Mekah Akan Kembali Ke Zaman Jahiliah





Mekah Kini

Hari ini suasana haji menjadi seolah-olah bertentangan dengan ajaran asas Islam itu sendiri. Jabal Omar Development yang diamanahkan untuk membangunkan Masjid al-Haram memperuntukkan $3.3 billion bagi merealisasikan impian kerajaan Arab Saudi, namun mengalami kesulitan dalam mencari dana yang sebegitu besar.

Umum beranggapan Mekah bakal menjadi sebuah tempat ibadat yang cukup hebat dan gah di mata masyarakat yang beragama lain sehingga kebanggaan itu menjadi salah satu faktor kepesatan sektor pelaburan di Mekah dan kawasan-kawasan sekitarnya. Anggapan sebeginilah yang melemahkan jiwa dan minda umat Islam di seluruh dunia sehingga kesan serangan Barat terhadap dunia Islam dipandang sebelah mata – akibat penyakit al-Waḥn (cinta dunia dan takut mati) di dalam hati umat Islam.




Tidak cukup dengan itu, Putera Saudi, Khaled al-Faisal di dalam sebuah pertemuan dengan wakil PBB pada bulan Ogos yang lalu, menyatakan bahawa Mekah akan dibangunkan menjadi bandar termaju dan tercantik di dunia. Pembangunan sebegini juga akan dilakukan kepada Madinah dan Mina bagi menyamaratakan tahap pembangunan seperti di Mekah.

Sekali lagi Mekah akan kembali diingati dengan kemewahan disekelilingnya, dan bukan penghayatan penderitaan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam menempuhi suruhan berda‘wah serta ujian kecintaan terhadap keduniaan.

Malah, Bukit al-Safa dan Bukit al-Marwah kini ditutup sepenuhnya bagi memberi keselesaan kepada para jemaah haji dalam melakukan saei. Lantainya juga dilapisi dengan marmar mahal bagi memberi kemudahan para jemaah haji untuk berlari tanpa merasa tidak selesa.

Bukit Safa
Bukit Marwah
Laluan Saie

Tidak dinafikan bahawa jemaah haji terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk dunia, namun keselesaan sebegini akhirnya menjadi barah akibat hilangnya makna dan penghayatan saei dalam setiap jiwa para jemaah haji. Tujuh kali larian di antara kedua-dua bukit tersebut hanya menjadi memori di dalam album gambar, manakala penderitaan Siti Hajar mencari air buat puteranya akibat ditinggalkan suami yang keluar berdakwah hanya menjadi teks di dalam buku-buku agama.

Sujud atau Sembah?

Sewaktu di zaman jahiliyyah, Kaabah dikelilingi oleh beribu-ribu berhala yang dibawa masuk oleh masyarakat Mekah sendiri dan para pedagang yang datang dari negeri-negeri lain. Kemasukan berhala ini dipelopori oleh Amru bin Luhay bin Qamaah dan setelah itu lambakan berhala semakin bertambah akibat Mekah merupakan pusat perniagaan yang berkembang pesat.

Berhala-berhala ini menjadi sumber pendapatan yang utama di Mekah. Orang ramai yang berpusu-pusu datang ke Mekah akan menabur wang di setiap berhala yang disembahnya bagi mendapatkan apa yang dihajati. Wang-wang ini dikutip oleh pembesar Mekah ketika itu sehingga menjadikan mereka terlalu cintakan tuhan ciptaan mereka yang menjadi modal untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang paling mudah dan paling cepat.



Setelah umat Islam dapat mengambil Mekah atas pimpinan RasuluLlah SAW, berhala-berhala ini semuanya dimusnahkan. Pemusnahan kesemua berhala-berhala ini bagi menyatakan kebesaran Ka‘bah yang menjadi hanya satu-satunya tempat tertumpu sujud, namun bukan Kaabah yang disembah tetapi Allah SWT semestinya.

Solat mengadap Kabah merupakan syiar, sehingga menimbulkan ketaqwaan hati bagi muslim yang benar-benar menghayati syiar Allah SWT:

Demikianlah (perintah Allah); dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka (dialah orang yang bertaqwa kerana) sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”[QS al-Ḥajj 22:32]

Para ulamak juga sependapat bahawa jika Kaabah musnah sekalipun, umat Islam tetap akan solat dan tawaf tertumpu di tempat Kaabah. Inilah nilai makna yang diajar dalam Islam, penyembahan bukan kepada objek yang disembah tetapi penyembahan kepada Allah SWT melalui syiar yang digariskanNya kepada seluruh umat Islam.

Sungguh indah ajaran Islam sehingga ke hari ini, sewaktu mendirikan solat, setiap muslim akan menghayati penyembahan kepada Allah SWT dan bukan Kaabah walaupun kiblat yang dituju adalah Kaabah itu sendiri.

