Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Nostalgia




Setelah sekian lama teringin nak makan dan asyik tertangguh sahaja untuk membuatnya. Akhirnya hari ini saya menyediakan sendiri mee kuah. Ini adalah kerana masih dalam cuti raya jadi semua anak anak ada di rumah. Saya "craving" mee kuah yang pernah saya makan suatu ketika dahulu. Sangat sangat. Tapi kalau orang lain yang masakkkan lagi berselera. 
Saya tak pasti dengan orang lain. Rasanya mee kuah ini hanya digemari oleh anak Kelantan sahaja. Terutama orang lama macam kami. Orang muda sekarang dah tak kenal mee kuah ni lagi. 

Mee kuah ini mengingatkan peristiwa masa zaman persekolahan saya. Kerana tak nak mengaji Al Quran, saya berpura pura demam dan tidur. Dulu saya mengaji dengan arwah bapa saya. Dia sangat garang. Sekali 2 orang abang saya beli mee goreng dan mee kuah di Bachok. 
Ketika itu, kedua makanan seperti ini kategori makanan mewah lah. Kita makan mee goreng bodoh dalam dulang yang harga 20 sen sahaja. Saya dikejutkan untuk bangun makan. Tapi sebab konon tak sihat, jadi saya pun pura pura tak lalu makan. Tapi ianya sangat sedap dan jadikan saya teringat mee kuah itu sehingga kini. Sehingga kini, bayangkan lah.
Mee kuah ala ala mee sup di tempat lain adalah makanan yang sangat nostalgia buat saya. Di Kelantan pun dah susah untuk dapat mee kuah ini. Kebanyakan mee kuah dah jadi macam mee sup yang ada rasa macam tom yam kerana dimasukkan buah tomato, kadang batang saderi pun dimasukkan selain cili padi ketuk. Itu dah tak sama. Sekarang di Kelantan, banyak mee celup dan mee sup gerai tom yam. 
Mee kuah ni kalau nak sedap kena guna air rebusan daging. Bukan macam sup di gerai tom yam. Masuk air sebagai kuah di samping daging sedikit. Air rebusan daging yang direbus lama lama, baru terasa kemanisan air dagingnya. 
Berbaloi saya makan mee kuah ni dan hirup kuahnya sehingga licin. Hubby juga makan dan hirup kuahnya sehingga licin. Rasanya dia pun first time makan mee ni.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

Mee Kuah KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 peket mee kuning1 kg daging/tulang - rebus sehingga empuk1 peket fishballSayur sawi - atau yang disukai2-3 biji telur ayamCili merah/hijau - hirisBawang gorengDaun sup - opsyenalMinyak masak
Bahan lain:2 ketul kiub daging2-3 sudu besar kicap sotong - opsyenal2 sudu besar sos tiram1 sudu besar garamSedikit gula - jika suka
Bahan tumbuk kasar:7 ulas bawang putih4 biji bawang merah1 sudu kecil lada hitam
Cara cara:Rebus daging dengan air secukupnya sehingga daging empuk. Air rebusan akan dijadikan kuah.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga keperangan. Masukkan daging dan air rebusan daging untuk kuah. Kacau rata.
Setelah mendidih, masukkan kiub pati daging, garam, gula dan kicap sotong. Masak sehingga mendidih.
Akhir sekali, masukkan fishball dan sayuran. Kacau seketika sahaja. Tutup api.

Bila hendak dimakan, saya masukkan kuah dengan isinya ke dalam kuali lebih kecil, panaskan sehingga mendidih. Pecahkan telur dan masukkan mee kuning yang telah dibilas dengan air. Tutup api.
Tuang dalam mangkuk dan tabur bawang goreng. Nota: jika suka, boleh tabur cili hiris/cili jeruk.
Nota:Jika makan serentak, boleh terus pecahkan telur sebiji sebiji. Bila telur separuh masak, tutup api. Masukkan mee kuning. Tabur daun sup dan bawang goreng.
Mee kuning boleh juga dicelur berasingan.
Saya tak letak cili dan daun sup kerana ingin rasa seperti mee kuah yang saya makan masa kecil dulu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/04/mee-kuah-kelantan-yang-sangat-nostalgia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Syawal Kedua Mee Kuah

Menu Syawal Kedua Mee Kuah

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum dan Salam sejahtera Syawal kedua beraya di kampung tetapi raya sekarang dengan raya beberapa tahun lepas memang banyak bezanya Balik kampung tak semeriah dulu lepas arwah tok dan tokwan dah meninggal dunia Balik kampung suny...
Tudia Untung Banyak Sangat Kot Sampai Tukar Kerusi Kereta

Tudia Untung Banyak Sangat Kot Sampai Tukar Kerusi Kereta

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 317 hits
Mohd Mukhlis Mohd Syarif Awal awal dah tukar kerusi kereta Banyak sangatkah urusan kerja menggunakan kereta sehingga perlu tukar kerusi MP KB masa dilantik jadi Menteri pun sibuk ubah suai pejabat https www malaysiadateline com kos rm470000...
Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 386 hits
Mak ayah mana yang tak terkesan kalau anak sakit Demam dan batuk lama lama pun mak ayah dah cuak dan risau Anak kalau batuk berpanjangan mak ayah jangan biarkan kerana ia boleh mendatangkan kesan pada anak itu sendiri Perkongsian ini mak ay...
Misi Gila Sangat Mengejutkan Kepada Allah Jualah Kami Berserah

Misi Gila Sangat Mengejutkan Kepada Allah Jualah Kami Berserah

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 141 hits
183 Hari Yang Panjang Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi G Anak kecil wanita dan keluarga berpindah randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan Naik turun emosi bila dapat berita jiran sahaba...
Pening Kepala Dengan Umno Susah Sangat Nak Jaga Dan Buat Kira Apa Kata Cuba Cuba Dekati Pn

Pening Kepala Dengan Umno Susah Sangat Nak Jaga Dan Buat Kira Apa Kata Cuba Cuba Dekati Pn

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 204 hits
Saya tak pasti sama ada PMX pening kepala atau tidak dengan UMNO dalam isu tahanan rumah yang difailkan Najib Razak di mahkamah Sudahlah timbalannya sendiri dalam kerajaan iaitu Ahmad Zahid Hamidi memihak kepada Najib dengan setuju menjadi ...
Nak Boikot Sangat Jom Kita Boikot

Nak Boikot Sangat Jom Kita Boikot

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 334 hits
Ada walaunita yang hina orang makan di dan baru baru ni Aku diberitahu rupanya walaunita tu model barangan Seingat aku Nivea jelas Maka boikot Nivea dari boikot KFC yang dipunyai oleh Tapi boikot tu Cuma bila kau bising orang makan di KFC t...
Kes Pedofilia Polis Kelantan Panggil Pelajar Dan Guru

Kes Pedofilia Polis Kelantan Panggil Pelajar Dan Guru

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 182 hits
BernamaPolis memanggil beberapa saksi termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan seorang pengajar melakukan aktiviti pedofilia Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata polis ada menerima l...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback 2024 Join Competition Sempena Deepavali Celebration Kat Tempat Kerja

Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan