Media Sosial Pihak Terlibat Platform Baru Syed Saddiq


Sebilangan orang yang menghadiri mesyuarat pertama gerakan politik berbilang kaum yang ditubuhkan Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima ratusan pengikut baru yang disyaki akaun automatik, dikenali sebagai bot (bots followers) di akaun Instagram mereka.
Ahli Liga Rakyat Demokratik, Amir Abd Hadi berkata kepada Malaysiakini bahawa akaun instagramnya dibanjiri pengikut bot sejak dua hari lalu.
“Saya rasa (ia bermula) dua hari lalu, Akaun peribadi saya dapat lebih 500 (pengikut bot baru) dan akaun Liga Rakyat Demokratik saya rasa lebih 1,000,” katanya kepada Malaysiakini.
Jelasnya, dia tidak tahu menahu mengapa terdapat peningkatan mendadak pengikut bot di akaun media sosial namun selepas ditanya adakah ia mempunyai kaitan dengan platform baru Syed Saddiq, Amir tidak menafikan kemungkinan hal tersebut.
“Saya tidak berani untuk memberi komen kerana saya juga tidak tahu,” katanya.
Pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri yang turut menghadiri mesyuarat pada 31 Ogos itu juga mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa akaun Instagram peribadinya dihujani pengikut bot sejak dua hari lalu.

Sejak itu dia mengunci akaun Instagramnya namun mengatakan mempunyai sekitar 300 permintaan pengikut bot tersebut.
Ditanya adakah insiden tersebut berkait rapat dengan platform baru Syed Saddiq, dia menjawab tidak tahu kerana tidak terbabit dalam gerakan tersebut.
“Mesyuarat (pada 31 Ogos) hanyalah melibatkan pihak yang berkepentingan,” jelasnya.
Artis dan Aktivis Orang Asli Shahar “Shaq” Koyok juga antara menerima pengikut baru yang disyaki pengikut bot walaupun sebenarnya tidak banyak.
Sementara itu, penerima biasiswa universiti Oxford, Nurul Ezzaty Hasbullah juga memuat naik berkenaan pengikut barunya di akaun Twitter semalam.
“Saya rasa, saya dah jadi selebriti Rusia kerana tiba-tiba saya ada banyak pengikut bot Rusia. Cantik,” selorohnya.
Terdapat beberapa gambar yang dilampirkan di tweet itu, yang menunjukkan sejumlah akaun yang merupakan gabungan nama dan angka yang telah mengikutinya di Instagram
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed turut mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini.

“Semalam naik lebih 500 pengikut di akaun Instagram page, yang kebanyakan pengikut bot Rusia. Cantik,” ciapnya menerusi akaun Twitter.
Mereka ini antara yang hadir pada pertemuan rasmi berhubung platform baru Syed Saddiq pada 31 Ogos.
Dikenali sebagai “Muda Malaysia” buat masa ini, ia adalah platform politik berasaskan berbilang kaum yang dipimpin belia dan bertujuan untuk memecahkan status quo politik.
Jelasnya, gerakan itu juga dibarisi golongan muda di kalangan profesional, aktivis, pengasas startup, ahli akademik dan pendakwah, selain ahli politik. Mkini
The post Media sosial pihak terlibat platform baru Syed Saddiq appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/04/media-sosial-pihak-terlibat-platform-baru-syed-saddiq/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Report Kj Says Syed Saddiq S Youth Platform May Force Umno Rejuvenation

Report Kj Says Syed Saddiq S Youth Platform May Force Umno Rejuvenation

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 539 hits
Former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has reportedly welcomed his former Bersatu counterpart Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s bid to set up a youth based political platform According to a report the science technology and innovation mini...
Those Linked To Syed Saddiq S New Platform Flooded With Bot Followers

Those Linked To Syed Saddiq S New Platform Flooded With Bot Followers

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 300 hits
Several people who attended the first meeting of Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s multiracial youth political platform have received hundreds of new followers on Instagram suspected to be automated accounts known as bots Liga Rakyat ...
Kaki Bongkar Jugak Syed Saddiq Ni Cash Is King Ker Pm7

Kaki Bongkar Jugak Syed Saddiq Ni Cash Is King Ker Pm7

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 369 hits
Kaki bongkar juga Syed Saddiq ni setelah dia move on dari PM7 Minggu lepas dia bongkar bahawa ianya memang rancangan PH dari awal lagi untuk mansuh dan turunkan bantuan kepada Rakyat pada dua tahun pertama PH memerintah supaya ianya dinaikk...
5 Hal Ini Yang Sebaiknya Kamu Posting Di Media Sosial Buat Branding Diri Sendiri Jangan Asal

5 Hal Ini Yang Sebaiknya Kamu Posting Di Media Sosial Buat Branding Diri Sendiri Jangan Asal

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 368 hits
Kalau bisa terkenal dan dapat banyak jalan dari media sosial kenapa nggak dimaksimalkan ya kan
Hiburan Bersikap Keterlaluan Di Media Sosial Mk K Clique Kecewa Dengan Netizen

Hiburan Bersikap Keterlaluan Di Media Sosial Mk K Clique Kecewa Dengan Netizen

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 598 hits
Tampil menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang bertindak keterlaluan apabila meninggalkan komen di media sosial penyanyi rap MK kini dilihat terkilan dengan segala yang berlaku Ujar MK perkara itu dianggap keterlaluan k...
Syed Saddiq Bongkar Dr M Amal Politik Wang Kroni Korporat

Syed Saddiq Bongkar Dr M Amal Politik Wang Kroni Korporat

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 770 hits
by on 8 31 2020 10 36 00 PmKaki bongkar juga Syed Saddiq ni setelah dia dari PM7 Minggu lepas dia bongkar bahawa ianya memang rancangan jahat PH dari awal lagi untuk mansuh dan turunkan bantuan kepada Rakyat pada dua tahun pertama PH memeri...
Trailer Dune Bocor Di Media Sosial Saksikan Juga Gambar Gambar Terbaru Disini

Trailer Dune Bocor Di Media Sosial Saksikan Juga Gambar Gambar Terbaru Disini

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 347 hits
Dune menjanjikan kisah yang hebat dan lebih epik dari apa yang kita pernah saksikan dari pembikin filem Denis Villeneuve yang terkenal menerusi karya hebat seperti Arrival dan Blade Runner 2049 Beberapa gambar terbaru telahpun didedahkan ke...
Syed Saddiq Sets Sights On Ending Money Politics

Syed Saddiq Sets Sights On Ending Money Politics

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 319 hits
Former PPBM Youth leader Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hopes to change politics through young people PETALING JAYA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman says he did not want to join Pejuang as he wanted to empower the youth and promote a more multi...
Alibaba Lancarkan Program Livenow Bantu Lahirkan Lebih Ramai Pemangkin Media Sosial Berbakat

Alibaba Lancarkan Program Livenow Bantu Lahirkan Lebih Ramai Pemangkin Media Sosial Berbakat

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 355 hits
Alibaba Group telah melancarkan program LiveNOW KOL Live Streaming iaitu salah satu inisiatif dalam membantu lebih ramai untuk menempa kejayaan melalui strim secara langsung Program berbentuk latihan ini akan berlangsung bermula 3 September...
Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Peluang Untuk Peneroka Felda Tambah Pendapatan

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Petros S Antics Costing Us Billions Of Usd Thousands Of Jobs And Investor Confidence In Malaysia

Bagaimana Renovasi Dapat Mengurangi Tagihan Listrik Bulanan

Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

Cat Stevens Wild World Chord

Koleksi Doa Untuk Majlis Yang Ringkas Mudah Dibaca

Satu Rangka Manusia Tanpa Identiti Ditemukan Di Tepi Pantai Kuala Sungai Badong Merchong Pekan