Mekah Kembali Ke Zaman Jahiliyyah

Kini Mekah kembali dibayangi masyarakat jahiliyyah disekelilingnya. ‘Berhala-berhala’ berwajah modenisme yang memberi keuntungan berlipat-ganda kepada pembesar Mekah sehinggakan ibadat haji dan umrah di Mekah menjadi kenangan manis dan amalan ritual semata-mata tanpa menusuk maknanya di dalam sanubari setiap jemaah haji. Malah, berhala-berhala ini menjadi pilihan golongan berkemampuan sehingga jurang antara kaya dan miskin semakin mendalam.



Solat umat Islam di seluruh dunia mencecah bangunan Hilton Mekah, sebelum tiba di Kaabah. Rukuk umat Islam di seluruh dunia merentasi KFC Mekah, sebelum menuju Kaabah. Sujud umat Islam menyembah Hotel Dar al-Tawhid Mekah, sebelum mencapai Kaabah. Inilah gambaran Mekah hari ini setelah permodenan dibangunkan tanpa mengambil kira teras ajaran Islam yang mengajar umatnya tentang kesederhanaan cara hidup dan keharmonian antara jasmani dan rohani.

Keduniaan yang sepatutnya ‘disembelih’ di Mekah, kini dibawa pulang semula ke tanah air masing-masing. Dan umat Islam masih seperti sebelum kedatangan mereka ke tanah suci Mekah – penindasan golongan mampu kepada golongan yang tertindas masih belum berakhir.

Erti Sebuah Korban

Generasi muda hari ini melihat perayaan ‘Īdu al-’Aḍḥā sebagai jenaka penyembelihan haiwan ternakan melalui sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama rakan. Tidak cukup dengan itu, kartun dan animasi yang menjadikan ibadah korban sebagai humor tiba-tiba begitu popular di dalam blog-blog serta laman sawang yang lain.

Mengapa ini terjadi? Semua ini terbentuk daripada kerosakan pendidikan yang diberikan kepada mereka secara langsung atau tidak langsung. Nilai-nilai pendidikan yang tidak betul ini diterjemahkan melalui kelakukan harian mereka yang mengisyaratkan kita tentang ramalan iklim masyarakat Islam di Malaysia bakal menghadapi kerosakan yang sangat-sangat dahsyat.

Penyembelihan haiwan bukanlah semata-mata melengkapkan ibadah haji, tetapi menjadi peringatan buat semua kaum muslimin agar memaknai kesempurnaan ajaran Islam yang disampaikan oleh Allah SWT melalui firmanNya:

Daging (haiwan korban) dan darahnya tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia memudahkan haiwan-haiwan itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah khabar gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha berbuat baik.”[QS al-Ḥajj 22:37]

Apakah languan talbiah akan Allah terima, jika hanya mengejar haji mabrur sedangkan umat Islam di Palestin di sembelih sebagai binatang korban oleh Yahudi.. Saddam Hussin juga disembelih pada haji Raya Haji.. sebenarnya Nabi mengerjakan haji setelah tiada lagi suara tangisan bayi, tiada lagi suara rintihan umat Islam di merata dunia.. mereka berdoa dengan khusyuk kerana Allah telah berfirman : Hari ini Aku sempurnakan agama kamu… sedangkan hari ini kini berdoa dan bertalbiah hanyalah untuk kepentingan diri sendiri, untuk menyempurnakan hajat kita sahaja.

Apakah Allah akan mengasihani kita,, apakah Allah hanya mementingkan kita dan tidak mementingkan umat Islam serata dunia yang tertindas?, apakah Allah rasa bangga dengan haji kita yang datang dengan cara mencantas giliran orang lain?

Sucikah niat kita?

Apa yang saya dapat fahamkan.. Islam terlalu syumul dan terlalu suci. kita dapat mengaburi mata-mata manusia kononnya kita telah melakukan haji dan telah bertaubat serta kita telah berangan-angan kita akan memiliki syurga kerana segala-galanya telah sempurna. Yang sebenarnya Islam pada diri kita sebenarnya hampir sempurna. Tetapi ingatlah Islam bukan untuk diri kita, Islam untuk kemakmuran Alam Semesta.. Kita adalah Khalifah Allah yang memerintah Alam agar tidak ada lagi penindasan dan pembunuhan. sebagaimana Rasulullah dan Sahabat lakukan. Baharulah pada saat tersebut Allah menyayangi kita dan kita tidak segan dan silu untuk berdoa kepada Allah.

Tetapi pada hari ini Kita berdoa hanya untuk keselamatan diri kita sahaja, tidak malukah kita apabila kita berdoa hanya untuk diri kita sahaja dan tidak untuk umat Islam seluruh dunia dihadapan Allah Yang Maha Melihat. Bukankah telah ternyata bahawa kita sebenarnya hanyalah mementingkan diri sendiri dalam semua perkara sehingga dalam beribadat kepada Allah pun kita mementingkan diri dan tidak berdoa untuk umat Islam yang lain.

Selagi kita beraqidah bahawa Allah akan menerima amalan seseorang apabila segala rukun dan syarat telah sempurna, maka selama itulah Islam tidak ada nilai di sisi dunia ini, kerana Islam tidak terbina untuk semua tetapi untuk individu sahaja. Sedangkan Rasulullah tidak rela mendengar dan melihat kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam. Rasulullah tidak akan melakukan ibadat haji sehingga semua umat Islam terbela. Malah ketika Rasulullah melakukan ibadat haji bersama-sama seluruh umat Islam dan jika yang tidak menunaikan ibadat haji pun rela dengan pemergian Rasulullah.

Baharulah Rasulullah melangkahkan kaki ke kota Mekah. Kini kita melangkah kaki ke Kota Mekah dengan penuh dosa, umat Islam dibunuh dan sembelih di merata dunia tetapi kita tidak pergi membantu mereka, malah kita pergi berlakun di rumah Allah, Kononnya kita adalah insan yang warak dan mulia, kita menangis didepan Kaabah supaya mendapat PANGKAT haji mabrur daripada Allah SWT, semuanya Allah tahu kita tidak mengasihi umat Palestin, umat Islam Afghanistan dan lain-lain tempat umat Islam yamg tertindas tetapi kita hanya mengasihi pangkat haji mabrur melebihi segala-galanya.

Dengan pangkat haji mabrur kita akan gunakannya sebagai lesen untuk memasuki Syurga Allah. Inilah agama ciptaan Yahudi.. ternyata Yahudi mengajar kita sehingga ke lubang biawak. Maka benarlah Kefahaman Islam secara Yahudi dan Nasrani telah ditarbiahkan kepada kita sehingga dalam solat dan haji. Kejarlah haji dan sempurnakanlah solat tetapi jangan peduli saudara-saudara kita yang disembelih di merata dunia. Kerana hanya dengan haji dan solat kita akan dapat memilki syurga Allah???

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa hamba-hambaNya yang berusaha memperbaiki keadaan ini.

Sumber C/P https://peribadirasulullah.wordpress.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://scriptersnews.blogspot.com/2019/10/mekah-akan-kembali-ke-zaman-jahiliah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafizh Syahrin Kembali Ke Moto2 Bersama Pasukan Angel Nieto

Hafizh Syahrin Kembali Ke Moto2 Bersama Pasukan Angel Nieto

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR 8 Okt Pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah akan kembali berlumba dalam Moto2 pada Kejuaraan Dunia 2020 bersama pasukan Angel Nieto Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media pada sesi Hafizh Syahrin bersama media peta...
Tosca Double Tree By Hilton Jb Kembali Dengan Menu Terbaru

Tosca Double Tree By Hilton Jb Kembali Dengan Menu Terbaru

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 385 hits
Tosca Double Tree By Hilton JB Kembali Dengan Menu Terbaru The best Place in Johor untuk merasai Masakkan Italian Dengan adanya Cheese Room yang paling utama untuk merasai keju pilihan The post appeared first on
Politisi Golkar Melchias Markus Mekeng Kembali Mangkir Dari Panggilan Kpk

Politisi Golkar Melchias Markus Mekeng Kembali Mangkir Dari Panggilan Kpk

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 215 hits
Politisi Golkar Melchias Markus Mekeng Kembali Mangkir dari Panggilan KPK Mekeng yang sudah dicegah ke luar negeri dalam kasus ini tercatat beberapa tak memenuhi panggilan penyidik sebagai saksi Mekeng tercatat mangkir pada 11 16 dan 19 Sep...
Amih Kembali Digugat Anak Kandung Dan Menantu Kali Ini Pakai Uu Ite

Amih Kembali Digugat Anak Kandung Dan Menantu Kali Ini Pakai Uu Ite

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 278 hits
Masih ingat kasus anak dan menantu yang menggugat ibu kandungnya sebesar Rp1 8 miliar di Garut Jawa Barat Si anak Yani Suryani dan suaminya Handoyo Adianto rupanya masih belum puas Kalah dalam gugatan masalah utang piutang keduanya kembali ...
Ratusan Pengungsi Di Jayapura Kembali Ke Wamena Menumpang Hercules

Ratusan Pengungsi Di Jayapura Kembali Ke Wamena Menumpang Hercules

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 168 hits
Menkopolhukam Wiranto mengatakan kembalinya ratusan pengungsi ini menandakan bahwa situasi di Wamena saat ini sudah aman dan kondusif
Mendagri Kembali Tetapkan Banyuwangi Sebagai Kabupaten Terinovatif Se Indonesia

Mendagri Kembali Tetapkan Banyuwangi Sebagai Kabupaten Terinovatif Se Indonesia

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 155 hits
Kementerian Dalam Negeri kembali menetapkan Kabupaten Banyuwangi sebagai Kabupaten Terinovatif dalam kompetisi Innovative Government Award 2019 Pada 2018 gelar tersebut juga diberikan kepada Banyuwangi
Sempat Tutup 2 Hari Bandara Samarinda Kembali Normal

Sempat Tutup 2 Hari Bandara Samarinda Kembali Normal

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 191 hits
Penutupan operasional bandara akibat kerusakan aspal runway berdampak besar bagi penerbangan Senin kemarin tercatat ada 42 penerbangan terdampak Baik menuju dan dari Samarinda Sebanyak 18 diantaranya terpaksa dibatalkan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization