Mati Katak Di Jalan Raya Malaysia Tertinggi Di Dunia


Kemalangan demi kemalangan, seolah-olah membayangkan jalan raya tempat yang tidak selamat, malah mengundang risiko, tetapi mahu tidak mahu, jalan raya tetap menjadi kemudahan terpenting bagi kesejahteraan hidup.


Rujuklah mana-mana rekod kemalangan maut, Malaysia mencatatkan mangsa kemalangan jalan raya dan kadar kematian yang tinggi bagi setiap penduduk negara berbanding mana-mana negara di seluruh dunia.

Apa punca kemalangan dan kematian di jalan raya, sehingga begitu tinggi?

Faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya di negara ini ialah kecuaian pemandu atau masalah teknikal kenderaan.

Sementara faktor kombinasi pemandu dan jalan raya hanya menyumbang 28 peratus daripada keseluruhan punca kemalangan.

Tiga faktor utama dikenal pasti sebagai punca utama menyebabkan kemalangan jalan raya iaitu; kenderaan, pemandu dan jalan raya.

Tiada satu daripada tiga perkara itu, kemalangan tidak berlaku kerana apabila diamati, jika tiada pemandu, kemalangan pasti tidak akan berlaku. Oleh itu, faktor paling utama ialah pemandu.

Timbul pula persoalan, pemandu yang macam mana? Adakah mereka yang selalu berhati-hati dan bertanggungjawab menyebabkan kemalangan? Itu tidak mungkin.

Siapa lagi penyebab kemalangan? Pasti pemandu yang tidak bertanggungjawab dengan sikap suka mencelah, menghimpit, melanggar lampu isyarat, memecut sesuka hati di laluan tidak sepatutnya dan berlumba di jalan raya.

Ada juga punca kemalangan kerana sikap pemandu yang gemar memotong di laluan kecemasan, menukar lorong sewenang-wenangnya dan tidak memberikan tumpuan ketika memandu.

Bagi pemandu tidak bertanggungjawab, ia langsung tidak melakukan persediaan sebelum berada di jalan raya, tidak memeriksa kenderaan serta tidak memperdulikan keadaan jalan raya dan cuaca.

Sepatutnya tabiat negatif seperti itu perlu dihindarkan. Jalan raya perlu dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai satu kemudahan, bukan tempat yang menyimpan kenangan pahit sepanjang hayat.

Ramai yang sudah menjadi korban dan kini tiba masanya, kita sama-sama mengubah minda, daripada banyak melakukan kesilapan di jalan raya kepada kurang kesilapan, malah tiada langsung.

Ketika memandu, amalkan sikap selalu mencongak pada diri sendiri, kemungkinan yang bakal berlaku jika memecut, membelok atau memperlahankan kenderaan.

Jika kemungkinan itu tidak diingini carilah jawapan untuk mengelakkannya.

Pemandu bertanggungjawab sentiasa memastikan pemanduannya tidak berisiko, misalnya dalam perjalanan jauh, tidak alpa berhenti di kawasan rehat bagi menghilangkan penat.

Ada juga yang mengamalkan petua minum kopi terlebih dulu, mengaktifkan sistem audio, menyanyi atau bercakap-cakap dengan penumpang dan sesekali membuka cermin tingkap bagi menghindarkan kelesuan dan mengantuk.

Jika di London, mengikut kajian, aroma kopi menjadikan anda pemandu berhemah, bau kayu manis mengurangkan risiko insiden buli di jalan raya, tetapi bau makanan segera menjadikan pemanduan sebaliknya.

Pelbagai faktor perlu diambil kira apabila berada di jalan raya, seperti kenderaan dipastikan berfungsi dengan baik, emosi terkawal, kesihatan diri serta keadaan jalan dan cuaca.

Bagi umat Islam, sentiasalah basahkan bibir anda dengan zikir agar hati lebih tenang dan tenteram.

Malah, pejalan kaki, penunggang basikal, kanak-kanak dan orang tua, sehinggakan mereka yang berumah di tepi jalan raya perlu diambil kira, kerana mereka juga mahu selamat.

Jangan sesekali menganggap kerana kita berkenderaan lebih besar, tinggi dan panjang, seperti lori, bas dan pacuan empat roda, kita tidak akan mengalami apa-apa apabila bertembung dengan kenderaan lain. Pendek kata, jangan sombong.

Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama oleh itu, bertimbang rasalah ketika memandu.

Jangan pula apabila sudah menjadi mangsa, mulalah mempersalahkan pihak lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
1 Gram Bisa Katak Neraka Brazil Mampu Membunuh 80 Orang!10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!
sumber: ukm



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/mati-katak-di-jalan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Heh Mak Gi Mati Ar Kau Iklan Raya 2019 Yang Paling Disturbing Amp Dikecam Netizen

Heh Mak Gi Mati Ar Kau Iklan Raya 2019 Yang Paling Disturbing Amp Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 332 hits
Iklan raya sinonim dengan babak gembira dan sedih berlainan dengan iklan raya karya dari Ikram Daud ini Bukan sahaja dianggap menyeramkan malah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen yang kemudian mengecam iklan raya tersebut nbs...
Iklan Raya 2019 Domino S Pizza Malaysia

Iklan Raya 2019 Domino S Pizza Malaysia

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 484 hits
Iklan Raya 2019 terbaru daripada Domino s Pizza Malaysia Anda dah tonton Iklan raya daripada Domino s Pizza ini agak menarik Kalau anda belum tonton sepenuhnya iklan raya terbaru ini boleh tonton di akhir post ini Sejak 15 Ramadan dah banya...
Malaysia Negara Ke 3 Terbaik Di Dunia Mengamalkan Ajaran Al Quran Dan Sunnah Rasullah

Malaysia Negara Ke 3 Terbaik Di Dunia Mengamalkan Ajaran Al Quran Dan Sunnah Rasullah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 393 hits
Sekali baca tajuk tu Malaysia negara ke 3 terbaik di dunia dalam mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Al Quran dan apa yang diamalkan oleh Rasulullah rasa bangga lah juga Tapi sekali tengok senarai keseluruhan 153 negara yang dibanci da...
Sea Life Jenama Aquarium Terbesar Di Dunia Kini Di Malaysia

Sea Life Jenama Aquarium Terbesar Di Dunia Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 608 hits
LEGOLAND Malaysia Resort hari ini meraikan operasi minggu kedua SEA LIFE Malaysia akuarium bertema LEGO interaktif pertama di negara ini yang terdiri daripada 13 000 hidupan laut daripada 120 spesies dari 11 zon habitat yang berlainan Akuar...
Opensignal Kelajuan Internet Selular Malaysia Kekal Antara Paling Perlahan Di Dunia

Opensignal Kelajuan Internet Selular Malaysia Kekal Antara Paling Perlahan Di Dunia

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 470 hits
Tahun ini rangkaian 5G mula dilancarkan di beberapa negara seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat Selari dengan pengenalan rangkaian selular generasi baharu OpenSignal telah mengeluarkan senarai kelajuan muat turun dan muat naik menerus...
Sunway Lost World Of Tambun Puts Malaysia First In Raya Celebration

Sunway Lost World Of Tambun Puts Malaysia First In Raya Celebration

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 385 hits
Sunway Lost World Of Tambun celebrates the Raya festive season with its MalaysiaFirst Lah themed campaign from 25th May to 9th June 2019In conjunction with the upcoming Hari Raya and school holidays Sunway Lost World Of Tambun is hosting a ...
4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 567 hits
KUALA LUMPUR Siapa sangka kesuraman Marsyila Zakaria bersama enam anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini sebelum ini semakin bersinar apabila rezeki pada bulan Ramadan tidak putus daripada sumbangan orang ramai yang prihat...
Bagaimana Malaysia Sambut Raya Dulu Dulu

Bagaimana Malaysia Sambut Raya Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 423 hits
Bagaimanakah caranya umat Islam menyambut Hari Raya Puasa beberapa dekad yang lalu Dekad dekad sebelum Anwar Ibrahim menyertai Umno dan membawa sama nilai Angkatan Belia Islam Malaysia jauh sebelum Penerapan Nilai nilai Islam diperkenalkan ...
Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia Tumpaskan Timor Leste

Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia Tumpaskan Timor Leste

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 584 hits
Permulaan yang baik buat skuad bola sepak negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 ini Menentang pasukan Timor Leste skuad negara memang dijangkakan akan menang menentang pasukan di ranking 195 itu Malaysia yang menduduki ranking 168 ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi