Mb Perak Diramal Rombak Exco




SHAH ALAM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diramal melakukan rombakan Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.
Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, rombakan itu dijangka dilakukan berikutan salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong kini terbabit kes mahkamah atas tuduhan merogol seorang amah Indonesia.
Beliau bagaimanapun berkata, rombakan itu mungkin dalam skala kecil dan hanya melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu bagi memberi laluan pendakwaan kes berjalan lancar sehingga keputusan mahkamah dicapai kelak.
“Saya tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran Exco Perak dalam masa terdekat, lebih-lebih lagi Exco DAP dihadapkan ke mahkamah dan dinasihatkan bercuti oleh Ahmad Faizal sendiri malam tadi (kelmarin).
“Kes Exco DAP berkenaan juga bakal membolehkan rakyat melihat sejauh mana DAP bersetuju untuk menukar atau mencalonkan nama lain bagi menggantikan beliau,” katanya.
Beliau turut menjangkakan seorang lagi Exco Perak, Abdul Yunus Jamhari akan dikekalkan dalam barisan Exco baharu meskipun berdepan tekanan hebat daripada partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk berundur berikutan terpalit dengan dakwaan kes suapan sebelum ini.
“Bagi saya, beliau tidak mengganggu proses perjalanan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Sivamurugan berkata, secara peribadi beliau berpendapat Paul Yong wajar meletak jawatan bagi memberi laluan kes pendakwaan ke atasnya berjalan lancar.
“Saya juga berpandangan elok sekiranya DAP mencalonkan orang lain supaya tidak mengganggu proses urus tadbir kerajaan negeri,” katanya.
Sivamurugan berkata, sekiranya rombakan Exco benar-benar berlaku, Ahmad Faizal pastinya akan meneliti senarai calon yang diberikan kepada beliau bagi memastikan individu terbabit benar-benar boleh bekerja di bawah pentadbirannya di samping enggan terbabit dengan polemik politik dalaman DAP Perak sendiri.
Menurutnya, situasi terkini politik di Perak memerlukan semua parti komponen PH terutama PKR dan DAP lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan politik.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Jeniri Amir menyifatkan tindakan menggugurkan Paul Yong daripada barisan Exco Perak adalah wajar.
Dr Jeniri Amir
Menurutnya, dengan pengunduran Exco berkenaan, pihak berkuasa akan lebih mudah mengambil tindakan undang-undang dan tidak menyulitkan Menteri Besar Perak, lebih-lebih lagi kes melibatkan amah Indonesia terbabit turut menjadi perhatian media antarabangsa.
“Namun begitu, jika Exco DAP berkenaan digugurkan, saya tidak rasa akan berlaku rombakan Exco. Sebaliknya jawatan beliau akan dipangku Exco lain sementara menunggu keputusan perbicaraan mahkamah.
“Paling penting, kerajaan PH Perak tidak harus mewujudkan persepsi dwistandard dari segenap aspek keputusan politik dibuat memandangkan persepsi umum paling penting dalam politik,” katanya.
Menurutnya, isu dua Exco Perak terpalit dakwaan jenayah dan suapan akan mengundang persoalan kepada rakyat terhadap kewibawaan terhadap kerajaan PH di Perak.
Sinar Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/24/mb-perak-diramal-rombak-exco/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Perak Paul Yong Dijangka Didakwa Esok

Exco Perak Paul Yong Dijangka Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 262 hits
Diterbitkan Hari ini 5 08 petangExco Perak Paul Yong dijangka akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan merogol bekas pembantu rumahnya seorang warga negara IndonesiaMalaysiakini difahamkan perkara ini akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Ip...
Perak Exco Paul Yong Expected To Be Charged Tomorrow

Perak Exco Paul Yong Expected To Be Charged Tomorrow

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 309 hits
Perak state exco Paul Yong is expected to be charged tomorrow over the allegation he raped his former Indonesian domestic worker Malaysiakini understands that the matter would be brought before the Ipoh Sessions Court The news portal has al...
Cops Arrest Suspect In Death Threat On Perak Exco

Cops Arrest Suspect In Death Threat On Perak Exco

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 329 hits
Police have detained an individual who allegedly made a against DAP Youth chief Howard Lee Perak police chief Razarudin Husain said the 30 year old individual was arrested following a police report lodged on the matter Police received a rep...
Perak Exco Member Paul Yong Unhappy With Cops Handling Of Rape Probe

Perak Exco Member Paul Yong Unhappy With Cops Handling Of Rape Probe

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 365 hits
Perak executive council member Paul Yong has lashed out at the police for not being professional with the investigation of his rape case When met outside the Sessions Court here after claiming trial to the case Yong said the police had fail...
Saya Tidak Akan Bercuti Saya Bukan Penjenayah Exco Dap Perak

Saya Tidak Akan Bercuti Saya Bukan Penjenayah Exco Dap Perak

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 266 hits
Exco Kerajaan Negeri Perak Paul Yong Choo Kiong bertegas tidak akan bercuti walaupun sedang menghadapi dakwaan di mahkamah berhubung tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia Menurutnya tidak ada sebab mengapa dia perlu mengamb...
Exco Kerajaan Negeri Perak Paul Yong Umum Bercuti

Exco Kerajaan Negeri Perak Paul Yong Umum Bercuti

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 317 hits
IPOH Exco kerajaan negeri Perak Paul Yong Choo Kiong hari ini memaklumkan akan bercuri daripada menjalankan tugas tugas rasminya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung ...
11 Buah Negeri Termasuk Kuala Lumpur Diramal Dilanda Ribut Petir Malam Ini

11 Buah Negeri Termasuk Kuala Lumpur Diramal Dilanda Ribut Petir Malam Ini

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 480 hits
Kuala Lumpur 20 Ogos Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri di seluruh Malaysia antaranya Perlis Kedah Terengganu Selangor Johor Sarawak dan Sabah Ribut petir dijangka melanda sehingga 8 malam ini di ...
Ihsg Diramal Terus Menguat Hingga Tembus Ke Level 6 400

Ihsg Diramal Terus Menguat Hingga Tembus Ke Level 6 400

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 183 hits
Kami melihat secara teknikal berhasilnya IHSG menguat di atas level 6 250 selama hampir kurang seminggu maka dapat dikatakan momentum penguatan yang terbangun dapat menuju level psikologis 6 400 papar Senior Research KGI Sekuritas Yuganur W...
Sempat Diramal Tak Akan Menikah Seumur Hidup Ini Sumpah Jerinx Sid

Sempat Diramal Tak Akan Menikah Seumur Hidup Ini Sumpah Jerinx Sid

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 276 hits
Jerinx Superman Is Dead menyatakan bahwa sempat ada seseorang yang membuat ramalan tentang kisah asmara nya Jerinx diramalkan tak akan pernah menikah Ia geram dan menyebut sumpahnya tentang pernikahan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025