Mee Lidi Hailam


 Assalamualaikum WBT 


CUACA di Tanah Jauhar sekarang tidak menentu. Kelmarin (Sabtu), hujan dari subuh sampai petang. Semalam pula, panas dari pagi sampai petang. Hari ini, kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Punyalah panas semalam, sampai Pak Inche kata, tak larat nak keluar makan malam. Dia suruh Sk masak Mee Hailam yang kononnya nak masak tuari tapi yang terjadinya Nasi Goreng, hehehehehe.

Sk guna resipi sama seperti yang sudah-sudah iaitu memasak kuah terlebih dahulu. Tapi, tu la..  mee kuningnya hancur pulak semasa dicuci. Nasib baiklah masa beraya rumah Kak Roz hari tu, Abang Samad bagi Mee Lidi Kering. Cari bihun dalam kabinet tak jumpa, mujurlah ada Mee Lidi Kering


Senang la nak masak Mee Lidi ni, cuma panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan mee, rebus selama 5 Minit dan bilas dengan air paip. Nak makan tu, Sk cedok aje secukupnya letak dalam pinggan kemudian terus sendukkan kuah dalam mee tu. Tekstur Mee Lidi ni kenyal-kenyal dan tak mudah putus, cantik jer bila digulungkan pada garfu. Sk taipkan semula resipi kuah Mee hailam di bawah ya, cubalah, sodapppp

Bahan-bahan Kuah Mee Hailam


Sedikit minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
Isi Ayam, Sotong dan Kek Ikan secukupnya
2 senduk kicap manis
1 senduk sos ikan
2 cawan air
2 tbs tepung jagung larutkan dengan 1/2 cawan air
4 pokok Sayur sawi (asingkan bahagian batang dan daun)
Bunga kubis
Putik Jagung
Kacang Peas yang macam ni ➡️ 🫛 
Cili Merah Besar
Sedikit minyak bijan


Cara Memasak Kuah Mee Hailam


1. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih hingga keemasan.


2. Masukkan isi ayam, sotong dan kek ikan, kacau sebentar.


3. Masukkan kicap manis, sos ikan dan air.  Biar mendidih.


4. Masukkan batang sawi, bunga kubis, putik jagung, cili merah dan kacang peas.
 
5. Masukkan daun sawi, biar sekejap. Masukkan air tepung jagung, kacau hingga pekat.


6. Akhir sekali, minyak bijan, kacau skejap, tutup api.


7. Rebus Mee Lidi selama 5 minit, bilas dengan air paip dan toskan.


8. Cedok mee ke dalam pinggan mungkum, kemudian tuangkan kuah Mee Hailam. Makan dengan hirisan cili padi yang dituang kicap cair.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/05/mee-lidi-hailam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Die Hard Fan Mee Hailam

Die Hard Fan Mee Hailam

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 123 hits
Assalamualaikum WBT ADUI tak sabar nak tunggu esok Esok tak payah masuk pejabat Esok ada Jamuan Raya melibatkan semua staf di bawah satu syarikat tak kira di mana pun bumbungnya esok kami akan sebumbung di Majlis Hari Raya Esok bolehlah kel...
Lunch Mee Tarik Warisan Asli Di Aeon Kulaijaya

Lunch Mee Tarik Warisan Asli Di Aeon Kulaijaya

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 149 hits
Assalamualaikum Selepas kecewa dengan ioi Mall Kulai kami berdua teruskan perjalanan ke AEON Kulaijaya perut dah berbunyi mintak diisi memang akan bad mood la kalau kat AEON pun ada yang buat hal hahahaha perempuan kalau lapar blom dapat ma...
Mee Goreng Mamak Udang Galah Lempeng Kelapa Gula Merah Di Hotel Tamu

Mee Goreng Mamak Udang Galah Lempeng Kelapa Gula Merah Di Hotel Tamu

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 307 hits
Hai lovely readers Misz ella ada berita baik untuk kaki makan Siapa suka makan Mee Goreng Mamak Saya Lempeng kelapa Ohh saya sangat suka pancake Melayu ini Baru baru ini Misz ella telah menjamu selera di Tamu Junction Place yang terletak di...
Resepi Mee Rebus

Resepi Mee Rebus

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 236 hits
Mee RebusResipi untuk 1kg Mee KuningBahan kisar A Segenggam Cili Kering 2 Biji bawang besar2 biji bawang putihSedikit udang keringUbi keledek 1kg Daging hiris nipisUdang buang kulitKulit udang Cara cara Tumis semua bahan kisar A Agak agak d...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Anak Bukan Trofi Mak Ayah Bukti Pencapaian Didikan Terpaling Berjaya

Nenek Mangsa Scammer Rugi Juta Ringgit

Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi