tikam nombor ekor ni. Ada satu kedai kopi cina kat pekan tempat saya tinggal, saya sering lalu sebagai jalan pintas masuk dari pintu belakang kedai itu untuk ke pekan.
Kedai tu merupakan pusat orang kampung main mahjong. Ada tempat khas di bahagian belakang kedai jadi pot main bachoq (perkataan kampung menggantikan Mahjong).
Setiap kali lalu, ada ramai dok berkumpul di bahagian belakang tu. Ada banyak meja makan di situ.
Di atas meja pasti ada sebuah buku kecil yang mentafsirkan ramalan mimpi untuk ditukarkan kepada nombor 4 digit. Saya selalu juga bukan sambil duduk di situ bila tak ada orang.
Seronok juga tengok buku tafsir mimpi tu yang dibuat dalam bentuk gambar, jadi mudah nak faham. Ada kalanya saya buka sebab bermimpi sesuatu sebelum tu. Saja nak tengok.
Ada seorang tu, dia sampai boleh hafal setiap mimpi dikaitkan dnegan nombor apa. Menunjukkan betapa kaki ekor dia tu!.
Dari mana datangnya asal perkataan ‘tikam nombor ekor’ saya tak berapa pasti. Tapi perkataan itu dah saya kenal sejak di bangku sekolah dulu lagi.
Pengalaman main nombor ekorMasa tingkatan 5 ada kawan-kawan yang dah punya motosikal. Saya kerap dapat tumpang membonceng motosikal mereka.
Ada sekali, ketika tumpang motosikal kawan, kami terserempak dengan satu kemalangan. Masa tu, entah kenapa saya hanya perhatikan nombor motosikal yang malang itu saja lalu menghafalnya.
Balik ke kelas saya ceritakan pada kawan-kawan. Dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang rupanya memang dah biasa dengan main nombor ekor ni. Dia cadangkan untuk tikam nombor yang saya hafal tu.
Tapi ada masalah sikit pada nombor yang saya hafal. Hanya ada 3 digit saja.
Sedangkan nak tikam nombor ekor kena ada 4 digit. Jadi, kami ramai-ramai sepakat untuk tambah 3 digit nombor itu dengan satu digit di belakangnya dari 0 sampai 9. Setiap orang pilih satu nombor.
Salah satu sebab kenapa mudah sangat nak main nombor ekor ni adalah kerana anda boleh main hanya dengan bayaran RM1 sahaja. Jadi pada hari itu bermulalah kali pertama kami main nombor ekor beramai-ramai satu kelas!
Tulis semua nombor masing-masing kat kertas dan akhirnya berikan pada kawan seorang tu, yang dah biasa beli nombor ekor. Dia beli kat pusat tikam nombor ekor haram. Jadi mereka tak semak umur pembelinya.
Bila keputusan keluar, tak ada seorang pun yang menang!
Walaupun tak menang, semuanya teruja dan geram sebab 3 digit nombor yang kami tikam tu memang ada dalam salah satu nombor yang menang.
Cuma, 3 nombor tersebut ada di belakang.
Oleh itu semua nombor yang kami masukkan dari 0 sampai 9 kat belakang semuanya salah.
Sepatutnya, kami masukkan nombor kat depan.
Tapi dalam diam, salah seorang kawan kami dia masukkan nombor tambahan pada depan.
Dan nak jadi cerita, nombor yang dia teka tu memang menang.
Semua orang marah padanya sebab tak kongsikan idea untuk tambah satu nombor kat depan pada yang lain. Jadi kami paksa dia belanja habiskan semua duit yang dia menang pada semua orang.
Kes menang sipi-sipi itu malangnya memberikan galakan untuk mencuba lagi teka nombor untuk cabutan yang berikutnya.
Ada saja idea nombor yang keluar bila masa untuk tikam datang. Sampai kawan-kawan perempuan sekelas akan dipaksa ceritakan mimpi masing-masing untuk dapatkan idea nombor.
Kawan yang jadi tukang kutip duit dan pergi beli nombor pulak sering jadi tukang ingat untuk kami beli nombor ekor setiap minggu.
Selepas beberapa kali dah tak ada seorang lagi pun yang kena, maka akhirnya keterujaan tikam nombor ekor tu akhirnya padam begitu saja.
Alhamdulillah! Kami bernasib baik tidak terjebak sampai naik ketagih.
Apa yang bestnya tikam nombor ekorKenapa tikan ekor ni jadi menarik bila dah cuba?
Konsep tikam ekor ni sangat mudah. Anda hanya perlu ada idea nombor 4 digit yang mahu diteka dari 0000 sehingga 9999.
Boleh main dalam jumlah RM1 sahaja.
Biasanya kaki tikam ekor akan ada satu nombor tetap yang dia akan ikut. Contohnya nombor 4 digit akhir kad pengenalan anda. Saya punya no adalah 5529.
Kalau saya kaki tikam ekor, nombor itu saya akan ikut setiap waktu sehinggalah nombor tu naik dan menang.
Teori mereka adalah jika anda konsisten tikam dan ikut nombor tersebut dalam tempoh yang sangat lama, satu ketika nanti tentu akan naik juga dan menang.
Lagi pun kalau habiskan sekadar 3 atau 4 ringgit seminggu tak terasa sangat. Itulah idea dan teori yang membuatkan tikam nombor ekor jadi kegemaran.
Ia menepati ciri-ciri perkara yang akan menarik minat orang melakukannya sebab segalanya amat mudah dan dipermudahkan.
Idea buat sesuatu tanpa usaha sentiasa membutakan mata manusia dari dulu sampai sekarang. Begitulah juga idea tikam nombor ekor ni.
Anda hanya perlu beli nombor 4 digit. Simpan rekod pembelian tu. Bila keputusan cabutan diumumkan, tengok samada kena atau tidak.
Itu saja. Amat mudah!
Impiannya adalah, dengan hanya buat begitu, keluarkan modal RM1 sahaja, anda akan dianugerahkan dengan kemenangan RM2,500.
Tak payah nak susah-susah dapat duit banyak.
Perangai dapat hasil sekelip mata memang dapat kaburi mata dan fikiran manusia. Tambahan pula anda dihidangkan dengan cerita kawan itu dan ini berjaya dapat durian runtuh!
Itu memberikan gambaran bahawa untuk menang adalah sangat boleh dan memang real!
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit rasa sakitPesan terbaik dari orang tua-tua untuk pegang kepada panduan sikit-sikit lama-lama jadi bukit biasanya hanya sedap disebut tapi tidak seronok untuk diamalkan.
Untuk mendapatkan RM2,500 dengan menyimpan RM1 setiap hari, anda perlukan selama 2,500 hari.
Ia bersamaan dengan 6 tahun 10 bulan 10 hari untuk membolehkan anda kumpulkan sebanyak RM2,500.
Tempoh macam tu membuatkan manusia tidak sabar menunggunya. Sebab itulah tikam ekor jauh lebih menarik minat kebanyakan orang.
Membayangkan tempoh hampir 7 tahun untuk dapat RM2,500 sangat menyakitkan. Sebab itu sikit-sikit lama-lama jadi bukit sangat sakit.
Sikap sedemikian merebak banyak ke dalam amalan kehidupan kita yang lain juga.
Bersenam setiap hari 30 minit jika berterusan diamalkan menjadikan anda seorang yang lebih dari average tahap kesihatannya. Tapi tak ramai yang sanggup buat begitu sehinggalah perut boroi ke depan baru nak cari teknologi hisap lemak pada perut.
Amalan seperti membaca selama 30 minit sehari contohnya. Ia jadi satu mimpi ngeri hampir semua orang.
Ada kawan saya yang selalu berkata, “aku tak perlu baca sebab bila aku nak tahu sesuatu, hanya perlu jumpa kawan kita yang banyak membaca saja”.
Dia tahu ada seorang kawan yang dah amalkan tabiat membaca ni dah berpuluh tahun. Jadi idea untuk membaca dan dapat kelebihan seperti mana yang kawan tu dapat dengan alaman tersebut memerlukan masa yang lama dan menyakitkan. Jadi lebih baik dia tak baca.
Itu contoh sikap memang loteri yang terbuku kuat masuk dalam jiwa.
Ramai yang tidak mahu pilih cara terbaik berjaya dengan tanamkan budaya buat sikit-sikit secara konsisten. Cara itu telah menghasilkan jutaan kejayaan pada ramai orang dari dulu sampai sekarang.
Tapi malangnya, idea sebegitu tidak seronok dan tidak glamor ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/12/amalan-tikam-nombor-ekor-dengan-harapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Judi Tikam Nombor Ekor Mendapat Tempat Di Hati Ramai Kaki Main Nombor

Kenapa Judi Tikam Nombor Ekor Mendapat Tempat Di Hati Ramai Kaki Main Nombor

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 379 hits
Dari mana asalnya perkataan tikam nombor ekor saya tak pasti Tapi perkataan itu dah saya kenal sejak di bangku sekolah dulu lagi Masa tingkatan 5 ada kawan kawan yang dah punya motosikal Saya kerap dapat tumpang membonceng di belakang motos...
Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 214 hits
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun Bertenang ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba Lewat pertuturan Secara amnya seorang kanak kanak yang berusia 2 tahun...
Resipi Sardin Goreng Celup Tepung Bahan Simple Tapi Rangup Sedap

Resipi Sardin Goreng Celup Tepung Bahan Simple Tapi Rangup Sedap

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 204 hits
Resipi sardin goreng rangup memang sentiasa jadi kegemaran kita Bosan dengan bancuhan tepung biasa apa kata kali ini kita cari kelainan dengan celup tepung goreng bestari pula Memang sedap Resipi perkongsian ini memang sedap Jom cuba Ada ke...
Tegur Isteri Lembut Tapi Marah Sayang Kau Tau Tak Betapa Marahnya Abang Harini

Tegur Isteri Lembut Tapi Marah Sayang Kau Tau Tak Betapa Marahnya Abang Harini

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 266 hits
Tegur Isteri Lembut Tapi Marah Sayang Kau Tau Tak Betapa Marahnya Abang Harini Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Sha Dah Fail Cerai Tapi Dia Nak Panjangkan Benda Ni Shila Amzah

Sha Dah Fail Cerai Tapi Dia Nak Panjangkan Benda Ni Shila Amzah

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 383 hits
Pendedahan Shila Amzah menerusi hantaran di Instagram membuatkan ramai terkejut selepas dia mengakui sudah dua bulan keluar dari rumahnya di Cyberjaya Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata dia sudah memfailkan penceraian dengan suami namun...
Nadma Ada Tapi Serupa Tak Ada

Nadma Ada Tapi Serupa Tak Ada

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 167 hits
PUTRAJAYA Agensi Pengurusan Bencana Negara disifatkan gagal dalam menguruskan bencana banjir yang sedang melanda negara Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Faizan Mohd Nor berkata tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr A...
T20j29 Kata Nak Tidur Tapi Duk Berjoget Pula Sambal Penyet Mummy

T20j29 Kata Nak Tidur Tapi Duk Berjoget Pula Sambal Penyet Mummy

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 266 hits
Animasi Aina dan Aidan menari untuk lagu Baby Shark Doo Doo Doo Jam 8 15 malam konon nak naik atas ke bilik tidur untuk tidur tapi ini pula yang dibuat mereka Memang kalau nak buatkan mereka ni tidur tak boleh bawa kedua duanya naik ke bili...
Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 218 hits
Penyanyi meminta orang ramai terutama pengguna media sosial yang sedang bercuti atau melancong agar tidak memuat naik sebarang hantaran bagi menjaga sensitiviti mangsa banjir Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd Rafar memuat naik satu han...
Perit Untuk Saya Terima Kenyataan Tapi Saya Perlu Redha Abd Razak

Perit Untuk Saya Terima Kenyataan Tapi Saya Perlu Redha Abd Razak

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 391 hits
Shah Alam 8220 Walaupun perit untuk menerima kenyataan ini saya reda dengan ujian Allah SWT dan berdoa supaya roh isteri serta anak anak ditempatkan dalam kalangan orang beriman 8221 Demikian kepiluan dirasai Abd Razak Majit 50 yang kehilan...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion