Mega Spontan 2023 Senarai Artis Pemain


 


Ketawa lebih kalut di Kerajaan Takhta Nusantara dalam ‘MEGA SPONTAN’ baharuGelanggang lebih epik dengan kombinasi pelawak, pelakon, penyanyi, pempengaruh & rakyat Malaysia
Astro Warna kembali menghiburkan para penonton Astro dengan permainan lawak spontan terbaharu berskala besar tahun ini dengan kerjasama KLPOST dalam ‘MEGA SPONTAN’. Dengan bernadikan ‘Takhta Nusantara’ pada kali ini, rancangan berformat game show komedi ini menyatukan empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh dalam permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti masing-masing dalam masa yang terhad untuk dinobatkan menjadi ‘Raja Kerajaan Takhta Nusantara’

Pencapaian rancangan-rancangan komedi Astro terdahulu dalam mencipta fenomena melahirkan kemahuan para penonton untuk melihat muka-muka baharu dalam industri komedi. Apatah lagi apabila tumpuan kini dialih kepada bakat-bakat komedi daripada generasi media sosial yang semakin meraih populariti luar biasa di pelbagai platform hiburan. Oleh itu, uniknya pada kali ini apabila barisan pemain rancangan ini turut melibatkan rakyat Malaysia serta generasi BBNU yang mempunyai bakat komedi yang hebat secara spontan

‘MEGA SPONTAN’ akan dijayakan oleh seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan. Buat julung kalinya, setiap kumpulan bukan sahaja dipenuhi barisan pelawak ‘otai’ dan popular serta selebriti-selebriti yang mempunyai kelebihan dalam berkomedi. Namun ia juga terdiri daripada wajah-wajah baharu industri hiburan, pempengaruh sosial media dan rakyat umum yang dipilih menerusi uji bakat terbuka


Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini termasuk Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin

Manakala wajah-wajah baharu yang akan muncul buat pertama kali dalam hiburan komedi menerusi rancangan ini adalah pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri. Kumpulan barisan pemain ini termasuk empat pemain yang dipilih menerusi uji bakat terbuka akan diperkenalkan pada minggu pertama kelak

Menarik lagi buat edisi ‘MEGA SPONTAN’ kali ini adalah pengenalan mentor bagi setiap kumpulan yang akan membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale. Barisan mentor ini digalas oleh pelawak versatil tersohor negara termasuk Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda

Gerak-geri setiap pemain akan dinilai oleh Dato’ Afdlin Shauki sebagai Game Master. Beliau akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan

Pertandingan lawak spontan kali ini bakal digamatkan dengan penampilan pelawak dan pengacara popular negara yang bakal mengemudi rancangan ini. Sherry Alhadad bakal menggalas tugasan pengacara buat kali pertama di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan

‘MEGA SPONTAN’ akan berlangsung selama lapan (8) minggu dan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati ‘MEGA SPONTAN’ di Astro

Penganjuran ‘MEGA SPONTAN 2023’ ini turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak dan Zon Lawak selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi


FORMAT RANCANGAN MEGA SPONTAN
Seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat kumpulan terdiri daripada barisan pelawak ‘otai’ dan popular industri komedi, selebriti-selebriti ternama, bakat-bakat generasi muda serta pemain yang dipilih menerusi uji bakat terbuka akan bertanding dalam permainan lawak spontan yang akan berlangsung selama lapan minggu

Pertandingan mingguan akan dipecahkan kepada lapan segmen. Setiap kumpulan mempunyai ‘Hulubalang dan pahlawan-pahlawannya’. Pertandingan akan dipecahkan kepada enam pusingan yang terdiri daripada persaingan antara dua kumpulan dalam permainan lawak spontan dan juga permainan Battle Royale di mana kesemua empat kumpulan akan bersaing bersama secara bergilir-gilir. Setiap permainan yang dipilih akan melibatkan teknik improvisasi serta kreativiti para pemain dalam masa yang terhad. Kumpulan yang menarik perhatian para juri dan Game Master dengan lemparan lawak spontan paling hebat akan memenangi pusingan tersebut

Mengekalkan format terdahulu, barisan ‘komentator’ atau mentor akan memberikan ulasan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan yang bersaing serta menggunakan helah mereka untuk mengacau dan menjatuhkan kumpulan pihak lawan di samping Dato’ Afdlin Shauki yang akan menilai setiap persembahan mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai Game Master

Selain itu, pemberian kad imuniti turut dikekalkan dalam format permainan yang perlu diraih dalam pusingan Physical Challenge. Kesemua empat kumpulan akan bersaing dalam permainan fizikal untuk memenangi imuniti. Kad imuniti akan diberikan kepada seorang pemain atau kumpulan pemenang yang ditentukan oleh Game Master untuk menjadi kebal daripada penyingkiran. Kad imuniti akan diberikan pada setiap minggu


HADIAH KEMENANGAN MEGA SPONTAN 2023
• Kumpulan Juara Mega Spontan : RM200,000 dan sebuah trofi• Pemain Terbaik Pusingan Akhir : RM 10,000 dan sebuah trofi• Hadiah Mingguan : RM5,000 (Didermakan kepada badan amal terpilih)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2023/05/mega-spontan-2023-astro-warna-senarai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Pungutan Pingat Sukan Sea 2023

Senarai Pungutan Pingat Sukan Sea 2023

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 371 hits
Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran untuk memenangi 40 pingat emas 37 perak dan 64 gangsa di temasya Sukan SEA Kemboja yang bermula 5 hingga 17 Mei 2023 Malaysia menghantar 676 orang atlet dalam 34 penyertaan sukan dan 340 acara yang dipe...
Senarai Lagu Melayu Mei 2023

Senarai Lagu Melayu Mei 2023

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 295 hits
Senarai Lagu Melayu Mei 2023Senarai Lagu Melayu Mei 2023 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Mei 2023 Untuk bulan Mei ini pelbagai lagu melayu baru yang dikeluarkan dari r...
Lima 2023 Tarikh Jadual Pameran Senarai Peserta Dan Pembelian Tiket

Lima 2023 Tarikh Jadual Pameran Senarai Peserta Dan Pembelian Tiket

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 367 hits
Acara LIMA 2023 LIMA 23 atau Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 kembali semula setelah 4 tahun tertangguh dan kali terakhir ia diadakan pada 2019 LIMA merupakan acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa terkemuka di rant...
Tangis Haru Pemain Timnas Indonesia Saat Juara Sea Games 2023

Tangis Haru Pemain Timnas Indonesia Saat Juara Sea Games 2023

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 151 hits
Timnas Indonesia berhasil merebut medali emas SEA Games 2023 setelah membantai Thailand dengan skor telak 5 2 Kemenangan ini disambut bahagia oleh para penggawa Tim Garuda Bahkan beberapa tampak menitikkan air mata Mereka menangis haru
Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 387 hits
Selamat Hari Guru merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh ucapan yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu cikgu anda Setiap tahun H...
Banyak Kabar Artis Selingkuh Di 2023 Netizen Mau 10 Pasangan Artis Ini Langgeng

Banyak Kabar Artis Selingkuh Di 2023 Netizen Mau 10 Pasangan Artis Ini Langgeng

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 220 hits
Beberapa pasangan artis yang memiliki citra keluarga harmonis didoakan agar tetap langgeng Berikut ini beberapa di antaranya
Hasto Cek Kesiapan Gbk Untuk Acara Puncak Bulan Bung Karno 2023

Hasto Cek Kesiapan Gbk Untuk Acara Puncak Bulan Bung Karno 2023

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 109 hits
Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto mengecek kompleks Gelora Bung Karno untuk persiapan puncak Bulan Bung Karno pada 24 Juni 2023 Puncak peringatan Bulan Bung Karno akan dihadiri Ketua Umum PDIP Megawati Soekarnoputri Presiden Jokowi...
Aktiviti Mesyuarat Sesi Libat Urus Berhubung Penubuhan Ombudsman Malaysia Ppim 08 05 2023

Aktiviti Mesyuarat Sesi Libat Urus Berhubung Penubuhan Ombudsman Malaysia Ppim 08 05 2023

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 179 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri mesyuarat sesi libat urus berhubung penubuhan Ombudsman Malaysia di Bahagian Hal Ehwal Undang Undang JPM Putrajaya Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato Sri...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan