Melahirkan Doron Di Malaysia



BARANGKALI ada yang boleh dipelajari daripada pakar matematik China, Cai Jingxian. Terkenal dengan nama jolokan Doron, Jingxian kini diperakui sebagai salah seorang daripada tulang belakang Alibaba.
Bermula sebagai pengaturcara komputer di syarikat gergasi Alibaba milik Jack Ma, si Doron kini sudah memiliki kekayaan mencecah RM1.6 bilion, malah Jingxian kini sudah diangkat sebagai rakan kongsi Ma pada usia belum melepasi angka 50 tahun.
Penulis percaya ada yang boleh dikutip daripada jalan cerita kejayaan Jingxian. Terkenal dengan sikap pemalu di alam persekolahan, Jingxian dipelawa Ma untuk menyertai projek rahsia hanya selepas tiga tahun menyertai Alibaba.
Paling menarik, Jingxian membina versi beta Taobao Marketplace hanya dalam masa sebulan. Ramai percaya kejayaan ini umpama satu misi mustahil yang sama sekali tidak mampu tergapai oleh fikiran biasa.
Jack Ma tinggalkan Alibaba hari ini

Sekalipun dijulang sebagai pakar matematik, Jingxian terkenal dengan sikap rendah hati. Penulis percaya Ma yang memiliki Alibaba Group Holding Limited, sebuah syarikat e-dagang atau e-lelong terkenal di dunia, sudah tahu siapakah sebenarnya Jingxian.
Kejayaan membina versi beta Taobao Marketplace hanya dalam masa sebulan sekadar mengesahkan tahap genius si Doron. Penulis sebenarnya percaya Malaysia juga mampu untuk melahirkan si Doron.
Malaysia tidak kekurangan pakar pengaturcara yang boleh diangkat menjadi model antarabangsa. Sebagai permulaan, pengaturcara tempatan harus memerah otak untuk menjadi setanding dengan Jiangxian.
Kehebatan Jiangxian memastikan dua portal Alibaba mengendalikan urus niaga RM707 bilion. Khabarnya kebijaksanaan Jiangxian mengaturcara memastikan portal pengguna ke pengguna Alibaba Taobao yang mirip versi Amerika Syarikat e-Bay, memiliki hampir satu bilion barang.
Kehebatan si Doron memastikan Alibaba bergerak cemerlang dalam masa singkat. Persoalannya sekarang apakah kita tidak boleh melahirkan si Doron Malaysia yang sehebat Jingxian.
Penulis melakukan penyelidikan ringkas tentang sejarah silam Jiangxian. Beliau bersekolah di Zhejiang Cangnan Middle School di Wenzhou di selatan Wilayah Zhejiang. Si Doron terkenal pintar dalam bidang matematik dan sains sejak di bangku sekolah sekalipun kurang mahir dalam bidang bahasa. Jingxian kemudian menyambung pengajian dalam bidang matematik di Hangzhou Normal University.
Menteri PH pembohong atau lemah matematik: Najib

Sebagai seorang yang pakar dalam bidang matematik, Jingxian ialah salah seorang penyelidik penting dalam ‘projek X’ yang diketuai Jack Ma sendiri.
Kepentingan ilmu matematik sebagai asas kepada semua kejadian di dunia malah lebih luas ilmu ALLAH SWT itu telah pun digambarkan dalam Surah Luqman ayat 26-27. Islam juga telah melahirkan tokoh matematik Islam terkenal iaitu Al-Khwarizmi (780M-850M) yang dikenali sebagai ‘Bapa Algebra’. Ketika ini, tiada satu pun pencapaian besar sains moden dapat dilaksanakan tanpa matematik algebra.
Dengan berasaskan matematik pengkomputeran, Jingxian menubuhkan Alibaba Penyelidikan Inovatif (AIR) dan program Penyelidikan Sesama (ARF) berhasrat untuk menyokong kajian penggunaan ilmu matematik dalam bidang sains komputer dan bidang berkaitan mampu menyelesaikan masalah sebenar pelbagai isu industri sekarang dan masa depan.
Dengan hanya berbekalkan kepakaran dalam bidang matematik gunaan, seseorang mampu memajukan sesebuah syarikat bertaraf dunia. Hakikat ini mesti diambil serius oleh anak muda di Malaysia. Kesimpulannya, Malaysia mesti melahirkan si Doron untuk memacu kecemerlangan dalam masa singkat.
* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor
Khazanah jual kepentingan bernilai RM5.66b, termasuk dalam Alibaba

The post Melahirkan Doron di Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/16/melahirkan-doron-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Energizer Energy E241 Amp Energy E241s Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm169

Energizer Energy E241 Amp Energy E241s Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm169

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 198 hits
Avenir Telecom kini melebarkan sayap ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan dua buah model iaitu Energizer Energy E241 dan Energizer Energy E241S Untuk penawaran harganya Energizer Energy E241 dijual pada harga RM169 Manakala Energizer E...
Kkm Sahkan Malaysia Telah Memasuki Gelombang Ketiga

Kkm Sahkan Malaysia Telah Memasuki Gelombang Ketiga

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 221 hits
Menurut laporan Berita Harian Malaysia sudahpun memasuki gelombang ketiga wabak Covid 19 dan perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri Seperti semua tahu beberapa hari lepas negara kita telah mencatatkan tiga an...
Anwar Pm Politik Malaysia Kembali Stabil

Anwar Pm Politik Malaysia Kembali Stabil

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 220 hits
Merafak Kesyukuran ke hadrat Ilahi dan Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kerana telah memperkenankan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempersembahkan keterangan lengkap jumlah majoriti Ah...
Pos Malaysia Embraces New Norm In Celebrating 51st World Post Day

Pos Malaysia Embraces New Norm In Celebrating 51st World Post Day

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 239 hits
Pos Malaysia Berhad embraces the new norms in celebrating the global 51st World Post Day today by launching a special video highlighting its digital enhancements and thanking frontliners for their hard work during this challenging time Its ...
Lelaki Lambai Anak Bini Di Malaysia Berbulan2 Rindu Belum Dapat Jumpa

Lelaki Lambai Anak Bini Di Malaysia Berbulan2 Rindu Belum Dapat Jumpa

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 263 hits
Terpisah dengan orang tersayang bukanlah suatu perkara mudah apatah lagi sekiranya dalam jangka waktu yang lama Pastinya kerinduan terpaksa ditanggung dan membuatkan jiwa meronta ronta mahu bertemu melepaskan rindu Lambai dari sempadanTerma...
Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad menerapkan norma baharu dalam meraikan sambutan Hari Pos Sedunia ke 51 hari ini dengan melancarkan video khas yang mengetengahkan peningkatan sistem digitalnya serta ucapan terima kasih kepada barisan hadapa...
Jangan Politikkan Bantuan Ebit Liew Penjara Malaysia

Jangan Politikkan Bantuan Ebit Liew Penjara Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 182 hits
MALAYAIAKINI Jabatan Penjara Malaysia berharap tidak ada mana mana pihak mempolitikkan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh pendakwah bebas Ebit Liew kepada Penjara Alor Setar dan Pokok Sena bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud a...
Enam Bot Nelayan China Ditahan Masuk Perairan Malaysia Tanpa Kebenaran

Enam Bot Nelayan China Ditahan Masuk Perairan Malaysia Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 250 hits
Enam bot nelayan China ditahan masuk perairan Malaysia tanpa kebenaran Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Oct
Post Kleptocracy Malaysia May Have Broken Multiple Records

Post Kleptocracy Malaysia May Have Broken Multiple Records

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 262 hits
We are living in bizarre times The news that Elliott Broidy a former prominent Republican fundraiser has been charged with involvement in an illicit campaign to get the Trump administration to drop its probe into 1MDB has prompted me to to ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis