Maut Jika Pegang Telefon Bimbit


isma web Bekas askar British berkhidmat di Basra pada 2007 dedah mereka dibenar menembak sesiapa sahaja yang membawa penyodok

BANGI– Askar British yang berkhidmat di Iraq dan Afghanistan dibenar menembak orang awam tidak bersenjata hanya kerana mengesyaki mereka sebagai pengintip, lapor agensi berita berpangkalan di London, Middle East Eye (MEE).
Mangsa mereka, termasuk kanak-kanak dan remaja lelaki, lapor MEE yang menemu bual beberapa bekas askar yang pernah berkhidmat di dua negara berkenaan.
Dua bekas anggota infantri mendakwa mereka yang pernah berkhidmat di Iraq pada satu masa dibenar menembak sesiapa sahaja yang memegang telefon bimbit, membawa penyodok atau berkelakuan mencurigakan.
Peraturan itu dibuat kerana kebimbangan bahawa individu tidak bersenjata bertindak sebagai penyokong militan, atau terbabit dalam menanam bom tepi jalan.


Bekas anggota tentera laut British berkata, seorang pegawai mengaku kepada anggotanya bahawa dia bertanggungjawab terhadap kes menembak mati seorang kanak-kanak Afghanistan berusia dalam lingkungan lapan tahun.
Seorang lagi bekas askar mendakwa kes menembak mati dua remaja lelaki yang tidak bersenjata, yang disaksikannya di Afghanistan, telah disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Sepasang senjata api era Soviet Russia dikeluarkan daripada simpanan di pangkalan tentera British dan diletakkan bersebelahan mayat remaja terbabit bagi memberi gambaran bahawa kedua-duanya adalah pejuang Taliban, katanya.
MEE melaporkan bekas askar itu mendakwa dia melihat senjata jenis sama turut disimpan di beberapa pangkalan lain.
“Saya pasti senjata itu diguna untuk tujuan berkenaan. Kami dikunjungi setiap hari oleh pasukan dari ibu pejabat, dan senjata itu didaftar serta dipulangkan,” katanya.
Seorang bekas askar berkata, dia menyaksikan pembunuhan kejam sering berlaku di Basra, Iraq dan tidak percaya bahawa semua mangsa mengintip pergerakan tentera British.
Sambil mendakwa kebenaran menembak itu menyebabkan berlaku pembunuhan sewenang-wenangnya, dia juga berkata, mereka diberi jaminan tidak akan disiasat oleh polis tentera.


“Pegawai pemerintah memberitahu ‘kami akan melindungi anda jika ada siasatan. Hanya katakan anda benar-benar berpendapat nyawa anda terancam. Perkataan itu akan melindungi anda’,” katanya.
Pada awal 2007 di Basra, anggota tentera Batalion Ke-2 Regimen Duke of Lancaster berkata, mereka diberitahu bahawa peraturan pertempuran berubah tatkala kepungan di pangkalan mereka meningkat.
Dua bekas anggota batalion itu yang bertugas di kem berbeza berkata, mereka diberitahu bahawa mengikut peraturan baharu, mereka boleh menembak sesiapa saja yang mencurigakan, membawa telefon bimbit, penyodok, atau berada di atas bumbung bangunan.
Orang awam yang membawa penyodok adalah sasaran sah kerana peningkatan jumlah bahan letupan yang ditanam di tepi jalan.
Kebanyakan kes menembak orang awam berlaku ketika rondaan waktu malam menggunakan kenderaan bersenjata. Mereka mendakwa tiada masa untuk bertanya sebelum menembak.
“Siapa sahaja yang anda fikir pengganas, anda tembak. Tetapi bagaimana kami boleh tahu mereka memberi ancaman? Tidak semua mereka memberi ancaman. Sesetengahnya adalah individu yang memiliki telefon bimbit.
“Kami menembak lelaki tua, atau muda. Ini saya saksikan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/maut-jika-pegang-telefon-bimbit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Pengecas Telefon Tiruan Seorang Lelaki Di Thailand Maut Terkena Renjatan Elektrik

Guna Pengecas Telefon Tiruan Seorang Lelaki Di Thailand Maut Terkena Renjatan Elektrik

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 432 hits
THAILAND Seorang lelaki yang berasal dari Chonburi Thailand telah ditemui meninggal dunia di rumah sewanya akibat renjatan elektrik ketika mangsa mengecas telefon pintar dengan menggunakan kabel tiruan sambil memakai fon telinga Mangsa Krit...
Jom Viral Umorie Jenama Aksesori Telefon Bimbit Berteknologi Tinggi Milik 100 Muslim

Jom Viral Umorie Jenama Aksesori Telefon Bimbit Berteknologi Tinggi Milik 100 Muslim

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 606 hits
Assalam komrad Hari ni aku nak up satu bisness aksesori telefon milik 100 milik Muslim jenama UMORIE Serius aku cakap kalau bukan kerana big boss Universal Mobile Accessories UMORIE brader Suria Affendi yang WhatsApp aku minta up produk ni ...
Ibu Ini Terpaksa Pegang Isi Perutnya Apabila Jahitan Bersalin Terbuka Lepas Czer

Ibu Ini Terpaksa Pegang Isi Perutnya Apabila Jahitan Bersalin Terbuka Lepas Czer

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 657 hits
Apabila tiba masa bersalin pastinya ibu berdebar menjalani proses tersebut seterusnya melalui berpantang Sama ada bersalin normal atau pembedahan ceaser kita semua juga mesti risau risiko jahitan bersalin terbuka yang sudah tentu menjadi sa...
Kejaksaan Akui Pegang Surat Penetapan Pemindahan Penahanan Ahmad Dhani

Kejaksaan Akui Pegang Surat Penetapan Pemindahan Penahanan Ahmad Dhani

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 199 hits
Jadi tidaknya musisi Ahmad Dhani Prasetyo dipindahkan penahanannya ke Surabaya masih menuai polemik Meski demikian Kejaksaan memastikan sudah memegang surat penetapan pengadilan terkait penahanan Ahmad Dhani di Surabaya
Dap Pegang Semua Termasuk Hal Ehwal Islam

Dap Pegang Semua Termasuk Hal Ehwal Islam

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 327 hits
SESUAI DENGAN MARUAH DAN SEMANGAT ISLAM MAKA DAP TOLONG BETULKAN ISLAM KAT MALAYSIA TEMAN SOKONGLAH 200 MEMANG DAP OK CARI LAGI YANG BERKAIT DENGAN ISLAM BAGI DAP HANDLE Pak Karamu Adun DAP dilantik ke lembaga pemegang amanah YadimNews Dite...
Semoga Cepat Dihalalkan Aiman Pegang Tangan Zahirah Netizen Membawang Suruh Cepat Cepat Nikah

Semoga Cepat Dihalalkan Aiman Pegang Tangan Zahirah Netizen Membawang Suruh Cepat Cepat Nikah

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 631 hits
Kisah hubungan cinta mereka dikatakan bermula sekitar December lalu apabila heboh diperkatakan tentang pasangan merpati dua sejoli ini Malah Aiman sendiri mengakui hubungan cinta dengan Zahirah bukan gimik Dan sejak itu Aiman Hakim Ridza ti...
2019 Ialah Tahun Meme Telefon Pintar Menjadi Realiti

2019 Ialah Tahun Meme Telefon Pintar Menjadi Realiti

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 354 hits
Selamat datang ke tahun 2019 di mana meme fungsi telefon pintar yang dahulunya dianggap jenaka akhirnya menjadi realiti Apa yang kami maksudkan dengan kenyataan ini Sebagai contoh Sony Xperia XZ4 da XA3 disahkan akan dilengkapi skrin dengan...
Telefon Memfokuskan Permua Black Shark Versi Rasmi Malaysia Kini Boleh Dipra Tempah Bermula Rm1599

Telefon Memfokuskan Permua Black Shark Versi Rasmi Malaysia Kini Boleh Dipra Tempah Bermula Rm1599

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 375 hits
Black Shark merupakan salah satu jenama telefon pintar dibawah Xiaomi dimana Black Shark memfokuskan kepada penawaran telefon pintar dengan pengoptimasian untuk permainan video atau permua Ia telah dilancarkan sejak tahun lepas dan menarikn...
Perghh Tikus Didenda Gara Gara Gigit Wayar Pengecas Telefon

Perghh Tikus Didenda Gara Gara Gigit Wayar Pengecas Telefon

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 860 hits
Tikus didenda gara gara gigit wayar pengecas telefon Tikus kecil itu diikat ke botol lalu dipukul dengan kayu kecil di bahagian kepala hidung dan perut Foto NewsCrunch India MANDYA INDIA Seorang lelaki yang berang apabila wayar pengecas tel...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang