Mazhab Sosialis Malaysia


Sosialis di Malaysia ada dua mazhab. Satu Sosialis yang KeIndonesiaan. Satu lagi Sosialis yang KeLiberalan. Aku tak fikir untuk lawan kepada Sosialis yang keLiberalan di Malaysia adalah Sosialis yang Konservatif. Aku nampak lebih tepat adalah Sosialis yang KeIndonesiaan. Dan mungkin juga jika geografi/tempat (Indonesia) dijadikan sebagai kayu ukur, nama lain bagi Sosialis yang Keliberalan adalah Sosialis yang KeBaratan.

Bukanlah tidak boleh diletak Sosialis yang keMalaysiaan, tetapi sebenarnya Malaysia adalah projek asal penjajah (British), yang menyebabkan identiti nasionalnya kuca lana (kacau bilau). Jadi sosialis-sosialis yang wujud di dalam nation-state ini teraba-raba mencari identiti mereka yang sebenarnya, proletar yang bagaimana, bahasa apa, berbudaya apa dan pelbagai lagi.

Jadi jika Sosialis di Malaysia itu gemarkan sastera, budaya, bahasa, bahkan agama, atau biasanya dipanggil religius, bahkan juga kearifan lokal, dan selalunya dalam bentuk Bahasa Melayu atau kebudayaan orang Melayu/majoriti, lebih senang aku memanggil hal ini bukan dengan nama Sosialis yang Konservatif, tetapi Sosialis yang KeIndonesiaan. Cuba perhatikan, kalangan ini pasti akan selalu merujuk Pramoedya, Thukul, Soekarno, Tan Malaka, Tjokroaminoto dll dan keberpihakan mereka atau jika mereka menyusun tulisan atau rangkap puisi, selalunya mengaitkan dengan pekerjaan seperti nelayan, petani, kerana masyarakat proletar (lebih tepat, miskin atau marhaen) di sini mempunyai tanah. Ia tak sama langsung dengan masyarakat proletar di Barat. Mereka cuba merasuk dan meresap ke dalam masyarakat (jika melalui tulisan) dengan genre seperti sajak/puisi, bukan dengan berbuku-buku tebal.

Sementara Sosialis yang KeLiberalan itu kebanyakannya adalah orang bandar (lebih tepat membesar dan bergolak di bandar) (lebih tepat lagi mereka cenderung atau selalu disinonimkan dengan intelektualisme, jargon, buku, tulisan-tulisan dalam bahasa Inggeris dll lagi). Nilai atau budaya Barat sangat dikedepankan. Agak kurang apresiasi mereka dalam hal kebudayaan-kebahasaan yang biasanya dianggap "Kanan" atau "Konservatif". Kerana itu BM mereka agak bermasalah atau rojak dalam perbicaraan (dan menganggap itu tak apa dan biasa), mereka biasa dan kerap menjadikan BI sebagai bahasa pertuturan. Kerana BI dianggap mempunyai nilai dan budaya ilmiah yang kuat.

Hal ini semua sangat terpancar secara konkrit melalui parti-parti politik berhaluan Kiri di Malaysia seperti Parti Buruh (yang lebih diasosiasikan dengan orang Cina) dan Parti Rakyat (yang lebih dekat dengan orang Melayu). Dan perpecahan di antara kedua ini dalam Socialist Front juga antaranya disebabkan isu bahasa.

Apapun yang diperkatakan semua ini tidaklah sepenuhnya tepat. Adakalanya kedua-duanya saling bercampur jua. Tidak begitu ketat dan tidak begitu tetap. Tetapi kita terbuka untuk berbahas.

*Sebenarnya istilah semua ini boleh sahaja kita adakan jika kita siap untuk bahaskan berdasarkan pandangan dan pengalaman kita masing-masing. Sosialis yang KeLiberalan (SKL), Sosialis yang KeBaratan (SKB), Sosialis yang KeIndonesiaan (SKI), Neo Feminis (NF) dan banyak lagi. Tak perlu menunggu sarjana-intelektual di menara gading sahaja untuk turun dan bahaskan.

