Mca Sokong Cina Uyghur Atau Komunis Soal Ridhuan Tee
Oleh Siti Fatimah Ishak Parti perkauman tak usah campur urusan Islam, jaga agama sendiri
BANGI – Parti perkauman, MCA dinasihat tutup mulut atau berdiam daripada sibuk mempersoal isu persaudaraan Islam Malaysia-Uyghur, yang hakikatnya langsung tidak ada kena mengena dengan mereka, bidas Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau berkata, umat Islam ibarat peha kanan dan peha kiri, yang mana bila cubit salah satu, satu lagi akan terasa, tidak kira apa bangsanya
“Jadi, jika MCA tidak rasa cubitan itu sebab tidak bersunat, baik diam. Kalau tidak tau apa-apa tentang persaudaraan Islam, parti tak berguna MCA memang kena diam. Jangan sibuk campur tangan dalam perkara berkaitan Islam. Jaga agama masing-masing,” katanya
Beliau berkata demikian menyelar Ketua Biro Agama MCA Perak, Jimmy Loh apabila mengkritik pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dengan Kongres Dunia Uighur dan Persatuan Uighur Amerika bulan lalu
Dakwanya, tindakan Menteri Hal Ehwal Agama itu seperti campur tangan dalam masalah domestik negara asing sekali gus mengabaikan nasib rakyat Malaysia
“Saya harap Malaysia tidak menjadi alat kepada pihak lain. Ini akan memalukan,” kata Jimmy Loh
Ridhuan Tee yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak fikir tindakan kerajaan salah apabila menyatakan solidariti kepada Uyghur kerana ditindas dan dizalimi kerajaan Komunis China
Tindakan itu katanya, sama seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendirian terhadap Israel sehingga mendapat pujian dunia
“Kita bukan mencampuri urusan negara mereka, kita hanya menzahirkan penentangan terhadap segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman. Penindasan komunis ini terhadap Islam bukan perkara baharu. Dahulu ratusan ribu masjid ada di China, sekarang tinggal berapa
“Jika nak berbicara mengenai perjuangan, kenapa MCA tidak bersuara memperjuangkan hak umat Islam di Palestin yang sedang lanyak dan dihenyak oleh rejim Zionis Israel
“Apabila tiba bab China, cepat pula bersuara dan bertindak. MCA sokong Cina Uyghur atau China Komunis? Kalau sokong China Komunis, maknanya pemikirannya masih Komunis,” katanya
Pada masa sama, Ridhuan Tee mengucapkan tahniah kepada menteri agama kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan pemimpin umat Islam Uyghur yang ditindas dan dizalimi oleh kerajaan China
“Tahniah juga kepada kawan saya saudara Kamal Koh berusaha untuk mempertemukan mereka dengan menteri. Sebelum ini Kamal Koh minta saya tolong. Siapalah saya ini,” katanya
Kerajaan China sentiasa menindas muslim Uyghur di Xinjiang, antaranya tidak membenarkan setiap kakitangan, guru dan pelajar berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bulan Ramadan
Bahkan, muslim Uyghur juga tidak dibenarkan untuk memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian atau pengangkutan awam
Pihak berkuasa turut memasang aplikasi pengawasan pada telefon penduduk dan mula mengumpul sampel DNA, cap jari, imbasan iris, dan jenis darah dari penduduk yang berumur antara 12 dan 65 tahun
Lebih teruk apabila kerajaan China yang menentukan imam, bahan ceramah dalam aktiviti keagamaan, tempat untuk diadakan segala aktiviti keagamaan dan versi Al-Quran yang digunakan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/mca-sokong-cina-uyghur-atau-komunis.html