Mechamato Movie Best Tapi



Memandangkan dah musim cuti sekolah, apa kata bawa keluarga tengok filem MechAmato Movie di pawagam? MechAmato ialah filem animasi tempatan terbaru dari Animonsta Studio yang tengah hangat sekarang ni. Siapa yang mengikuti rancangan bersiri MechAmato di tv mesti tau cerita dia pasal seorang budak lelaki bernama Amato yang berkawan dengan robot sfera kuasa mirip bola keranjang bernama MechaBot. Dah ada watak robot mestilah cerita dia banyak elemen aksi dan sains fiksyen... ditambah lagi dengan makhluk asing, kapal angkasa, makmal sains canggih dan beca selaju roket. MechaBot ada kuasa Mechanize yang mana dia boleh bergabung dengan segala benda di sekeliling untuk dijadikan peralatan mekanikal atau senjata berkuasa tak kira sama ada benda tu basikal, beg sekolah, pasu bunga, tong sampah, atau mop lantai. Bila MechaBot bergabung dengan Amato, mereka menjadi MechAmato

Amato dan MechaBot. Bila bergabung mereka menjadi MechAmato.MechAmato Movie ni berkisarkan saat pertama kali Amato, iaitu ayah Boboiboy, mula berjumpa dengan MechaBot sebelum pengembaraan mereka dalam rancangan bersiri sekarang ini. Masa tu MechaBot tengah lari daripada makhluk asing jahat bernama Grakakus yang nak menggunakan kuasa Mechanize dia. Jadi terpaksa MechaBot mengaku Amato sebagai tuannya untuk menyelamatkan diri. Kemudian pengembaraan gila mereka berdua pun bermula...
MechAmato Movie penuh dengan babak aksi yang menarikSemasa Ayuni pergi tengok filem ni di pawagam berdekatan rumah lepas baru keluar iklan di FB, cuti sekolah belum bermula dan pawagam masih kosong lagi. Jadi seronoklah dapat duduk enjoy dalam pawagam seorang diri menonton MechAmato Movie. Berbaloi juga beli tiket menonton MechAmato Movie sebab Ayuni berpuas hati dengan kualiti ceritanya walaupun...
Sebelum kita cakap pasal "walaupun" tu, jom kita tengok apa yang membuatkan Ayuni rasa MechAmato Movie ni best ditonton:

Kualiti grafik dan pergerakan animasi yang sangat mantap. Penceritaan ringkas dan mudah faham.Konsep yang unik.Babak aksi berlawan disusun kemas dan seni persilatan juga diketengahkan ke dalam corak pertarungan.Semangat persahabatan antara Amato dan MechaBot. Kita boleh nampak betapa bersungguhnya Amato memastikan MechaBot selamat daripada jatuh ke tangan musuh walaupun pada awalnya MechaBot cuma nak mempergunakan Amato. Mungkin karipap yang digoreng oleh mak Amato telah melembutkan hati MechaBot.Plot twist yang menarik.Maskmana. Sut dia hensem.Ada adegan yang lucu dan mencuit hati.Riak muka watak-watak berjaya ditonjolkan mengikut suasana. Terutama sekali muka Datuk Bandar Kota Hilir semasa dia nak cuba cover insiden yang berlaku dalam temubualnya dengan wartawan.Rekabentuk sut armor.Hasil rupa peralatan selepas proses Mechanize. Terus terasa macam nak Mechanize sabun mandi lepas ni.Beberapa detail kecil yang dimasukkan misalnya jenis senjata yang digunakan oleh Maskmana setiap kali dia muncul di hadapan Amato dan MechaBot, langkah pertarungan yang dibuka dengan bacaan bismillah, kuih karipap di rumah Amato, bentuk bangunan pejabat bapa Pian (kawan baik Amato) dan pemandangan interior dalam pejabat yang dihiasi pelbagai objek beridentitikan budaya Malaysia, cikgu Amato dan Pian tak berdiri kaku di kelas memerhatikan projek sains mereka tetapi pergi duduk di meja kelas bersama murid lain, dan kesan pencahayaan ke atas wajah dan pakaian watak semasa pertarungan di antara MechAmato, Grakakus dan Maskmana di atas kapal kontena.
Seni persilatan digabungkan dalam corak pertarungan MechAmatoTapi Ayuni rasa perkara-perkara berikut agak mengganggu fikiran semasa cuba menghayati MechAmato Movie:
Bula dan Bili. Merupakan klon Giant dan Suneo. Menyemak je dua orang ni. Tak benci, menyampah je. Terutama sekali si Bula dengan rupa dan suara annoying dia.Beberapa adegan yang agak klise.Banyak lawak hambar yang tak kena pada tempat dan dialog yang buat kita rasa cringe.Banyak sangat babak lawan-lawan sampai character development watak-watak utama dan jalan cerita tak diperluas.Terdapat banyak ruang yang boleh dikembangkan dalam cerita untuk memberikan impak besar kepada plot tapi tak digunakan sebaiknya. Bak kata orang putih, "wasted potential".Watak penjahat membosankan sebab tak ada personaliti, cara gertak dan cara gelak pun sama je macam watak-watak penjahat lain yang dihasilkan oleh Animonsta Studios.Cara Amato mengawal MechaBot menggunakan Butang Sopan untuk memaksa MechaBot akur dengan arahannya tak ubah seperti hubungan yang toksik. Lagu latarbelakang (BGM) kurang mengujakan. BGM tak berjaya menghidupkan situasi dan emosi watak. Tak ada soundtrack yang best. Kalau ada pun satu je lagu yang menarik hati iaitu lagu pasal beca yang dinyanyikan oleh kumpulan Brother Beca Boys.Amato dan rakan-rakan yang bukan robot. Menyampah tengok yang di bawah kanan tu.
Tapi disebabkan penonton sasaran MechAmato Movie ialah golongan kanak-kanak dan filem ini bersifat mesra keluarga, maka segala "walaupun" yang dinyatakan di atas tak menjejaskan kepuasan menonton filem ini. Budak-budak tengok memang seronoklah. Kalau menonton cerita ini dari kaca mata kanak-kanak dalam lingkungan usia 6 hingga 12 tahun, Ayuni mungkin akan bagi markah 10/10 bagi MechAmato Movie. Namun, sebagai seorang dewasa yang sudah kehilangan jiwa suci murni dan adakalanya terdorong untuk menculik robot kucing pelayan di restoran yang Ayuni kerap kunjungi, maka Ayuni memberikan markah 8.5/10 kepada filem ini

Apa yang pasti, hasil animasi tempatan yang berkualiti cemerlang ini amat membanggakan kerana berjaya menembusi pasaran ke luar negara. Malah MechAmato Movie berjaya meraih kutipan jualan tiket sebanyak RM22 juta dalam masa 14 hari

MechAmato Movie diarah oleh Nizam Razak, dan dibintangi oleh Armand Ezra, Adzlan Nazir, Fadhli Mohd Rawi, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Fazreen Mohd, Hazzley Abu Bakar, dan Feroz Faizal. 

MechAmato Movie bersiaran di pawagam mulai 8 Disember 2022



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2022/12/mechamato-movie.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Layan Mechamato Movie Sebab Anak Anak Penggemar Cerita Mechamato Siri

Layan Mechamato Movie Sebab Anak Anak Penggemar Cerita Mechamato Siri

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 394 hits
hai assalammualaikumLayan Mechamato Movie Anak anak selalu layan Mechamato Siri dekat TV dengan nad sekali tengok cerita tu Suka siri animasi kartun macam ni sama je macam Boboiboy dan Mechamato ni ada kaitan dengan Boboiboy Kalau korang te...
Menonton Mechamato The Movie Di Tgv Bukit Indah

Menonton Mechamato The Movie Di Tgv Bukit Indah

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 354 hits
Hari tu dah janji dengan anak anak Kalau hafal nama 10 malaikat berserta tugasnya Mama Ayah bawa pergi tengok Mechamato th Movie wahh masa tu juga semua boleh hafal Kecuali Mijan la Dia nama sendiri pun tak tau hafal ke tidak Jadi hari Sela...
Betul Tu Tapi Malu Ke Masyarakat Kalau Terkenal Dengan Kaki Fitnah Pejuang Apa Hang Dah Pee Perang Dimana

Betul Tu Tapi Malu Ke Masyarakat Kalau Terkenal Dengan Kaki Fitnah Pejuang Apa Hang Dah Pee Perang Dimana

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 151 hits
Betul tu Pejuang Islam tak rebah dengan saman Tapi perjuangan yang menggunakan nama Islam akan tercalar seandainya fitnah dijadikan senjata Bahkan imej Islam sendiri akan rosak teruk Disaman bukan bererti kamu salah Kelak nanti di mahkamah ...
Mustahil Jadi Perfect Parents Cara Kita Berbeza Tapi Sama Tujuan Nak Yang Terbaik Untuk Anak

Mustahil Jadi Perfect Parents Cara Kita Berbeza Tapi Sama Tujuan Nak Yang Terbaik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 245 hits
Anak merupakan anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita Kehadiran mereka bersama amanah dan tanggungjawab yng sangat besar Bukan mudah untuk melalui fasa ketika anak anak sedang membesar Bila kita marah marah dan naik a...
Lukis Lagi Baik Daripada Bercakap Macam Tak Faham Arahan Tapi Ingatan Cukup Kuat Kenali Anak Visual Learner

Lukis Lagi Baik Daripada Bercakap Macam Tak Faham Arahan Tapi Ingatan Cukup Kuat Kenali Anak Visual Learner

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 275 hits
Setiap anak kita memang berbeza Ada anak yang belajar melalui pendengaran namun ada pula anak yang belajar melalui pemerhatian Jangan terlalu cepat salah faham pada anak belajar kenali anak kita Anak Visual Learner pula agak istimewa kerana...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door

Do People Have To Reach A Certain Age Before They Actually Accuire Wisdom Or Is It Just A Gift By Nature

Tanda Tanda Slow Learner Pada Anak Sekolah Rendah