Mcdonald S Terima Tiga Anugerah Berprestij Sumber Manusia


Syarikat komited tingkat pembangunan modal insan menerusi penglibatan aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional di bawah Kementerian Sumber Manusia
Kuala Lumpur, 28 September 2018 – McDonald’s baru-baru ini menerima tiga anugerah berprestij Sumber Manusia yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat paling berdedikasi dan merupakan aspirasi untuk bekerja. Tiga anugerah yang diterima adalah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) (Best Companies to Work for in Asia 2018 (Malaysia Edition)) oleh HR Asia; Majikan Terbaik di Malaysia 2018 (Best Employer in Malaysia 2018) oleh AON; dan Majikan Francais Terbaik 2018 (Best Franchise Employer 2018) oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA). 
Kami amat teruja menerima penghormatan ini. Menjadi penerima tiga anugerah berprestij ini merupakan testimoni terhadap kejayaan jenama McDonald’s di Malaysia dan pengiktirafan terhadap kemantapan kepimpinan perniagaan kami yang mengutamakan bakat dan menekankan kepentingan modal insan sebagai penyumbang utama terhadap kejayaan dalam perniagaan”, kata Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia. 
Azhar menyatakan bahawa pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) – Keluarga & Rakan-rakan (Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk kakitangannya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan pembangunan kerjaya untuk jangka masa panjang. 
Selain itu, restoran khidmat segera ini juga menggalakkan “Budaya McDonald’s” atau “McDonald’s Culture” yang terdiri daripada tiga teras – Mengutamakan Pelanggan (Guest-obsessed); Lebih Baik Bersama (Better Together); dan Komitmen untuk Memimpin (Commitment to Lead) – yang menjadi panduan untuk kemajuan yang berterusan. Menerusi Budaya McDonald’s, syarikat amat komited untuk memastikan pelanggannya menikmati pengalaman yang terbaik di McDonald’s, menggalakkan semangat berpasukan sesama kakitangan dan sentiasa memberi impak positif terhadap industri khidmat segera, komuniti dan juga planet. 
“Di McDonald’s, kakitangan adalah lambang jenama dan merupakan aspek penting dalam kejayaan kami. Kami hendak memanfaatkan skala saiz yang ada dengan menjadikan program pembangunan dan latihan sebagai cara yang membolehkan kakitangan kami melangkah maju ke hadapan, terutamanya, dibidang fungsi kerja dan kepimpinan. Sehingga kini, kami melaburkan lebih RM 8.2 juta setahun dalam pelbagai inisiatif pembangunan modal insan. Kesemua 12,000 kakitangan McDonald’s di Malaysia dikehendaki menjalani program pembangunan dan latihan berstruktur yang berterusan dalam peringkat kerjaya mereka agar mereka mampu memenuhi potensi diri,” tambah Azhar. 
Melangkah ke Hadapan dengan Sistem Latihan Dual Nasional 
Bagi meningkatkan piawaian syarikat dalam pembangunan modal insan dan mengasah bakat baharu, McDonald’s turut terlibat secara aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia merupakan pengendali restoran khidmat segera pertama yang menerima pengiktirafan SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 
SLDN merupakan program berorientasikan latihan industri di mana ia menggabungkan situasi pembelajaran di tempat kerja dan juga di institut latihan. Sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan, pelatih McDonald’s akan menerima 70 – 80 peratus pembelajaran melibatkan latihan praktikal di restoran dan 30 – 20 peratus pula merupakan pembelajaran secara teori di dalam kelas. 
Sebaik sahaja mereka lulus ujian penilaian dan peperiksaan akhir yang akan dijalankan di penghujung program latihan, mereka akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sijil ini melayakkan mereka untuk bekerja di restoran McDonald’s dan mengembangkan lagi kerjaya mereka. 
Selain menerima tajaan penuh untuk program latihan, setiap pelatih juga diberi elaun sara hidup sebanyak RM1,200, manfaat insurans dan perubatan serta makanan percuma. 
Pusat Latihan McDonald’s di Menara TH, Petaling Jaya merupakan pusat latihan di dalam kelas yang diluluskan untuk SLDN. Menjelang penghujung tahun ini, sejumlah 100 restoran McDonald’s akan diberi pensijilan sebagai lokasi latihan praktikal, melibatkan kira-kira 1,000 pelatih. Restoran-restoran tersebut terletak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.munirahizzan.com/2018/10/mcdonalds-terima-tiga-anugerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Dubai Memperlihatkan Dron Berkuasa Hidrogen Yang Mampu Terbang Selama Tiga Jam

Polis Dubai Memperlihatkan Dron Berkuasa Hidrogen Yang Mampu Terbang Selama Tiga Jam

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 247 hits
Polis Diraja Malaysia telah mula menggunakan dron untuk proses rondaan kawasan perumahan dan demo jalanan sejak tiga tahun yang lalu Dari gambar yang telah kami lihat PDRM menggunakan dron berkuasa elektrik yang mempunyai tempoh penerbangan...
Resepi Telur Tiga Rasa Buat Sahabat

Resepi Telur Tiga Rasa Buat Sahabat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 537 hits
Telur Tiga Buat SahabatBAHAN BAHAN 2 biji telur padi direbus 2 biji telur masin direbus10 biji telur burung puyuh direbus5 biji telur ayamDaun bawang secukupnya dihiris Serbuk lada sulah secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK 1 Telur padi...
Mic Cameron Highlands Dah Cerai Talak Tiga

Mic Cameron Highlands Dah Cerai Talak Tiga

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 192 hits
PRK CAMERON Tak pernah kalah di situ tapi dipinjamkan kepada Umno Adakah kerusi berkenaan kembali pada MIC pada masa depan tanya setiausaha khas Anwar Ibrahim
Gara Gara Hilang Kawalan Trailer Rempuh Tiga Kenderaan

Gara Gara Hilang Kawalan Trailer Rempuh Tiga Kenderaan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 312 hits
TAMPARULI Satu kemalangan melibatkan sebuah lori trailer hilang kawalan melanggar tiga buah kenderaan lain di Daerah Tuaran di KM 34 1 Kg Simpangan Lama Jalan Tamparuli Ranau Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Dzulbaharin Haji Ismail mengesahkan...
Pesawah Petani Bukan Bodoh Salahuddin Layak Menerima Anugerah Pelakon Terbaik

Pesawah Petani Bukan Bodoh Salahuddin Layak Menerima Anugerah Pelakon Terbaik

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 321 hits
ALOR SETAR 15 Feb 8211 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub diminta agar tidak memperbodoh bodohkan golongan pesawah apabila menangis teresak esak di hadapan orang ramai dalam satu majlis di Selangor semalam sedang...
Bayi Tiga Bulan Ditemukan Tewas Di Pancoran Mas Depok

Bayi Tiga Bulan Ditemukan Tewas Di Pancoran Mas Depok

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 257 hits
Penemuan bayi ini dilaporkan sekitar pukul 14 00 WIB Kemudian penemuan jasad bayi ini dilaporkan ke Polsek Pancoran Mas Petugas pun datang untuk melihat kondisi bayi
9 Potret Demi Langston Selebgram Blasteran Sidoarjo Australia Yang Jago Bahasa Jawa Anaknya Udah Tiga Lho

9 Potret Demi Langston Selebgram Blasteran Sidoarjo Australia Yang Jago Bahasa Jawa Anaknya Udah Tiga Lho

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 516 hits
Meski tampangnya agak kebule bulean tapi caption bahasa Jawanya justru yang bikin lebih menarik Ngakak deh bacanya
Ini Ialah Kapasiti Bateri Untuk Ketiga Tiga Model Samsung Galaxy S10

Ini Ialah Kapasiti Bateri Untuk Ketiga Tiga Model Samsung Galaxy S10

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 318 hits
Dua hari yang lalu Samsung Galaxy M20 dilancarkan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh Ini ialah saiz bateri terbesar pernah digunakan oleh Samsung pada telefon pintar mereka Dengan Galaxy M20 Samsung berharap akan dapat bersaing semula di da...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025