Mat Zin Berusia 99 Tahun Masih Steady Berpuasa


bahrian.com.my
Oleh Nazdy Harun
[email protected]
Mac 2, 2025
Mat Zin Abdullah, 99, bersama anak, cucu dan cuit ketika ditemui di rumahnya. - Foto NAZDY HARUN.
KUALA NERUS: Walaupun menjangkau usia 100 tahun namun Mat Zin Abdullah, dari Kampung Tiang Kulat, dekat sini, masih 'steady' melaksanakan ibadah puasa.

Mat Zin, 99, berkata, hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya Zainab Mat Ali, mereka dikurniakan 15 cahaya mata.

Beliau berkata, selain mempunyai anak yang ramai dia turut dianugerahkan 100 cucu, 128 cicit dan empat orang cuit yang mana cuit paling bongsu berusia sebulan.

Beliau bersyukur dianugerahkan Allah SWT dengan kesihatan yang baik termasuk penglihatan dan pendengaran yang masih jelas.

"Ibadah berpuasa adalah Rukun Islam keempat dan kita sebagai hamba perlu bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah SWT, justeru ibadah berkenaan perlu dilakukan sebaik mungkin bagi memperoleh keredaan tuhan.

"Walaupun hampir menjangkau usia satu abad, namun saya bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik hingga membolehkan saya melaksanakan ibadah puasa," katanya.

Beliau berkata, setiap kali tibanya bulan Ramadan dia seperti biasa akan melakukan rutin bersahur, bertarawih dan berbuka puasa dengan menjamah hidangan mengikut keperluan sahaja.

Katanya, peluang dipanjangkan usia harus dimanfaatkan untuk menambah amal ibadah kepada pencipta kerana usia yang panjang ditambah dengan kesihatan yang baik adalah satu anugerah dan nikmat.

Justeru, sebagai seorang mukmin kita perlu bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT dan alhamdulillah pada usia sebegini dia masih mampu melakukan ibadah puasa.

"Saya mengamalkan satu petua iaitu merendam daun sirih yang diremuk-remuk ke dalam air sebelum merendam mata buat seketika.

"Ikhtiar itu saya lakukan bagi membuang lendir yang berada pada mata dan dengan izinnya membolehkan pengelihatan saya tidak kabur," katanya.

Sementara itu, menurut anak ke-10, Zubairiah, 50, ayahnya masih aktif dan masih mampu berpuasa seperti biasa memandangkan ayah dianugerahkan kesihatan yang baik.

"Memandangkan kami enam beradik tinggal satu kampung dan bersebelahan rumah ayah jadi kami berpakat membuat jadual untuk menjaga makan minum ayah setiap hari.

"Rutin menjaga makan minum ayah mengikut giliran dilakukan sejak enam tahun lalu dan ia amat menyeronokkan kerana kami adik-beradik mampu berbakti kepada ayah tercinta," katanya.

Beliau berkata, tugasan menyiapkan sarapan untuk ayah akan ditulis pada papan putih yang dilekatkan di dinding rumah ayah.

Zubairiah berkata, konsep yang diterapkan memperlihatkan tanggungjawab seorang anak dalam menjaga kebajikan ayahnya walaupun kesihatan ayah masih baik namun sebagai anak kami ingin melihat ayah sentiasa bahagia di usia emasnya.

"Kami mempunyai keluarga besar dan paling meriah apabila tibanya perayaan Aidilfitri, Aidiladha selain majlis kenduri kahwin kerana kami semua dapat berkumpul dalam satu keluarga.

