Mb Pahang Berani Tangani Pencerobohan Tanah Haram Ketirian Hasil Negeri Sesuatu Yang Membanggakan




KUANTAN: Tindakan berani Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam menangani isu pencerobohan tanah haram dan ketirisan hasil negeri adalah sesuatu yang membanggakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, pendekatan tegas itu bukan sahaja selari dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malah turut membuktikan tindakan Pahang menjaga kedaulatan tanah dan hasil bumi negeri ini.
“Kita sebagai rakyat jelata amat bangga dengan keberanian luar biasa Menteri Besar Pahang yang telah bertindak tegas dan meluaskan usaha untuk mengatasi masalah pencerobohan ini.
"Bukan sekadar apa yang (sedang) berlaku di Raub itu, tetapi juga hampir seluruh Pahang dan ini merupakan satu tindakan yang cukup baik serta merupakan satu keuntamaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, pada Isnin.
Mustapa menambah,penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 15 Oktober 2019 adalah merupakan bukti jelas kesungguhan Pahang mengatasi itu.
Jelasnya, semua usaha itu dilakukan selepas ADUN Jelai dilantik sebagai Menteri Besar pada 15 Mei 2018.
"Kita memang menyanjungi usaha ini dan nampak usaha menyamai atau menyambut titah perintah Tuanku.
“Jadi, saya percaya selepas ini kita tidak akan memandang ke belakang lagi, untuk tindakan penguatkuasaan seperti ini dijalankan secara konsisten dengan pendekatan yang telus berlandaskan undang-undang.


"Tidak kira siapa yang melakukan,besar, kecil, kaya, miskin tindakan ini mesti dinoktahkan,” tegasnya.
Dalam persidangan itu, Mustapa menyokong penuh hasrat Al-Sultan Abdullah untuk menoktahkan segala bentuk pencerobohan dan rompakan terhadap harta kerajaan Pahang yang dikatakan sebagai musuh nombor satu negeri Pahang.
“Setiap ahli dewan harus memikul amanah besar ini mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negra.
"Bukan sekadar tanggungjawab moral malah merupakan tunjang kepada kestabilan negara,” katanya lagi. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/mb-pahang-berani-tangani-pencerobohan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Sultan Abdullah Mahu Kemelut Pencerobohan Tanah Secara Haram Di Negeri Pahang Dinoktahi

Al Sultan Abdullah Mahu Kemelut Pencerobohan Tanah Secara Haram Di Negeri Pahang Dinoktahi

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu kemelut pencerobohan tanah secara haram di negeri ini dinoktahi Al Sultan Abdullah bertitah sebanyak 14 494 9 hektar tanah kerajaan telah diceroboh dan diusah...
Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 61 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang dicadang mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian tuntas berhubung isu pencerobohan tanah haram di negeri ini Ahli Dewan Undangan Negeri Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata penceroboha...
Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 253 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius tindakan pemusnahan pokok durian yang dilaporkan baru baru ini di kawasan seluas 500 ekar di Raub oleh pihak berkuasa tanah dan hutan Meskipun tindakan ini berpaksikan undang undang PPIM be...
Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Pahang Junjung Ketegasan Titah Sultan Gesa Henti Pencerobohan Tanah

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Pahang Junjung Ketegasan Titah Sultan Gesa Henti Pencerobohan Tanah

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 82 hits
KUANTAN Perikatan Nasional Pahang menyambut baik ketegasan Sultan Pahang menitahkan agar tiada pihak mempertahankan mereka yang melanggar undang undang khususnya dalam kes pencerobohan hutan simpan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang Dato...
Jangan Fitnah Negeri Beta Konon Tanah Rizab Melayu Semakin Tergadai Sultan Pahang

Jangan Fitnah Negeri Beta Konon Tanah Rizab Melayu Semakin Tergadai Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 185 hits
HarapandailyApril 18 2025Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar jangan ada mana mana pihak yang cuba mengeruhman suasana memfitnah kononnya tanah rizab Melayu di negeri itu semakin berkurang Paduk...
Wan Rosdy Bermula 2023 Penceroboh Tanah Haram Di Pahang Akan Diheret Ke Mahkamah Tiada Lagi Kompaun

Wan Rosdy Bermula 2023 Penceroboh Tanah Haram Di Pahang Akan Diheret Ke Mahkamah Tiada Lagi Kompaun

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 162 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang menegaskan kerajaan negeri itu telah menguatkuasakan undang undang kepada penceroboh tanah haram sejak tahun 2019 lagi Menurutnya dulu sesiapa yang menceroboh tanah negeri ini hanya dikenakan kompaun tetapi kini...
Saya Pun Naik Darah Al Sultan Abdullah Bersikap Tegas Berhubung Kes Pencerobohan Tanah Di Pahang

Saya Pun Naik Darah Al Sultan Abdullah Bersikap Tegas Berhubung Kes Pencerobohan Tanah Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 190 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri 8217 ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan ketegasan baginda terhadap isu pencerobohan tanah di negeri ini sambil menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang terlibat dalam p...
Penceroboh Tanah Secara Haram Naik Angin Kerana Kerajaan Pahang Tebang 200 Pokok Durian

Penceroboh Tanah Secara Haram Naik Angin Kerana Kerajaan Pahang Tebang 200 Pokok Durian

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 209 hits
Tebang 200 pokok durian k jaan Pahang didakwa langgar perintah mahkamahMalaysiakini nbsp Sekumpulan pekebun durian yang terlibat dalam pertikaian tanah dengan kerajaan Pahang mendakwa pihak kerajaan melanggar perintah mahkamah apabila meneb...
Penduduk Ngo Sokong Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Negeri Pahang Musnah Kebun Durian Haram

Penduduk Ngo Sokong Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Negeri Pahang Musnah Kebun Durian Haram

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 208 hits
RAUB Tindakan penguatkuasaan kerajaan negeri terhadap pekebun durian musang king haram di daerah ini menerima sokongan terbuka daripada penduduk serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan tempatan Sokongan itu dinyatakan menerusi perhimpunan ...
Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Tradisi Mencandat Sotong Antara Warisan Ekologi Dan Sains Cahaya

Hold Tight 5 Motorcycle Phone Mounts To Keep You Connected

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kenapa Bukan Diri Sendiri

Resepi Ayam Buttermilk

Panduan Cara Hilangkan Senggugut