Benz Ali

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/04/mazhab-sosialis-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Yang Luluskan Jualan Bangunan Malaysia Di Hong Kong Guan Eng

Najib Yang Luluskan Jualan Bangunan Malaysia Di Hong Kong Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 445 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng Saya ingin memaklumkan kepada Najib bahawa keputusan u...
Indonesia Lakukan Tuntutan Ke Atas Popia Di Hadapan Kedutaan Malaysia

Indonesia Lakukan Tuntutan Ke Atas Popia Di Hadapan Kedutaan Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 376 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Indonesia menyatakan apa yang dilakukan oleh Malaysia adalah berasal dari budaya dan hak mereka Terbaru satu protes yang dianjurkan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia Formasbudi telah melakuka...
Beranikah Dap Tinggalkan Gagasan Malaysian Malaysia

Beranikah Dap Tinggalkan Gagasan Malaysian Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 768 hits
Yunus TasimOrang Melayu melihat gagasan Malaysian Malaysia mencabar dan bertentangan dengan Perkara 153 perlembagaan Malaysia dan DAP yang memperjuangkannya sebagai sebagai menolak perlembagaan Orang Melayu memang sensitif tentang isu bangs...
Seorang Pelajar Malaysia Di Temui Mati Di Hyde Park London

Seorang Pelajar Malaysia Di Temui Mati Di Hyde Park London

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 551 hits
KUALA LUMPUR Seorang pelajar Malaysia di Imperial College London ditemukan mati di tasik di Serpentine Hyde Park pada Isnin Menurut laporan Malay Mail mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Hafiz berdasarkan kad pelajar yang djumpai pada bad...
Nickelodeon Slime Time Yang Pertama Kini Di Malaysia

Nickelodeon Slime Time Yang Pertama Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 393 hits
Cuti sekolah tiba lagi dan inilah masanya untuk anda bawa anak cuba aktiviti yang menyeronokkan Terokai sebuah pengalaman yang dipenuhi dengan keseronokan cuti sekolah ini di Nickelodeon Slime Time acara unik yang diisi dengan lendiran di M...
Enam Bulan Gempa Di Palu Mercy Malaysia Naik Taraf Hunian Sementara Di Lere

Enam Bulan Gempa Di Palu Mercy Malaysia Naik Taraf Hunian Sementara Di Lere

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 351 hits
Enam bulan gempa di Palu Mercy Malaysia naik taraf hunian sementara di Lere Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterbitk
Telekom Malaysia Hadir Dengan Sambungan Pra 5g Tdd Untuk Kawasan Setiawalk Di Puchong

Telekom Malaysia Hadir Dengan Sambungan Pra 5g Tdd Untuk Kawasan Setiawalk Di Puchong

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 269 hits
Sewaktu acara Khabar Baik 2 0 Telekom Malaysia timbalan presiden eksekutif Unifi Moharmustaqeem Mohammed telah mengumumkan bahawa TM akan hadir dengan perkhidmatan sambungan teknologi yang dipanggil Pre 5G TDD khusus untuk penduduk kawasan ...
Malaysia Antara Peserta Akhir Bagi Cabaran Inovasi Sosial Perusahaan Alipay Nus

Malaysia Antara Peserta Akhir Bagi Cabaran Inovasi Sosial Perusahaan Alipay Nus

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 433 hits
Minggu lalu tiga buah syarikat pemula dari Malaysia telah diumumkan sebagai peserta akhir bagi Cabaran Inovasi Sosial Perusahaan Alipay NUS Cabaran ini dilancarkan pada November 2018 melalui gandingan antara Alipay dan NUS Enterprise bersam...
Terlalu Lunak Inilah Qari Malaysia Yang Cetus Fenomena Hingga Ke Arab Saudi

Terlalu Lunak Inilah Qari Malaysia Yang Cetus Fenomena Hingga Ke Arab Saudi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 402 hits
Nama seorang pemuda Malaysia sebelum ini pernah menjadi trending di negara maju Korea Siapa sangka pemuda berasal daripada negeri Kelantan sebelum ini Muhamad Khalid Ismail 29 tahun pernah tular didalam sebuah program televisyen di Seoul ke...
Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Papagomo Didakwa Terima Sumbamgan Bayar Saman Anwar Tanpa Kemas Kini Perniagaan

Ford Ranger Wildtrak Vs Ford Ranger Raptor Which Pickup Suits Your Lifestyle

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini