Mee Goreng Kegemaran Famili Saya





Nana memberitahu saya, Mama, kawan kakak beritahu dalam blog mama ada banyak sangat resipi mee goreng, jadi ramai tak pasti mana satu resipi yang sedap. Saya menjawab mama seorang blogger yang akan mencuba pelbagai resipi untuk satu satu masakan. Semua yang dikongsi dalam blog, Insya Allah yang telah dicuba dan semua sedap. Hahaha.
Buat mereka yang tak pasti mana satu resipi nak ikut, boleh guna resipi mee goreng terbaharu ini yang telah saya olah dan ubahsuai. Sebenarnya ianya sama dengan resipi dulu dulu, cuma saya ubahsuai sedikit dengan memasukkan sos tiram. 
Selain itu saya juga memasukkan telur, jika dulu saya memang tak suka masukkan telur dalam mee goreng dan akhir sekali, saya masukkan sayur taugeh, yang dulu dulu saya tak berapa gemar taugeh di dalam mee goreng. Yang lain semuanya sama. 
Juga kalau belah belah Kelantan, akan dituangkan setitis dua cuka makan dalam mee goreng untuk rasa masam masam. Atau sebagai pilihan, boleh dihidangkan dengan hirisan limau nipis yang diperah airnya sebelum mee dinikmati. 

Alhamdulillah, setakat ini anak anak saya suka jer dengan perubahan yang saya buat. Cuma kalau tak ada taugeh, saya tak letaklah taugeh tu. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili kering kisar. Saya guna 1 sudu besar sahaja untuk 1 paket mee kuning sebab anak saya memang tak tahan pedas.
Haa kalau ada yang nak mencuba, boleh ikuti resipi dan step penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

Mee Goreng Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 pek mee kuning  
¼ cawan minyak masak
1 sudu besar cili kisar - jika suka pedas, guna 2
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Kicap lemak manis secukupnya
2 biji telur
5-6 ekor udang 
2 keping fish cake
2 pokok sayur sawi
4 biji cili padi ketuk - opsyenal
1-2 genggam sayur taugeh  


Bahan tumbuk:
2-3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara cara:

Mee kuning dibasuh manja bawah air paip dan tos. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Jika perlu, masukkan air sedikit demi sedikit untuk pastikan cili masak sepenuh.
Masukkan udang dan fish cake. Kacau rata.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan masak sebati.
Masukkan batang sawi. Kacau sehingga agak agak separuh lembut.
Masukkan mee kuning dan daun sawi. Kacau rata. Nota: jika suka, boleh masukkan cili padi ketuk beberapa biji.
Masukkan kicap secukupnya sehingga warna mee yang disukai. Boleh tambah sos cili sedikit lagi, jika perlu. Kacau rata.
Ketengahkan sedikit mee dan pecahkan telur di tepi kuali. Biarkan sehingga telur separuh masak, baru dikacau rata supaya bergaul dengan mee.
Akhir sekali, masukkan taugeh dan kacau rata. Terus ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.






Nota:Jika suka lebih basah, tambah kicap dan sos. Kicap, sos dan telur berperanan untuk mee lebih basah dan lebih kering.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/mee-goreng-kegemaran-famili-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Hoon Goreng Kampung Sedap

Mee Hoon Goreng Kampung Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 402 hits
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower saya yang telah klik iklan iklan yang keluar di blog ini sebagai sokongan moral kepada saya Setiap hari saya melihat trend yang sama di mana lebih kurang 500 orang y...
Resepi Crab Rangoon 5 Bahan Sahaja Buat Banyak Banyak Tinggal Goreng Je

Resepi Crab Rangoon 5 Bahan Sahaja Buat Banyak Banyak Tinggal Goreng Je

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 244 hits
Sebut sahaja Crab Rangoon pasti anda akan teringat tentang resepinya yang pernah viral dan mendapat berjuta juta tontonan di tiktok Rasanya yang sangat creamy sesuai untuk seisi keluarga Cara penyediaannya sangat mudah dan confirm menjadi J...
Mamee Chef Launches Mi Goreng Rendang Legenda

Mamee Chef Launches Mi Goreng Rendang Legenda

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 290 hits
Inspired by National Icon Brand Ambassador Dato Sheila Majid A legendary pairing like no other Enjoying traditional cuisine on special occasions is one of Malaysia s most well loved cultures One of which is rendang a dish traditionally serv...
Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 220 hits
Mari memasak sotong goreng tepung Resepi dari Che Nom resepi yang tak pernah gagal jom kita cuba Tak serupa bukan bermakna gagal tetapi kita kena cuba banyak kali barulah mungkin rasanya atau rupa masakan tu dekat nak sama hehe usah putus a...
Resipi Sotong Goreng Tepung Crispy Comfirm Jadi Macam Dekat Restoran Seafood

Resipi Sotong Goreng Tepung Crispy Comfirm Jadi Macam Dekat Restoran Seafood

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 178 hits
Sotong Goreng Tepung Crispy ni memang sedap Kalau makan cicah sos pergh terasa bagai makan di tepi pantai Terengganu Ada banyak resipi SOtong Goreng yang dikongsi namun ada kalanya tepung tidak rangup tepung terpisah dari sotong dan macam m...
Cara Membuat Somtam Ayam Goreng Yang Sangat Sangat Sedap

Cara Membuat Somtam Ayam Goreng Yang Sangat Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 195 hits
Pernah cuba hidangan Somtam Ayam Goreng Sangat enak ya menu ini Sesuai bagi anda yang menggemari sajian ala Thailand yang enak dan mudah Rasanya cukup membuka selera Pedas masam dan manis Sangat sempurna Bak kata empunya resipi lauk ini san...
The Colours Of Life Nasi Ayam Goreng Gerai Statik Tun Teja

The Colours Of Life Nasi Ayam Goreng Gerai Statik Tun Teja

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 214 hits
The Colours of Life Nasi Ayam Goreng Gerai Statik Tun Teja Singgah makan lunch kat sini jap minggu lepas Nampak macam menarik Rasa pun ok Yang tak tahan siap goreng dengan udang tu beb mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipi...
Abang Bomba Viral Lagi Kali Ini Masak Jual Mi Goreng 50 Sen Sepinggan

Abang Bomba Viral Lagi Kali Ini Masak Jual Mi Goreng 50 Sen Sepinggan

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 190 hits
Sejak sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65 pada 31 Ogos lalu nama abang bomba telah menjadi sebutan dengan pelbagai isu termasuk kanak kanak yang tersilap membuat mini love ketika berarak dengan pasukan bomba Semalam nama anggota keselamatan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba