Melaka Tak Galak Kereta Lembu Sebagai Tarikan


Nurul Fhatihah Zakinan   
KERAJAAN Melaka tidak akan meneruskan usaha mengembalikan perkhidmatan kereta lembu atau kuda sebagai ikon tarikan pengangkutan pelancongan negeri di jalan raya.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, beberapa faktor perlu dilihat jika pengangkutan dua roda tradisional itu digunakan sebagai tarikan pelancongan kerana ia membabitkan kebersihan dan kesihatan haiwan itu di jalan raya.

“Kerajaan tidak ada perancangan untuk memperkenalkan semula kereta lembu dan kereta kuda, malah tidak digalakkan.

“Antara sebab, sisa pembuangan lembu yang tidak mengira masa dan tempat selain kesihatan dan kebersihan lembu itu. Begitu juga dengan kuda,” katanya kepada NSTP di Melaka.

Beliau mengulas kejadian lembu jatuh tersungkur dipercayai terlalu penat selepas menarik beban berat di pusat bandar yang tular di laman sosial, baru-baru ini sehingga mendapat kecaman daripada netizen supaya menghapuskan tradisi perkhidmatan kereta lembu yang dilihat satu bentuk penyeksaan kepada haiwan selain isu kebersihan jalan raya.

Netizen turut meninggalkan komen menyarankan supaya jika ada keperluan mempertahankan identiti warisan negeri itu, perlu ditempatkan di satu tempat khas untuk pelancong bergambar tanpa digunakan untuk pengangkutan.

Muhammad Jailani berkata, bagaimanapun, operasi perkhidmatan kereta lembu yang kembali beroperasi di Bandar Hilir baru-baru ini bukan produk di bawah kerajaan negeri.

“Perkara (kereta lembu) ini bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Jadi saya harap, PBT boleh koordinasi dengan perancangan bahagian pelancongan negeri supaya melihat keperluan tertentu,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, penggunaan kereta lembu atau kuda perlu dilihat berdasarkan kesesuaian lokasi dan majlis bukannya di jalan awam yang boleh menggangu kelancaran trafik dan menimbulkan kacau ganggu.

“Jalan awam tidak sesuai kerana permukaannya, selain masalah najis serta tempat menyimpan dan makanan haiwan ini tidak sesuai di kawasan awam.

“Bagaimanapun, kita boleh mempertimbangkan lokasi sesuai yang dikhaskan laluannya seperti perkampungan Hang Tuah,” katanya.

Kereta lembu pernah menjadi ikon pengangkutan utama negeri suatu ketika dahulu selain dua roda tradisional itu menjadi simbol kemasyhuran zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, namun hampir pupus sejajar arus pembangunan moden.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/melaka-tak-galak-kereta-lembu-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Mohon Hapuskan Kereta Lembu

Netizen Mohon Hapuskan Kereta Lembu

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 562 hits
Keindahan keunikan dan sejarah negeri negeri di Malaysia menjadi tumpuan pelancong dalam negara dan juga luar negara Oleh yang demikian juga pelbagai tarikan yang dibuat oleh sesebuah negeri untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ...
Bantu Bpk Hadapi Sjamsul Nursalim Kpk Ajukan Diri Sebagai Pihak Terganggu

Bantu Bpk Hadapi Sjamsul Nursalim Kpk Ajukan Diri Sebagai Pihak Terganggu

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 165 hits
Sjamsul Nursalim melalui kuasa hukumnya menggugat secara perdata BPK dan auditornya I Nyoman Wara ke PN Tangerang
Gembira Menang Piala Dunia Dua Pemain Kriket England Ini Tetap Tak Lupa Lupa Diri Sebagai Muslim

Gembira Menang Piala Dunia Dua Pemain Kriket England Ini Tetap Tak Lupa Lupa Diri Sebagai Muslim

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 390 hits
Gembira Menang Piala Dunia Dua Pemain Kriket England Ini Tetap Tak Lupa Lupa Diri Sebagai Muslim Beberapa jam yang lepas negara England baru sahaja muncul juara dunia terbaru dalam sukan kriket selepas menjuarai Piala Dunia Kriket England W...
6 Avengers Tersenarai Sebagai Pelakon Paling Mahal Anda Mungkin Tak Percaya Siapa Nombor 1

6 Avengers Tersenarai Sebagai Pelakon Paling Mahal Anda Mungkin Tak Percaya Siapa Nombor 1

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 429 hits
Mungkin ramai yang sedia maklum filem blokbuster Avengers Endgame berjaya mendapat kutipan antara yang tertinggi dalam sejarah perfileman Walaupun tidak dapat menandingi kutipan filem Avatar namun kutipan Endgame masih dianggap tinggi berba...
Tentu Dr M Tak Mahu Dikenang Sebagai Pemecah Melayu

Tentu Dr M Tak Mahu Dikenang Sebagai Pemecah Melayu

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 206 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe 16 07 2019Bagaimana merawat perasaan orang Melayu yang telah dihina Tun BANGI 13 Zulkaedah 1440H Selasa Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengejutkan negara berpelukan dengan seterunya Lim Kit Siang tidak must...
Polis Gagalkan Tindakan Seorang Lelaki Menyamar Sebagai Mb S Ngor

Polis Gagalkan Tindakan Seorang Lelaki Menyamar Sebagai Mb S Ngor

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 291 hits
Polis menggagalkan tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai Menteri Besar Selangor dengan tujuan mendapatkan geran tanah milik kerajaan negeri Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pihaknya menahan lelaki berusia 26 tahu...
Kemenperin Rintis Ammdes Sebagai Mobil Ambulans Pengumpan Di Lebak Banten

Kemenperin Rintis Ammdes Sebagai Mobil Ambulans Pengumpan Di Lebak Banten

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 169 hits
Kemenperin terus mendorong pemanfaatan Alat Mekanis Multiguna Pedesaan di seluruh Indonesia Salah satunya dengan program Pilot Project Peningkatan Pelayanan Transportasi Rujukan Kesehatan melalui pemanfaatan AMMDes Pengumpan Ambulans Proyek...
5078 Jemputan Sebagai Panel Pelancaran Creditscore Imoney My Ppim 16 07 2019

5078 Jemputan Sebagai Panel Pelancaran Creditscore Imoney My Ppim 16 07 2019

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 388 hits
Toqqi menghadiri jemputan sebagai panel pelancaran CreditScore yang dianjurkan oleh iMoney my Perbincangan adalah bertemakan Are Malaysians In the Driver s Seat of Their Finances Turut serta Tuan Mitul Lakhani Ketua Pegawai Eksekutif iMoney...
Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia

Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Nasi Lemak Abang Strawberry

Retak Menanti Belah 5 Tahun Lagi Pkr Hilang Dari Peta Politik Nurul Izzah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Naib Presiden Mustaffa Kamil Calon Tertua

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World

Byzantines Net 9 2024 100 Top 76 By Vance

Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

Ibu Cekik Anak Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Rafizi Kalau Saya Menang Saya Mungkin Mati Terkejut