Meerqeen Nafi Bercinta Dengan Qasrina Karim


Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru berjudul Thariq Ridzuwan: His Treasure. Drama arahan Eyra Rahman itu menyaksikan dia bergandingan bersama pelakon Qasrina Karim, dan kemesraan mereka di set telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.
 
Namun, pelakon berusia 24 tahun itu tampil menafikan sekeras-kerasnya bahawa hubungan mereka melangkaui batas profesional. Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, apa yang terlihat mesra di media sosial hanyalah sebahagian daripada urusan kerja. Malah, satu-satunya rakaman video mereka bersama yang dimuat naik di TikTok dibuat ketika penggambaran dan bukannya atas kapasiti peribadi.
“Kami menjadi pasangan kekasih dalam drama itu sahaja. Malah, hanya satu video bersama yang pernah saya rakam dengan Qasrina dan dimuat naik di TikTok. Itu pun semasa berada di set penggambaran. Tapi, dakwaan yang timbul mengatakan kami selalu buat video bersama, tidak betul,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Home Of Drama tayangan Astro.
Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim Meerqeen juga menyifatkan babak-babak dalam drama tersebut yang kemudiannya tersebar di media sosial mungkin telah disalah anggap sebagai rakaman peribadi, sedangkan ia adalah sebahagian daripada tugas mereka sebagai pelakon. Ketika menjalani penggambaran, jelasnya lagi, mereka sememangnya banyak menghabiskan masa bersama, namun semua itu atas dasar komitmen kerja dan bukan disebabkan hubungan luar set.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


 
Walaupun ada segelintir peminat yang berharap agar hubungan mereka berlanjutan ke alam realiti, Meerqeen menegaskan bahawa tumpuannya kini hanya pada kerjaya seni. Dia mengakui sudah lali dengan gosip dan tidak mudah tergugat dengan komen atau spekulasi yang timbul, malah lebih selesa tidak membaca atau mengambil tahu hal-hal sedemikian.
Meerqeen Akui Pernah Terperangkap Dalam Hubungan Toksik, Kepala Dipijak Kekasih Dalam masa yang sama, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut berkongsi pengalamannya melakonkan watak Thariq, seorang anggota elit yang setia dan berdepan cabaran menyelamatkan cinta pertamanya daripada perkahwinan paksa. Katanya, karakter tersebut agak mencabar kerana memerlukan babak aksi dan permainan emosi yang mendalam.
Meerqeen turut merakamkan penghargaan kepada Eyra Rahman yang banyak membimbingnya sepanjang penggambaran. Mereka kerap berbincang agar watak Thariq dapat direalisasikan dengan berkesan, sekaligus mempamerkan sisi lakonan yang lebih matang dan meyakinkan.

Meskipun dipersoalkan oleh sesetengah pihak mengenai pemilihannya sebagai teraju utama dalam drama adaptasi novel romantik popular itu, Meerqeen tidak ambil hati. Katanya, dia dibayar untuk berlakon dan keutamaan kini adalah memberikan hasil terbaik, bukannya melayan kritikan yang datang tanpa asas.
Bagi Meerqeen, apa yang penting bukan persepsi luar, tetapi bagaimana dia menghidupkan watak yang diberikan dengan jujur dan komited, walau sekuat mana sekalipun spekulasi yang datang mengiringi setiap langkahnya dalam industri seni.
Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim  
DISYORKAN UNTUK ANDA : Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien? Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

The post Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2025/07/19/meerqeen-nafi-bercinta-dengan-qasrina-karim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tular Video Mesra Meerqeen Dan Qasrina Tuan Badan Tampil Beri Respon

Hiburan Tular Video Mesra Meerqeen Dan Qasrina Tuan Badan Tampil Beri Respon

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 173 hits
Pelakon popular Meerqeen menegaskan tiada hubungan cinta wujud antara dirinya dan pelakon sewaktu sama sama menjayakan drama Thariq Ridzuwan His Treasure Walaupun khabar angin tersebar mengenai kemesraan mereka ketika di lokasi penggambaran...
Qasrina Karim Mohon Maaf Pakai Tudung Nampak Rambut Leher

Qasrina Karim Mohon Maaf Pakai Tudung Nampak Rambut Leher

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 165 hits
Pelakon Qasrina Karim tampil memohon maaf selepas menerima teguran berhubung penampilannya yang tidak menutup aurat sepenuhnya dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh aktor Meerqeen baru baru ini Qasrina 29 mengakui kesilapan terseb...
Sembilan Mp Pkr Letakkan Anwar Dalam Bahaya Hassan Karim

Sembilan Mp Pkr Letakkan Anwar Dalam Bahaya Hassan Karim

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 191 hits
Hassan Abdul KarimTuntutan sembilan ahli parlimen PKR supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan kehakiman diwujudkan membawa makna sembilan wakil rakyat terbabit yang diketuai Rafizi Ramli sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menter...
Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Jungkook Bts Instagram Winter Aespa Dibanjiri Ribuan Komen Kecaman

Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Jungkook Bts Instagram Winter Aespa Dibanjiri Ribuan Komen Kecaman

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 854 hits
Tak semena mena Winter aespa telah menerima kecaman ramai hanya disebabkan khabar angin percintaannya dengan Jung kook BTS Artikel Berkaitan Sebelum ini Jung kook dan Winter dikatakan sedang menjalinkan hubungan hanya disebabkan beberapa ke...
Foto Mesra Berlaga Pipi Tular Park Boyoung Jinyoung Ditebak Sedang Bercinta

Foto Mesra Berlaga Pipi Tular Park Boyoung Jinyoung Ditebak Sedang Bercinta

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 209 hits
Park Bo young dan Park Jin Young mempamerkan keserasian luar biasa yang menimbulkan ilusi seolah olah mereka benar benar bercinta di luar skrin membuatkan peminat teruja Artikel Berkaitan Kelmarin agensi mereka BH Entertainment mengumumkan ...
Hiburan Agak Agaklah Warga Asing Tu Pun Badan Abang Aji Begitu Kerana Susu Bapa Abang Aji Nafi Tak Jaga Pemakanan Anak

Hiburan Agak Agaklah Warga Asing Tu Pun Badan Abang Aji Begitu Kerana Susu Bapa Abang Aji Nafi Tak Jaga Pemakanan Anak

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 235 hits
Melalui platform TikTok bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji tampil membalas teguran yang diberikan oleh seorang jurulatih kecergasan Tareq Fit mengenai saiz badan anaknya yang dianggap membimbangkan Tugas Abang Aji menghiburkan orang Da...
Bukan Anwar Turun Opr Yang Turun Tunggu Hassan Karim Isham Jalil Kom

Bukan Anwar Turun Opr Yang Turun Tunggu Hassan Karim Isham Jalil Kom

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 200 hits
BERITA BAIK KEPADA RAKYAT TAPI TIDAK KEPADA PEMBANGKANG Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2 75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Menerusi satu kenyataan hari ini BNM berkata...
Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca

Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 136 hits
Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca Tidak mahu memburukkan keadaan atau mengheret nama yang tidak bersalah Shila Amzah tampil dengan permintaan tegas agar pelakon Nabila Huda tidak lagi dikaitkan dalam kemelut panas antara dirinya dan legend...
Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 232 hits
Anak kepada usahawan dan personaliti media sosial Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tampil menjelaskan keputusannya berhenti kerja sebagai pramugari selepas dikritik netizen di media sosial Menerusi hantaran di Instagram anakny...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Some Malaysians Don T See Utusan Malaysia Erred In Describing World Champ Ee Wei Tomboy