Mca Dap Sama Sahaja Tamak Kuasa Diberi Betis Hendak Paha


 Siti Hafidah
ismaweb.net
Apakah sebelum ini kaum Cina ditindas oleh kerajaan?



BANGI, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Parti perkauman MCA sepatutnya ‘cermin diri’ sebelum membuat apa-apa tuntutan bagi mendapatkan sebarang kedudukan mahupun kuasa.

MCA yang kalah teruk dan gagal mendapatkan sokongan kaum Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu – kini dilihat seperti ‘diberi betis hendak paha’ pula.

Parti itu sebenarnya langsung tiada hak untuk menuntut serta mendesak apapun secara keterlaluan bagi mendapatkan kedudukan.

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris berkata, MCA perlu mengambil tanggungjawab atas kegagalan mereka itu, bukannya terus-menerus menuntut seolah-olah mereka menang banyak.

“Parti itu harus lebih memfokuskan kepada pemulihan kepercayaan masyarakat Cina supaya tertambat dan kembali memberi kepercayaan itu kepada MCA bukannya dengan terlalu mendesak rakan dalam kompenen Barisan Nasional (BN) dengan tuntutan yang melampaui batas. Di mana semangat setia kawan MCA?

“MCA guna alasan pula dengan kedudukan di pihak berkuasa tempatan (PBT) nanti mereka akan dapat membuatkan jentera parti itu bergerak cergas membantu kaum Cina, sekali gus dalam mengembalikan kepercayaan mereka.

“Persoalannya apakah sebelum ini kaum Cina ditindas oleh kerajaan sehingga mereka perlu dibantu? Atau adakah kerajaan sekarang telah abaikan kebajikan kaum Cina?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Membidas lagi, Haji Rashidi berkata, MCA boleh sahaja bekerjasama dengan rakan-rakan Melayu yang lain untuk bantu masyarakat Cina, bahkan katanya, selama ini pun kebajikan masyarakat Cina tidak pernah dipinggirkan dan diketepikan.

Justeru, tidak timbul isu dengan kedudukan tersebut MCA boleh membantu kaum Cina dengan lebih proaktif, katanya.

“Terang lagi bersuluh, hari ini telah terbukti bukan sahaja DAP tamak kuasa, MCA juga ‘dua kali lima’; ‘sudah diberi betis mahu peha pula’ inilah perumpamaan buat mereka, sedangkan kerusi hanya dua,” sindirnya.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa UMNO lebih tegas dan berani menyatakan prinsip terhadap rakan-rakan dari parti komponen yang lain.

“UMNO perlu kenal yang kawan boleh bersama susah dan senang serta mana kawan yang hanya boleh menumpang senang. Inilah masanya untuk MCA membuktikan kesetiaan mereka kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Terdahulu dilaporkan, MCA mahu kerajaan negeri Johor mempertimbangkan semula jumlah wakil partinya yang dilantik sebagai Ahli Majlis di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu.

Setiausaha MCA Johor, Datuk Ng Keng Heng berkata, jumlah calon parti yang diserahkan kepada kerajaan negeri sebelum ini tidak dizahirkan dalam proses pelantikan fasa kedua baru-baru ini, di mana hanya 16 dari parti itu dilantik.

Beliau mengatakan bahawa 16 Ahli Majlis dari MCA – masing-masing untuk majlis tempatan – tidak hadir pada majlis angkat sumpah pada hari Ahad lalu kerana mengikut arahan kepimpinan parti.

“Ini tidak bermaksud bahawa Ahli Majlis tidak menerima pelantikan tersebut. Ini hanya untuk memberi jalan perbincangan antara kepemimpinan negeri yang diketuai oleh Presiden parti dan Ketua MCA Johor, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan pemerintah negeri.

“Kami berharap perkara itu dapat ditangani segera sehingga lebih banyak perwakilan MCA ada dalam dewan tempatan untuk membantu masyarakat Cina di daerah masing-masing, terutama memandangkan banyak cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19,” katanya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/mca-dap-sama-sahaja-tamak-kuasa-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Clarifies It Will Never Cooperate With Dap

Mca Clarifies It Will Never Cooperate With Dap

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA MCA has clarified that it will never cooperate with DAP following talk that the two rival parties had made amends MCA will never cooperate with DAP which is two faced and chauvinistic in nature They are also the main reason ca...
Mca Bagi Betis Nak Peha

Mca Bagi Betis Nak Peha

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 197 hits
MCA daripada TIADA kerusi sehingga menjadi tukang catur UMNO Asalnya MCA ada kerusi satu sahaja di dalam Parlimen Kemudian UMNO berikan satu lagi kerusi kepada mereka setelah MCA desak untuk keluar BN Dua kerusi ahli Parlimen MCA hari ini a...
Umno Dan Dap Sama Sama Gesa Agenda Perdamaian

Umno Dan Dap Sama Sama Gesa Agenda Perdamaian

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 246 hits
Umno dan DAP yang merupakan seteru politik masing masing menggesa agenda perdamaian negara bagi menumpukan usaha melawan Covid 19 Seruan itu hadir selepas Yang Di Pertuan Agong menolak permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengi...
Netizen Dakwa Pemimpin Umno Gila Kuasa Tamak

Netizen Dakwa Pemimpin Umno Gila Kuasa Tamak

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 651 hits
ismaweb netKecam pertimbangan tarik diri dari Perikatan NasionalOleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 27 Safar 1442H Khamis Hasrat UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional menerima kecaman hebat netize...
Umno Kemuka Formula Perkongsian Kuasa Sama Kepada Muhyiddin Anwar Kata Sumber

Umno Kemuka Formula Perkongsian Kuasa Sama Kepada Muhyiddin Anwar Kata Sumber

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 412 hits
PETALING JAYA Umno mengemukakan formula perkongsian kuasa yang sama kepada Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim menurut sumber dalaman Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Sumber itu berkata sekiranya kedua dua pemimpin itu tidak menerima for...
Dap Atau Mca

Dap Atau Mca

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 316 hits
Ooo dengan syarat tak libatkan kerjasama dengan DAP sebab DAP yang berjanji kepada pengundi pengundi Melayu Islam untuk hantar mereka mengerjakan umrah semasa Prk Tanjung Piai Sampai ke sudah pengundi pengundi Melayu Islam tertipu Teruk bet...
Gencatan Satu Pihak Sahaja

Gencatan Satu Pihak Sahaja

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 291 hits
Gencatan diisytihar oleh satu pihak sahaja Sepatutnya melibatkan dua pihak yang bersetuju Kalau satu pihak ia bukan gencatan tetapi bendera putih satu alasan satu drama kerana menemui jalan buntu Nafsu tidak gencatan tidak berhenti jalan te...
Cleopatra Soal Syed Saddiq Tak Kan Layan Tiktok Sahaja

Cleopatra Soal Syed Saddiq Tak Kan Layan Tiktok Sahaja

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 282 hits
Usahawan wanita Nur Fathiah Syazwana Shahruddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra secara terbuka mengkritik bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Cleopatra mempersoalkan peranan Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen ...
Simpan Sahaja Hasrat Mahu Menjadi Pm

Simpan Sahaja Hasrat Mahu Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 217 hits
Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman menyeru mana mana ahli politik simpan sekejap niat untuk menukar Perdana Menteri Menurutnya paling tidak pembangkang dan kerajaan berganding bahu mencari penyelesaian untuk memacu negara ke...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah