Mee Kolok Dayang Sarawak Corner Foodpanda 1st Time
Hi korang...
Hari ni kan...SA yang pemalas ni tak bawak bekal..biasa la hari Jumaat kan...lepas tu sibuk nak berjimba tapi tak dapat..hahahaa...SA order thru Food Panda je la...tekak teringin nak makan Mee Kolok...sebabnya SA duk mendelete gambar2 lama kat PC..terjumpa plak gambar masa pi Sarawak dulu..then cari la kat dalam Food Panda...Eh..eh...ada la Dayang Sarawak Corner.....makanyaaaaa.....rancak la jari jemariku memainkan peranan (ayat novel sangat)..hari ni je ye...jangan plak dah tersampuk Food Panda jadi hari2 plak nak order..itu macam kalu bertambah naik belanja makan ko hari2...
Sebenarnya SA hari ni first time guna foodpanda, sebelum- sebelum ni lebih prefer Grabfood. Tapi kat Grabfood x banyak pilihan macam Foodpanda. Bosan plak asyik order dari tempat yang sama je kan..sebab tu SA cuba Foodpanda ni..lagipun ada sesetengah tempah free delivery tau...
Mee kolok ayam...dia guna ayam yang minced tu je..alahai...potong laaaa.....
Tuang sup dan kicap cili tu sikit je..untuk bagi rasa kan...
Jemput makan semua..
So...rasa mee kolok dia sedap tak
Boleh la...SA bagi 2.5 bintang out of 5. SA nyer expectation tinggi skit kat mee kolok ni...SA x makan daging so takde la order mee kolok daging. Kalau kat Sarawak memang mee kolok dihidang dengan daging kan. Kalau ada pilihan ayam pun dia bagi ayam yang dah dicarik2 bahagian dada atau seketul2 ayam..yang ni failed sebab daging ayam hancur...macam minced meat utk spaghetti bolognaise tu, mee dia dah betul dah mee kolok sama macam kat Sarawak. Soup pun ok jugak just boleh rasa ajinomoto...haaaa...bila food blogger dah berkata- kata...lama dah x buat kerja review makanan ni...bukan takde jemputan..SA kerja kan...betul2 pi pun masa Ramadhan review tempohari je..tahun depan la kot start semula..
So...next time bleh order kat kedai lain plak..make sure yang takde delivery fee...hahaha...SA kedekut..order yang ni free delivery...bayar cash je.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/09/mee-kolok-dayang-sarawak-corner.html