"Alhamdulillah, ayah dikurniakan kesihatan yang baik iaitu tidak mempunyai sebarang penyakit ditambah pendengaran dan penglihatan juga baik serta tidak nyanyuk," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/mat-zin-berusia-99-tahun-masih-steady.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Nenek Berusia 73 Tahun Rugi Rm4 Juta Dalam Tempoh 3 Bulan Ditipu Pelaburan Tidak Wujud

Seorang Nenek Berusia 73 Tahun Rugi Rm4 Juta Dalam Tempoh 3 Bulan Ditipu Pelaburan Tidak Wujud

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 38552 hits
Umavathi RamayahKUALA LUMPUR Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di apli...
Tercekik Gummy Mata Kanak Kanak Lelaki 10 Tahun Masih Tak Sedarkan Diri

Tercekik Gummy Mata Kanak Kanak Lelaki 10 Tahun Masih Tak Sedarkan Diri

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 2988 hits
Tercekik gummy mata kanak kanak lelaki 10 tahun masih tak sedarkan diri Seorang kanak kanak dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang selepas dipercayai tercekik gula gula kenyal atau gummy berbentuk mata Tercekik Gummy Mata Kanak kanak ...
Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Muridnya Berusia 12 Tahun

Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Muridnya Berusia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 2930 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com mySepang Polis membuka kertas siasatan membabitkan seorang guru lelaki didakwa menjalinkan hubungan dengan anak muridnya berusia 12 tahun di sini Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhiz...
Pokok Berusia 2000 Tahun Yang Mengaum

Pokok Berusia 2000 Tahun Yang Mengaum

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 3027 hits
Pokok yang berusia 2 000 tahun ini terletak di Kampung Zwigodini Mutale di Limpopo Afrika Selatan Orang Venda memanggilnya Muri Kunguluwa yang bermaksud Pokok Yang Mengaum Pokok ini sebenarnya mengeluarkan bunyi apabila angin bertiup melalu...
Cemas Kanak Kanak Lelaki 2 Tahun Dikhuatiri Hilang Operasi Mencari Masih Dijalankan

Cemas Kanak Kanak Lelaki 2 Tahun Dikhuatiri Hilang Operasi Mencari Masih Dijalankan

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 263 hits
Hati ibu mana yang tak luluh Seorang kanak kanak lelaki Hud Aryan Mohd Nor Hafifi baru berusia dua tahun dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga Tanah Merah Kelantan pada Isnin Difahamkan si kecil ini berada di rumah neneknya yang hany...
Budak 10 Tahun Di Buang Ibu Bape Bersama Sekeping Surat

Budak 10 Tahun Di Buang Ibu Bape Bersama Sekeping Surat

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 2983 hits
Seorang kanak kanak ditinggalkan di stesen minyak oleh ibu bapanya sendiri berserta sepucuk surat kerana kelakuannya yang nakal dan gemar mencuri lapor Kompas Kejadian yang berlaku di Pangkalan Kuras Riau Indonesia sebelum ini menjadi viral...
Murid Tahun 1 Dirai Dengan Maskot Bumblebee Optimus Prime Terus Hilang Rasa Berdebar

Murid Tahun 1 Dirai Dengan Maskot Bumblebee Optimus Prime Terus Hilang Rasa Berdebar

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 227 hits
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee Optimus Prime terus hilang rasa berdebar Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila ...
Lawatan Luar Negara Menteri Kabinet Kerajaan Belanja Rm44 Juta Tahun Lalu

Lawatan Luar Negara Menteri Kabinet Kerajaan Belanja Rm44 Juta Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 2940 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukan 19 lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun lalu PETALING JAYA Menteri Kabinet melakukan 236 lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun lalu dengan kerajaan menanggung kos keseluruhan RM44 juta ...
Pmx Berjaya Selesai 5 Isu Tertunggak Yang Ke 5 Ini 55 Tahun Baru Selesai

Pmx Berjaya Selesai 5 Isu Tertunggak Yang Ke 5 Ini 55 Tahun Baru Selesai

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 2772 hits
K PRAGALATHFebruary 19 2025Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menyelesaikan lima isu yang tertunggak dan diwarisi dari pentadbiran terdahulu Isu kelima mengambil masa 55 tahun untuk diselesaikan Kesemua lima isu berikut ...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah