Mb Selangor Sifatkan Kenyataan Dr Dzulkefly Separa Tepat



(Malaysia Gazette) – Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari menyifatkan kenyataan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bahawa Selangor menolak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya, sebagai separa tepat.
Katanya, keseluruhan aspek harus diteliti secara menyeluruh untuk mengimbangi kehidupan masyarakat supaya berjalan dengan baik serta kemampuan kerajaan untuk berdepan dengan kesan pelaksanaan PKP menyeluruh.
Beliau berkata, kuasa untuk menentukan PKP menyeluruh atau PKP yang lebih ketat adalah di bawah kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Persekutuan.
“Namun begitu kerajaan negeri Selangor sememangnya memandang serius keutamaan kita untuk menjaga kesihatan dan unsur kehidupan masyarakat serta bagaimana kembali ke istilah mengimbangi kehidupan rakyat dan aspek keselamatan.
“Namun jika kita ditawarkan di antara dua tawaran itu atau dua pilihan, saya kira untuk menjaga nyawa diletakkan keutamaan,” katanya dalam sidang media khas hari ini.
Sehubungan itu kata Amirudin, kerajaan negeri Selangor menerima sekiranya kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk melaksanakan PKP secara menyeluruh atau penuh demi mengekang penularan wabak Covid-19.
Namun beliau berkata, PKP secara menyeluruh perlu dilaksanakan dengan rapi agar dapat mengurangi impak yang bakal dihadapi oleh rakyat khususnya.
“Selaras dengan kenyataan semalam dan juga pada hari ini, kerajaan negeri akan menerima PKP penuh sekiranya dilakukan dengan harapan ianya dilihat secara holistik, memerhati dan melihat aspek-aspek kehidupan yang lain seperti mereka yang terpnggir, kesihatan mental keadaan sosial dan sebagainya yang kita pelajari dengan cukup besar pada PKP yang pertama.
“Justeru saya rasa kita perlu jernihkan hal ini,” katanya.
Katanya, penjelasan itu penting supaya beberapa langkah dapat dibuat secara cekap dan menyeluruh.
Langkah itu menurut beliau termasuk dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), bantuan kewangan kepada B40, prosedur operasi standard yang jelas dan tidak berbolak-balik serta perancangan yang menyeluruh berkaitan saringan besar-besaran.
Penjelasan beliau itu menyusul tidak sampai dua jam selepas Dr Dzulekfly dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awan Negeri Selangor Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan bahawa kerajaan negeri menolak jika PKP secara menyeluruh dilaksanakan.
Menurut mereka, adalah memadai sekiranya SOP PKP yang sedang dilaksanakan ditambah baik beberapa aspek termasuklah melaksanakan saringan secara meluas dan mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk di negeri tersebut.
Untuk rekod, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba baru-baru ini berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan PKP penuh dan lebih ketat di Selangor setelah melihat kes jangkitan Covid-19 di negeri itu masih lagi tinggi.
Kes harian positif Covid-19 di negeri itu pada hari ini adalah sebanyak 2,251.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/05/20/mb-selangor-sifatkan-kenyataan-dr-dzulkefly-separa-tepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Staf Google Amp Apple Gesa Majikan Keluar Kenyataan Kecam Penindasan Terhadap Palestin

Staf Google Amp Apple Gesa Majikan Keluar Kenyataan Kecam Penindasan Terhadap Palestin

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 275 hits
Umum mengetahui hari ini bermulanya gencatan senjata di antara rejim Zionis dan Palestin selepas hampir 11 hari pertempuran ganas Masyarakat dunia meraikan pengumuman gencatan tersebut dan menyifatkan ia satu kemenangan buat warga Palestin ...
Video Syeikh Faisol Nasihat Ustazah Selebriti Tarik Balik Kenyataan Kontroversi Beliau

Video Syeikh Faisol Nasihat Ustazah Selebriti Tarik Balik Kenyataan Kontroversi Beliau

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 587 hits
May 24 2021 Bagus nasihat sheikh Faisol ni Seimbang dalam menasihati Ukhtina ustazah Asma Jasa ustazah banyak dalam dakwah cuma fikh dan fatwa bukan bidang beliau Beliau seorang yang ikhlas dalam dakwah cuma setiap bidang ada ahlinya Semoga...
Kenyataan Chang Kim Biadap Tidak Patriotik

Kenyataan Chang Kim Biadap Tidak Patriotik

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 274 hits
PETALING JAYA Tindakan pemimpin DAP yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang yang mengkritik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin...
Ekoran Kenyataan Pm Belanja 600 Billion Kemana Dan Dimana Menguntungkan Rakyat

Ekoran Kenyataan Pm Belanja 600 Billion Kemana Dan Dimana Menguntungkan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 247 hits
Muhyiddin mengapa peruntukan besar tidak untungkan rakyat Guan EngPada 17 Mei 2021oleh PENTADBIROleh Ghafar NSPerdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan bagaimana RM5 bilion yang dijarah dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara untuk...
5660 Kenyataan Akhbar Lembu Bersampin Provokasi 13 Mei Ppim Samudera My 14 05 2021

5660 Kenyataan Akhbar Lembu Bersampin Provokasi 13 Mei Ppim Samudera My 14 05 2021

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 371 hits
Kami memandang serius tindakan DAP sebuah parti politik yang mendakwa sebuah parti berbilang bangsa dan mendokong semangat kebangsaan memaparkan sebuah patung karikatur lembu yang dipakaikan dengan baju Melayu lengkap berkain sampin Tindaka...
Ujian Saringan Covid 19 Percuma Di Selangor Mulai Hari Ini

Ujian Saringan Covid 19 Percuma Di Selangor Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 301 hits
Kerajaan Negeri Selangor melakukan ujian saringan percuma mulai hari ini DUN demi DUN bagi mengesan pembawa senyap virus Covid 19 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata usaha tersebut perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko jangk...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Get Started With Unit Trust Investment In Malaysia

Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London

Tengah Diuji Tapi Rasa Tuhan Diam Mungkin Ini Sebabnya

Resepi Ikan Bakar Sambal

Biodata Muaz Zabir Pelakon Dan Jurulatih Kecergasan Dari Negeri Sembilan

Documented Cases Compromised Nonprofits In Abuse Scandals