Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream Familymart X Doraemon Umai
Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream is back! Masa mula mula dulu tak sempat nak merasa. Baik Family Mart mahupun McD. Dua-dua tak sempat nak menjamu selera. Yeah, kali ni ada rezeki dapat merasa Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream Family Mart.
Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon!Bermula 3 Julai 2022, Family Mart kembali keluarkan Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream edisi terhad. Edisi kali ni lebih menarik dengan siri kartun Doraemon pada cone sleeve dan sundae cup. Cute!
Peminat siri kartun Doraemon bolehlah simpan buat koleksi.
Mediterranean sea salt sofuto priceMediterranean sea salt sofuto price RM2.90 kalau beli terus di store Family Mart. Saya beli guna food delivery by foodpanda dengan harga RM3.50. Rupa paras aiskrim pun tak berapa cantik dah sebab aiskrim dah cair. Nasib baik masih ada rupa aiskrim. Kalau dah rupa air tak panggil aiskrim dah!
Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream sedap ke?Mediterranean sea salt sofuto review ikut selera saya memang sedap dengan rasa lemak masin tu. Tak manis, just nice lah orang kata. Tak menyesal beli. Umai!!! Katanya warna biru adalah warna semulajadi yang diperbuat daripada ekstrak spirulina.
Sejak terjebak tengok Youtube channel 'NobuShun World' bila nak sebut sedap in Japanese, sebut Umai. Lupa sudah perkataan Oishii. Dulu belajar bahasa Jepun yang formal je kan. Gink Jepun, Kaz in KL, Kouji Jepun antara channel yang saya rajin layan kalau buka youtube
Bolehlah nak refresh sikit Nihon Go dah berkarat tu
Disebabkan Mediterranean sea salt sofuto ni sedap, so boleh repeat membeli nanti. Nak beli yang cone pulak. Tapi tak pastilah bila edisi Mediterranean sea salt sofuto FamilyMart x Doraemon akan berakhir. Siapa tahu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/08/mediterranean-sea-salt-sofuto-ice-cream.html