Mee Goreng Yang Dirindui




Saya membuat senarai untuk Nellisa beli dan bawa ke London. Antaranya ialah mee kuning dan mee hoon vercimille. Di London, keduanya agak susah diperolehi. Kalau ada pun, tak sama dan tak rasa sesedap di tempat kita.
Jadi dah ada, mee kuning saya pun tak sabar lah untuk memasaknya. Lagi pun mee kuning tidak tahan lama, jadi kenalah dimasak cepat. Seperti biasa, kalau nak masak mee atau mee hoon goreng, saya rasa lebih sedap jika menggunakan daging. Lagi lagi pulak daging di sini memang segar dan lembut. 
Cara saya menggoreng mee, boleh tengok di video yang saya kongsikan sebelum ini di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Cara ini dan resipi ini yang sesuai dengan citarasa saya. Saya kalau bab mee goreng memang agak cerewet. Kadang nampak sedap tapi bila disuap jer ke mulut, dah tak kena dengan tekak. 
Jadi kalau mee goreng, memang kena masak sendiri baru terasa kena dengan selera. Selera saya lah. Mungkin selera orang lain, lain lah pulak. Kalau ikut cara saya, akan dapat lah mee goreng yang saya gemari. Itu sahaja. Tak pasti samada ianya sedap pada orang lain. 

Saya memasak di London ini kena ubahsuai menggunakan bahan bahan di sini kerana bahan masakan tidak sama dengan tempat kita. Contoh kat sini bawang merah, tak ada. Kalau ada pun rasanya tak sama. Jadi saya guna bawang besar India. Bawang besar india ni pun, bukan semua tempat ada jual. Kena pergi cari di kedai kedai Arab atau Pakistan sahaja. 
Begitu juga cili kering, di sini kawan saya dah beritahu sebelum saya datang. Katanya tak sedap dan pedas. Jadi saya bawa cili kering dari Malaysia. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 

Mee Goreng Di LondonOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram mee kuningSedikit garam dan serbuk perasaDaging/ayam - ikut yang disukai2 biji telurSayur bok choiDaun bawang
Bahan kisar:1 biji bawang besar5 ulas bawang putih1 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai
Bahan lain:3-4 sudu besar sos cili2 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos tiramKicap manis secukupnya 
Cara cara:Panasan minyak dan tumis bahan kisar sehingga benar benar masak dan garing. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak lagi. Boleh ulang beberapa kali proses masuk air untuk pastikan cili benar benar masak. 
Masukkan daging atau ayam atau udang dan kacau rata sehingga daging masak. 
Masukkan bahan sos dan kicap. Kacau rata. Masukkan setengah cawan air untuk lembutkan mee nanti. Masak sehingga mendidih.
Masukkan batang sayur dan kacau seketika.
Masukkan mee kuning (dibasuh manja jer) dan kacau rata. Masukkan daun sayur. Kacau rata.
Ketepikan sedikit dan tuang telur. Timbuskan telur dengan mee seketika sahaja agak agak telur masak, baru dikacau rata.
Akhir sekali, masukkan daun bawang. Jika perlu, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan boleh tutup api.
Nota:Jika suka, boleh juga masukkan buah tomato dan cili merah di akhir sekali. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/mee-goreng-yang-dirindui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Breakfast Simple Tapi Padu Mee Goreng Dan Telur Mata

Breakfast Simple Tapi Padu Mee Goreng Dan Telur Mata

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 405 hits
Assalamualaikum Pagi ni SA bangun dengan mood nak sesuatu yang comfort food Tak sempat nak fikir panjang SA sampai office tadi letak bag terus turun food court SA terus pilih menu paling mudah tapi confirm sedap mee goreng dengan telur mata...
Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2400 hits
Saya ingin berkongsi kesedihan saya dengan follower semua dan semoga anda semua dapat mendoakan agar Allah memberikan keringanan pada apa yang ditanggung oleh kami sekeluarga Malam tadi waktu terjaga dari tidur saya baca mesej dari Wahidah ...
Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1695 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Sarapan nasi goreng pagi ini Seperti biasa nasi goreng letak ikan bilis dan juga sayur sawi Guna bahan yang ada di rumah sahaja Nasi goreng cepat di masak enak dimakan Sawi ambil dalam pasu Kecil sahaja sawi...
Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1 Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng Juga

Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1 Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng Juga

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1243 hits
Sambal belacan wajib ada stok di dapur kalau suka makan pedas Alang alang buat sebalang terus macam ini Tak perlu susah susah buat banyak kali Bestnya sambal belacan yang sama ini juga boleh dibuat rencah untuk nasi goreng Kegunaannya 2 dal...
Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2992 hits
Lamanya tak masak kuetiau goreng Rindu pula nak makan kuetiau goreng air tangan sendiri Asyik beli dan beli je Sesekali masak sendirilah pula Bahan bahan pun ada stok dalam kulkas Ayuh kita masak Saya suka kuetiau halus berbanding kuetiau b...
Ahmad S Fried Chicken Lancar Cawangan Ke 44 Di Kota Warisan Bukti Cinta Rakyat Malaysia Pada Ayam Goreng Tempatan

Ahmad S Fried Chicken Lancar Cawangan Ke 44 Di Kota Warisan Bukti Cinta Rakyat Malaysia Pada Ayam Goreng Tempatan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1716 hits
Siapa sangka dari satu cawangan pada tahun 2024 kini Ahmad s Fried Chicken terus melakar kejayaan dengan pelancaran cawangan ke 44 di Kota Warisan Sepang Jenama ayam goreng tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini t...
Nasi Goreng Daging Salai

Nasi Goreng Daging Salai

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2956 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat semua Alhamdulillah pagi ni nampak cuaca cerah secerah hatiku Walau sedikit demam pagi ni gigih juga bangun hantar hero tu training bola dan terus masak nasi goreng daging salai Entah kenapa tekak teringin nak m...
Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 5148 hits
Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup Bermacam cara saya cuba kadang jadi dan ada ketika tak jadi seperti apa yang dikongsikan oleh sesetengah youtuber Tapi tak apa kita cuba sampai jadi Ada yang buat letak tepung beras tepung gandum m...
Ayam Goreng Kari Sekali Rasa Mesti Ketagih Ini Cara Membuatnya

Ayam Goreng Kari Sekali Rasa Mesti Ketagih Ini Cara Membuatnya

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 4788 hits
Ayam goreng kari ini kalau diratah makan panas panas memang tak cukup seketul Boleh ketagih dibuatnya Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng berempah Nak buat pun mudah cuma kisar bahan gaul dan goreng Jom cuba ikut resipi...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Kitingan Formulating New Gbs Pact To Take On Grs

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lambat Kahwin Bukan Hukuman Tapi Masa Untuk Allah Mendidik Aku Jadi Insan Yang Lebih Kuat

Kod Rahsia Pigpen Bila Huruf Jadi Simbol

Element Kuala Lumpur Celebrates Culinary Excellence With A Culinary Celebration 3 Course Menu

Sleeve Custom Sentuhan Eksklusif Yang Jadikan Produk Anda Nampak Premium

Tau Tak Ni Apa

Choosing Peace Over Drama