Mayat Menjadi Berat Jika Berbaring Ketika Azan



Soalan:
Betulkah kalau orang yang baring semasa azan mayatnya nanti berat. Mohon pencerahan ustaz.

Jawapan:
Azan adalah antara syiar Islam yang agung yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam. Ianya dilaungkan pada setiap kali solat fardu. Kalimah-kalimah yang terdapat di dalam azan adalah kalimah-kalimah yang mengajak umat Islam supaya menghahayati tauhid. Menyeru umat agar segera menunaikan solat dan mengajak agar bersama-sama menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, terdapat sebuah hadis yang menyebut supaya bangun ketika mendengar laungan azan. Hadis tersebut berbunyi:

إذا سَمِعْتُمُ النِّداءَ فَقُومُوا فإِنَّها عَزْمَةٌ مِنَ الله
“Jika kalian mendengar seruan azan maka bangunlah. Ia adalah hak dan kefarduan daripada Allah.” [Hadis ini dinukilkan oleh Abu Nua’im Al-Asbahani di dalam Hilyah Al-Awliya’ Wa Tabaqat Al-Asfiya’ (2/174) dan Al-Dailami di dalam Al-Firdaus Bi Ma’thur Al-Khitab (2/266)]

Abu Nua’im berkata: “Muhammad Bin Muammar menceritakan kepada kami. Beliau berkata: Ahmad Bin Ya’kub menceritakan kepada kami. Beliau berkata: Al-Walid Bin Salamah menceritakan kepada kami daripada Yunus Bin Yazid daripada Ibnu Syihab Al-Zuhri daripada Sa’id Bin Musyyab daripada Uthman Bin Affan...”

Berikut adalah perincian perawi-perawi yang meriwayatkan hadis ini :

Muhammad Bin Muammar Bin Muhammad Bin Abdullah Al-Sami. Beliau meriwayatkan hadis daripada Yahya Bin Hafs Al-Kufi dan Muhammad Bin Makhlad. Al-Khatib pernah menyebut berkenaan beliau akan tetapi tidak pula dinyatakan kritikan mahupun pujian. Beliau meninggal dunia pada tahun 350H. (Rujuk Akhbar Asbahan, 2/284 ; Tarikh Baghdad, 3/304)Ahmad Bin Ya’qub adalah seorang perawi yang berasal daripada Turmuz. Al-Hafiz Al-Iraqi menukilkan kenyataan Al-Daruqutni bahawa beliau ada seorang perawi yang lemah. (Rujuk Zayl ‘ala Mizan Al-‘Itidal hlm 79).Al-Walid Bin Salamah meriwayatkan hadis daripada Umar Bin Qays dan lain-lain lagi. Ibnu Abi Hatim menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau hilang. Bahkan Ibnu Abi Hatim dan Al-Hafz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan bahawa beliau adalah seorang pendusta. ( Rujuk Al-Jarh Wa Al-Ta’dil, 9/6 ; Lisan Al-Mizan, 6/222)Yunus Bin Yazid Bin Abi Al-Najjad Al-Aili. Beliau merupakan seorang perawi yang thiqah namun riwayat-riwayat hadis yang beliau ambil daripada Al-Zuhri kebanyakannya beliau ada melakukan sedikit kesilapan. Jika beliau riwayat selain daripada Al-Zuhri maka kesilapan beliau lebih banyak. Beliau wafat pada tahun 100 H. (Rujuk Tahzib Al-Tahzib, 11/450).
Secara ringkasnya kami cenderung mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang palsu kerana di dalam sanad hadis ini terdapat seorang perawi yang bernama Al-Walid Bin Salamah. Beliau dihukum sebagai pendusta oleh kebanyakan ulama' yang pakar di dalam ilmu ‘ilal dan Jarh Al-Ta’dil.

Bahkan hadis-hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang berbaring ketika azan atau ketika mendengar azan maka mayatnya akan menjadi berat adalah hadis-hadis yang palsu. Perkara ini telah dinyatakan oleh Sheikh Ali Al-Halabi ketika beliau diajukan soalan berkenaan hadis-hadis yang menyebut tentang hadis-hadis yang melarang baring ketika mendengar laungan azan.

Walaupun tidak salah berbaring ketika mendengar azan jangan kita menjadi lalai untuk menjawab azan yang dilaungkan. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ ما يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ
“Jika kalian mendengar seruan azan maka katakanlah seperti mana yang dikatakan oleh tukang azan.” [Riwayat Al-Bukhari (611)]

Lebih daripada itu, apabila mendengar seruan azan maka buatlah persiapan untuk segera menuju ke masjid atau surau yang berdekatan bagi menunaikan solat secara berjemaah. Banyak kelebihannya. Di antaranya apa yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Baginda bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
“Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwuduk dan sebagainya) kemudian dia berjalan menuju ke mana-mana rumah Allah (masjid atau surau) untuk menunaikan kefarduan yang telah diwajibkan oleh Allah maka salah satu langkahnya akan menghapuskan dosa dan langkah yang lain akan menaikkan darjatnya.” [Riwayat Muslim (1553)]

Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan Islam di dalam segenap kehidupan kita. Wallahu’alam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/mayat-menjadi-berat-jika-berbaring.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Berat 170 Kilogram Meninggal Ketika Tidur

Lelaki Berat 170 Kilogram Meninggal Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 313 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 04 Ogos 2019 1 08 PM MELAKA nbsp nbsp Jenazah seorang lelaki obesiti yang mempunyai berat 170 kilogram perlu diusung seramai 14 orang
Kenali Sejumlah Pertanda Yang Muncul Ketika Kamu Berlebihan Gunakan Gadget

Kenali Sejumlah Pertanda Yang Muncul Ketika Kamu Berlebihan Gunakan Gadget

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 210 hits
Penggunaan gadget yang terlalu lama ini membuat bisa muncul sejumlah dampak pada seseorang Tanpa disadari penggunaan gadget berdampak buruk kondisi fisik dan psikologis
Bacaan Doa Ketika Terjadi Gempa Bumi

Bacaan Doa Ketika Terjadi Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 309 hits
Bacalah doa ini ketika terjadi gempa bumi atau mendengar kabar tentang bencana alam lainnya
Amalan Mudah Ketika Tidur Semoga Tidur Kita Bernilai Ibadah

Amalan Mudah Ketika Tidur Semoga Tidur Kita Bernilai Ibadah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 1884 hits
hi there sekarang ni setiap malam sebelum Iman n Amin masuk tidur mrs pip akan baca bersama sama dorang ayat 3Qul zikir dan doa sebelum tidur alhamdulillah atat 3Qul Iman dah boleh ingat walaupun kdg2 dia terlupa sepatah dua Amin pula stil ...
Kisah Seram Meremang Ketika Penggambaran Filem Dendam Pontianak Di Hulu Langat

Kisah Seram Meremang Ketika Penggambaran Filem Dendam Pontianak Di Hulu Langat

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 739 hits
Korang dah dengar OST bagi Filem Dendam Pontianak bertajuk yang dinyanyikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza Amacam meremang kan Setiap baik lirik ditambah pula dengan intonasi suara penyanyi No 1 negara sudah cukup untuk merasuk para pendengar...
Allahuakbar Allah Allah Detik Detik Cemas Ketika Indonesia Dilanda Gempa Bumi Kuat

Allahuakbar Allah Allah Detik Detik Cemas Ketika Indonesia Dilanda Gempa Bumi Kuat

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 362 hits
Malam tadi kita dikejutkan dengan berita tentang kejadian gempa bumi bermagnitud 7 4 Skala Richter yang menimpa negara jiran Indonesia Dikatakan bahawa gegaran yang tercetus di daerah Banten itu turut dirasai sehingga ke Kota Jakarta Malah ...
Sistem Pengecaman Wajah Ini Menyelesaikan Masalah Memotong Giliran Ketika Memesan Minuman

Sistem Pengecaman Wajah Ini Menyelesaikan Masalah Memotong Giliran Ketika Memesan Minuman

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 200 hits
Membeli barangan di kedai tepi jalan akan menjadi lebih menyenangkan sekiranya pelanggan beratur menunggu giliran Tetapi kami yakin anda pernah berhadapan situasi di mana pelanggan baru memotong di hadapan dan kemudian memesan tanpa rasa ma...
Wanita Malaysia Lapor Polis Lelaki Cabut Kondom Ketika Berasmara

Wanita Malaysia Lapor Polis Lelaki Cabut Kondom Ketika Berasmara

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 635 hits
Kes tular seorang wanita yang mendakwa kenalannya mencabut kondom tanpa pengetahuannya ketika mengadakan hubungan seks perlu disiasat oleh polis kata peguamnya Serene Lim selain kes itu tidak seharusnya dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Se...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti