Mata Ketumbit Suka Mengintai Eh


Assalamualaikum. Hai


Dulu kan masa aku kecik-kecik, mata aku selalu naik ketumbit. Kalau pergi sekolah dengan mata ketumbit mesti kengkawan ejek-ejek kata aku skodeng orang berak. Cit! Kurang asem betol. Haha. Ingat aku ni spesis pengskodeng ke hape. Sabo je la

Ketumbit Tu Apa? 
Ketumbit ni maksudnya terjadi pembengkakan di bahagian tertentu di mata. Bengkak tu seperti jerawat batu yang ada 'mata' dan bernanah di bahagian dalam. Kadang-kadang ada rasa sakit berdenyut dan panas. 
Ketumbit boleh naik di 3 bahagian :1. dalam kelopak mata2. atas kelopak mata3. di akar bulu mata

Tanda-tanda Nak Jadi Ketumbit
Masa aku kecik, memang kerap sangat kena ketumbit kat 3 bahagian mata. Tapi paling kerap kat akar bulu mata. Bila nak jadi ketumbit tu je, mesti mata aku jadi gatal-gatal. Pastu mak aku bila tengok mata aku merah-merah gitu, dia boleh pulak cakap, "hang sakit mata, aku sakit pungkoq!" Kononnya takmau berjangkit sakit mata. Entah petua mana la mak aku dapat tu. Pelik-pelik nau. Haha


Padahal mata aku merah tu bukan sebab aku nak jadi sakit mata pun. Merah sebab aku pi tonyoh. Dah rasa gatal. Bangun pagi esoknya, mata aku tak boleh nak bukak wei! Melekat-lekat dengan tahik mata berkeping-keping. Rupanya mata aku nak jadi ketumbit. Bengkak sebelah mata naik macam bisul kat bahagian akar bulu mata. Selalunya mata belah kanan aku suka naik ketumbit tu




Kesan Selalu Jadi Ketumbit
Akibat dari kekerapan ketumbit naik mata masa aku kekecit dulu, sekarang ni aku mengalami sedikit 'kecacatan' kat mata belah kanan. Bulu mata kat belah mata kanan aku tak cukup wei! Ada bahagian macam satu kawasan tu takde bulu mata. Botak. Maknanya bulu mata aku ni berjarang la. 

Kat bawah pulak memang takda bulu mata. Dulu masa mak andam nak mekap masa aku kahwin, dia complaint tang bulu mata aku. Sedih! 

Memang tak tumbuh balik oi bulu mata aku. Kalau bulu mata gugur macam kebiasaan tu yang korang suka cakap 'gugur tanda orang rindu' tu lain la. Memang la boleh tumbuh balik. 

Ni sebab kesan ketumbit. Takde naik balik pun bulu mata aku kat bekas kawasan ketumbit tu. Huhu. Tapi nasib baik la bulu mata aku yang masih ada ni lentik. Boleh la cover sikit 'kecacatan' itu. Eceh! 

Punca Jadi Ketumbit
Dari pembacaan aku, ada beberapa punca yang boleh mengakibatkan mata naik ketumbit ni. Bukan sebab suka mengintai tau. Ni punca yang aku rasa relevan untuk diterima. 
Dijangkiti BakteriaKetumbit dikatakan berpunca daripada bakteria Staphylococcus Aureus dan menjangkiti bahagian kelenjar minyak yang terdapat di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.
Bakteria ini boleh menjangkiti bila kita tonyoh mata dengan tangan yang kotor. Boleh juga dari alat solek yang tidak dibersihkan dengan sempurna. 
Kekurangan VitaminLagi satu, katanya sebab badan tak cukup vitamin atau nutrisi. Bila mata keradangan jadi mudah la dijangkiti bakteria kat mata kita yang keradangan tu. Takda 'perisai' nak lawan bakteria. Berkait dengan punca pertama aku tulis kat atas tu pulak kan? 

Yang pastinya aku masa kecik-kecit selalu kena ketumbit mungkin sebab kurang vitamin. Memang kot. Sebab dulu aku keding gila macam tak cukup zat je. Haha. Lepas tu main 'kotor' je kerjaan nya. Tangan tak cuci bersih pi tonyoh mata pulak. Eh? Macam logik pulak analogi ni dengan dua punca tu. 



Petua Nak Sembuhkan Ketumbit 
Bila naik ketumbit tu, bermacam-macam la petua yang aku dapat dari mak. Memang ada sesetengahnya pelik-pelik je. Tapi takde la aku ikut yang pelik-pelik tu. Tak kuasa mak nyah! Gelis kot. Aku ikut petua yang aku rasa relevan je. Ni antara petua-petua yang mak aku share dulu. Tak tahu la mana dia dapat


Ikat benang hitam kat jari manis Ini yang selalu aku buat bila kena ketumbit. Ambil benang hitam ikat kat jari manis. Masa nak ikat tu baca selawat tiga kali. Selalu mak aku la yang ikatkan

Taktau logik tang mana. Mungkin sebab 'pergantungan' kepada Allah dan percaya keajaiban selawat ke atas Nabi gamaknya. 

Sapu dengan bawang putih Ini kekadang je aku buat. Pedih oi tenyeh bawang putih kat ketumbit tu walaupun tak masuk mata. Dah la pedih, pastu rasa macam panas-panas je. Tak tahan. Memang jarang buat

Yang ni macam logik sebab bawang putih kan memang  bersifat antibakteria. 

Sapu dengan 'air mawar' Errr..'air mawar' tu maksudnya air kencing sendiri. Eyark! Katanya masa kita kencing, sua jari sikit kat pancutan air kencing tu. Lepas tu bila hujung jari dah terkena air kencing terus sapu kat bahagian ketumbit tu. 
Entah celah mana la datang petua ni. Langsung tak masuk akal. Hahaha. Aku tak pernah buat yang ni. Gelis sangat. Uweekkk. Bukan ke lagi kuman nanti? Dah la mata ketumbit tu akibat keradangan kuman. Lagi nak tambah kuman. Pelik nau


Itulah antara petuanya. Yang aku tahu la dari mak aku. Ke ada petua lain yang korang tahu? Share la sikit. Hehe


Mujarab Ke Petua Sembuhkan Ketumbit? 
Aku teringat kisah masa kawan pernah datang rumah, dia tegur pasal anak sedara aku ikat benang hitam kat kaki. Dia ingat kena gangguan mistik. Lepas tu kitorang jumpa bomoh dan disuruh ikat benang hitam kat kaki. Haha. Comel je. Nak tergelak je aku bila teringat balik


Jadi aku pun explain la kat dia punca kaki anak sedara aku tu ada benang hitam. Sebenarnya anak sedara aku tu mata jadi ketumbit. Tapi nak ikat benang hitam kat jari manis dia memang tak boleh la. Budaknya buas gila. Jadi solution nya ikat je kat pergelangan kaki. Itu lah sebabnya. Baru la dia tahu itu sebenarnya petua orang lama kalau mata naik ketumbit.


Mujarab ke petua tu? Yang aku pernah cuba, ikat benang dengan sapu bawang putih tu. Tak pasti la kemujaraban nya. Sekadar ikhtiar dan menyantuni petua orang lama je. Dia macam apa tu istilah nya orang sebut, placebo effect. Haa..gitu

Maksud Placebo Effect Ohh..buat korang yang tertanya-tanya apa maksud Placebo effect, meh aku terangkan dengan ayat mudah. 
Placebo effect = rawatan/bahan yang tidak berbahaya diberikan sebagai 'ubat' dengan tujuan untuk menyenangkan hati pesakit. 
Kadang bukan sebab rawatan/bahan tu menyembuhkan. Tapi dia macam 'pukau minda' seolah dengan buat macam tu boleh sembuh sakitnya. Jadi pesakit tak fikir la sangat kesakitan tu. 

Secara logiknya, kita kena yakin yang sebenarnya Allah yang sembuhkan. Allah adalah Maha Penyembuh segala penyakit dengan kehendakNya. Itu hanyalah sekadar ikhtiar. Macam kita sakit, kita jumpa doktor dan makan ubat la. Gituuuu. 

Rawatan Untuk Ketumbit
Kalau korang nak tahu, sebenarnya ketumbit boleh sembuh sendiri tanpa apa-apa rawatan pun sama ada ikut petua orang lama atau rawatan dengan doktor. Ketumbit akan kecut dalam masa seminggu lebih kurang. 

Ketumbit tak berjangkit juga ya. Korang telek la lama macam mana pun mata yang naik ketumbit tu, takda nya mata korang pulak naik ketumbit. 

Anak dara aku si Cik Merah tu pun pernah naik ketumbit masa umur dia 5 tahun. Sekarang dah 6 tahun, setakat ni takda dah naik lagi. Mungkin sebab dah cukup vitamin kot. Kami suami isteri duk beli vitamin tambahan untuk anak-anak makan. 

Masa dia pernah kena ketumbit dulu, aku takda pun buat ikut petua kat atas. Rawatan dengan doktor pun takda. Biar je gitu. Lama-lama bengkak tu pecah keluar nanah dan surut sendiri. 

Tapi seandainya bengkak tu berlarutan lama sampai berbulan, tak surut dan makin sakit, korang kena la pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan eh. Jangan biar pulak. Kang melarat jadi lain pulak


Cara Atasi Ketumbit 
Walaupun ketumbit tak berjangkit, tapi boleh jadi berkali-kali tau. Jadi macam mana nak atasi ketumbit supaya tak naik lagi kat mata? Mungkin cara ni dapat membantu. 
Jaga kebersihan tangan dan peralatan mekap (berus) Jangan tonyoh mata yang tiba-tiba rasa gatal tanpa cuci tanganBersihkan mata dengan ubat mata bersesuaian seperti ubat titis mata eye more jika rasa kering dan gatal
Masa aku kecik dulu memang main selut je kerjanya. Hahaha. Tu yang banyak kali kena ketumbit kot. Dah besar takde pulak kena ketumbit dah. Dah pandai jaga kebersihan. Hihi. 
Penutup
Janganlah dimomokkan mitos mata naik ketumbit sebab skodeng orang berak atau mandi. Itu adalah tak betol ye. Nonsense! Hahaha. 
Sebenarnya itu sebab orang dedulu nak larang kita dari buat perangai tak elok macam tu. Lucu jugak orang dedulu nak larang kita mengintai. Comel. Indah je bahasa kiasan depa kan? 

Bisik-bisik :: Siapa antara korang pernah jadi ketumbit?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2012/11/oimata-ketumbit-suka-mengintai-eh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutlah Burung Suka Sangat Ketuk Tingkap Rumah Ada Sebab Rupanya

Patutlah Burung Suka Sangat Ketuk Tingkap Rumah Ada Sebab Rupanya

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 184 hits
Patutlah burung suka sangat ketuk tingkap rumah Ada sebab rupanya Umum mengetahui burung adalah salah satu haiwan yang dapat terbang bebas di langit Dan ada spesis burung tertentu terbang berhijrah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain ...
Patutlah Rupanya Ini Sebab Ramai Suka Sangat Tengok Video Orang Picit Jerawat

Patutlah Rupanya Ini Sebab Ramai Suka Sangat Tengok Video Orang Picit Jerawat

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 223 hits
Patutlah rupanya ini sebab ramai suka sangat tengok video orang picit jerawat Jujur sahaja pasti ramai antara anda yang kadangkala terjebak menonton video video rawak di Youtube Termasuk proses memicit jerawat membuang blackhead mahupun pem...
Suka Brisk Walk Dan Jogging

Suka Brisk Walk Dan Jogging

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 213 hits
Suka Brisk Walk dan Jogging Sejak sejak umur dah masuk 35 tahun ni hari cuti dipenuhi dengan aktiviti brisk walk Kalau sebelum sebelum ni hari sabtu nieyl akan bangun pagi kemas rumah cuci kain sidai kain masak teengok tv tidur ha itu la ru...
Suka Menyusu Botol Antara Penyebab Karies Gigi Anak Ini Cara Cegah Penyakit Karies

Suka Menyusu Botol Antara Penyebab Karies Gigi Anak Ini Cara Cegah Penyakit Karies

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 321 hits
Karies awal kanak kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak kanak di bawah umur enam tahun Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak dan air liur Apakah f...
Gadis Curiga Dengan Kakak Ipar Suka Susukan Anak Depan Teman Lelakinya Padahal Selalu Susukan Dalam Bilik Je

Gadis Curiga Dengan Kakak Ipar Suka Susukan Anak Depan Teman Lelakinya Padahal Selalu Susukan Dalam Bilik Je

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 147 hits
Pendedahan seorang wanita bernama Ayu tentang kakak iparnya mendapat perhatian ramai di TikTok Menerusi hantaran itu dia memulakan cerita dengan mengatakan teman lelakinya selalu datang rumah untuk meluangkan masa var currentUrlTwo window l...
Allah Sangat Suka Dengan Bacaan Al Qur An Yang Bagus Dan Enak Didengar

Allah Sangat Suka Dengan Bacaan Al Qur An Yang Bagus Dan Enak Didengar

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 240 hits
Allah itu sangat suka dengan orang yang bacaan Al Qur annya itu bagus dan enak didengar Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi Kitab Al Fadhail Bab 182 Sunnahnya Memperindah Suara Ketika Membaca Al Qur an dan Meminta Orang Lain Membacanya Kare...
Lebai Suka Perlekeh Pandangan Rakyat Walaun Ja Kena Cing Ngan Lebai

Lebai Suka Perlekeh Pandangan Rakyat Walaun Ja Kena Cing Ngan Lebai

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 134 hits
Bila rakyat bangkit isu air tak ada dia kata air belakang tesco banyak Bila rakyat pertikai beli mercedez dia kata takkan nak pakai viva Bila rakyat merungut jalan jem dia kata pakai setahun sekali je Suara rakyat ni bukan nak ambik serius ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall