Mat Salih Jawab Isu Melayu Malas Kembali Tular




Rakaman video seorang mat salih menjawab stereotaip mengenai tuduhan Melayu malas, kembali tular di media sosial
Zayn Al-Abideen Gregory – seorang pensyarah berasal dari Amerika Syarikat -mempertahankan orang Melayu yang dilabel sesetengah pihak sebagai malas
Zayn yang fasih berbahasa Melayu menyanggah pandangan tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri yang telah lama bergaul dengan orang Melayu
Beliau menceritakan kisah isterinya- seorang wanita Melayu berasal dari kampung – berjaya memperolehi PhD di luar negara hasil kerja keras dan kegigihannya
“Pertama kali saya jumpa bakal isteri dekat Amerika Syarikat, saya memang kagum. Sanggup berkembara ke tempat sangat jauh, masuk ke tempat lain, berbudaya Melayu demi mencari ilmu
“Beliau asal kampung dari kawasan ladang kelapa, waktu kecil kutip buah nyiur, buat santan, masak dengan tempurung demi mencari sesuap rezeki bersama ibunya yang janda. Beliau belajar rajin-rajin sampai dapat pergi oversea, kejar impiannya hingga memperolehi sijil tertinggi PhD dalam bidang khusus di negara orang
“Bukan saya nak puji isteri saja, cukup ramai budak Melayu dengan cerita yang lebih kurang begitu. Saya sudah kenal dan menjadi kawan sewaktu di USA dulu,” kata Zayn menerusi rakaman tersebut
Bagaimanapun sekembalinya ke Malaysia,  Zayn berkata beliau terkejut  apabila mendapati terdapat tuduhan mengatakan kaum Melayu sebagai malas
“Bukan bangsa lain cakap, Melayu cakap. Hairan saya. Sudah tentu tidak betul dan nampak bukti tak betulnya dengan dua biji mata sendiri
“Maka saya tertanya-tanya bagaimana fahaman ini muncul dan menular sampai orang percaya dengan penuh keyakinan,” kata Zayn
Mitos pribumi malasRupa-rupanya, kata Zayn beliau tidak perlu membuat kajian sendiri kerana sudah ada orang Melayu menjawab tuduhan tersebut
Beliau merujuk kepada buku Mitos Pribumi Pemalas, karya pemikir terkenal Syed Hussein Alatas yang diterbitkan pada tahun 1977
Dalam video yang dimuat naik ke Youtube pada 2017, terdapat sekurang-kurangnya 19 episod Zayn mengupas kandungan buku tersebut dan mempertahankan orang Melayu daripada label negatif itu
Sebelum ini, perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sering mengaitkan sifat malas orang Melayu sebagai punca mereka tidak berjaya, khususnya dalam perniagaan
Pada September, Dr Mahathir pada majlis ulang tahun Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dilapor berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi banyak peluang dan bantuan kepada orang Melayu gagal kerana mereka ‘malas’
Beliau berkata orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain dan tidak mengambil berat terhadap aspek tanggungjawab, selain lemah menguasai ilmu serta maklumat
Mahathir sekali lagi mengulangi pendiriannya baru-baru ini apabila mengatakan tindakan afirmatif kerajaan untuk membantu Melayu di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah sikap
“Kalau tak kerja kita tak dapat duit, kalau tak usaha tak maju. Bila saya kata orang Melayu malas, orang marah saya tapi ini kebenaran
“Kalau kita tak nak kerja, orang lain akan datang bekerja. Akhirnya orang asing yang memiliki negara ini. Sekarang sudah ada tujuh juta orang (pekerja warga) asing di Malaysia,” katanya
– M’kini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/01/mat-salih-jawab-isu-melayu-malas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Malas Pemalas Dan Bermalasan

Melayu Malas Pemalas Dan Bermalasan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 384 hits
Melayu malas Artikel pertama Buasir Otak selepas 6 hari masuk tahun baru Nampak tak aku seorang Melayu yang malas nak update blog Baru baru ini PM Malaysia Tun Mahathir mengulangi sindiran Melayu malas di Tun Mahathir turut berkata adalah p...
Jawapan Untuk Kenyataan Melayu Bangsa Malas

Jawapan Untuk Kenyataan Melayu Bangsa Malas

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 511 hits
Bahasa bro ni agak kasar tp point yng dia tulis tu masuk akal
Mfl Jawab Isu Kelewatan Keluarkan Jadual Perlawanan Liga Malaysia

Mfl Jawab Isu Kelewatan Keluarkan Jadual Perlawanan Liga Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 509 hits
Malaysian Football League hari ini mengeluarkan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier musim baharu 2019 yang bakal bermula pada 1 Februari ini Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam meskipun berlaku sedikit kelewatan d...
039 Sedia Jawab Sekiranya Ditanya Di Parlimen 039 Mat Sabu

039 Sedia Jawab Sekiranya Ditanya Di Parlimen 039 Mat Sabu

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 323 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 11 Januari 2019 12 17 PM SHAH ALAM Kementerian Pertahanan bersedia mendedahkan hasil laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kew
Betul Ke Melayu Malas

Betul Ke Melayu Malas

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 228 hits
Satu kajian sejarah Tanah Melayu dan akibat penjajahan keatas bangsa Melayu
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama