Mavcom Patut Kekal Badan Bebas Kata Pakar


 
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, kementeriannya mengusahakan cadangan untuk menggabungkan Mavcom dengan CAAM.PETALING JAYA: Pemain industri berbelah bagi sama ada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) patut digabungkan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), seperti dicadangkan baru-baru ini.
Bekas Pengerusi Tourism Malaysia Wee Choo Keong berkata, dua agensi itu sudahpun bergelut memenuhi tugas masing-masing.
“Boleh lihat begitu banyak masalah dengan dua agensi itu. Jika semuanya diletakkan bawah satu bumbung, keadaan akan bertambah buruk,” katanya kepada FMT.
CAAM menyelia peraturan penerbangan bagi memastikan pesawat diselenggara sewajarnya mengikut standard perkhidmatan, manakala Mavcom menyelaras perkara ekonomi dan komersial berkait penerbangan awam.
Dua minggu lepas, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan bahawa kementeriannya merancang membentangkan usul penggabungan Mavcom dan CAAM pada sidang pertama Parlimen tahun depan.
Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Ajit Johl bersetuju Mavcom patut kekal bebas, tetapi melihat penstrukturan semula mampu memberi manfaat kepada pengguna.
“Mavcom patut diperluas untuk merangkumi pengangkutan darat dan udara, sebagai badan eksklusif untuk pengguna.
“Wujud juga keperluan untuk lebih banyak representasi daripada badan pengguna bebas dalam Mavcom,” katanya.
Bagaimanapun, Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Nigel Wong menganggap langkah menggabungkan dua badan itu bagus kerana ia akan memudahkan operasi.
“Antara dua (agensi) ini, ada tanggungjawab yang bertindih. Jadi langkah menggabungkan kedua-duanya akan memperkemas proses itu.
“Kami berharap menggabungkan dua agensi itu akan menjadikan proses lebih efisien, dan garis tanggungjawab lebih jelas,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan entiti baharu yang digabungkan itu menawarkan perlindungan lebih baik dan berkesan untuk pengembara.
“Ketika ini Mavcom tidak dilihat berkesan, kerana apabila syarikat penerbangan digulung atau sesuatu seperti Covid berlaku, pelanggan (lazimnya) terkandas.
“Jadi kami berharap dengan menggabungkan kedua-duanya, entiti baharu ini akan lebih berkesan dari segi melindungi pelanggan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/mavcom-patut-kekal-badan-bebas-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Masih Belum Sedia Hadapi Pandemik Baharu Kata Badan Pemantau

Dunia Masih Belum Sedia Hadapi Pandemik Baharu Kata Badan Pemantau

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 122 hits
DUNIA masih belum bersedia untuk menghadapi krisis kesihatan atau pandemik baharu yang mungkin berlaku lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik analisis kesiapsiagaan global yang diterbitkan pada Isnin Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global ...
Hubungan Bilateral China Australia Di Landasan Tepat Kata Presiden Xi

Hubungan Bilateral China Australia Di Landasan Tepat Kata Presiden Xi

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 130 hits
HUBUNGAN bilateral China dan Australia kini menuju ke landasan yang tepat kata Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese di Beijing pada Isnin Tahun ini menandakan ulang tahun ke...
Kerajaan Kenal Pasti Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Myanmar Kata Timbalan Menteri

Kerajaan Kenal Pasti Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Myanmar Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 255 hits
KERAJAAN sedang mengenal pasti 26 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing Myanmar kata Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin Beliau berkata kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon Myanmar d...
Skim Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Sebelum Akhir 2024 Kata Pm

Skim Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Sebelum Akhir 2024 Kata Pm

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 309 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beberapa garis panduan akan disediakan sebelum akhir tahun ini atau suku pertama 202...
Hadiri Apec Tidak Bermakna Saya Pro Israel Kata Anwar

Hadiri Apec Tidak Bermakna Saya Pro Israel Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 169 hits
Hadiri Apec tidak bermakna saya pro Israel kata Anwar Dikemas kini 42 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2023 11 48AM
Penyertaan Dalam Fatf Tingkatkan Imej Positif Sistem Kewangan Kata Jokowi

Penyertaan Dalam Fatf Tingkatkan Imej Positif Sistem Kewangan Kata Jokowi

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 135 hits
Penyertaan dalam FATF tingkatkan imej positif sistem kewangan kata Jokowi Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 No
Malaysia China Sedia Kongsi Kepakaran Tangani Isu Kepanasan Global Kata Zahid

Malaysia China Sedia Kongsi Kepakaran Tangani Isu Kepanasan Global Kata Zahid

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 137 hits
MALAYSIA dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan lebih sejam beliau bersama Penasi...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025