Mat Said Vs Dr Samsuri Siapa Jaga Terengganu Dengan Baik



(Harakah) – BILA dekat dengan pilihan raya, semua pihak akan kata, parti yang disokongnya berjaya tadbir kerajaan dengan baik. Saya lebih suka melihat kepada fakta dan bukannya sentimen politik. Tulisan kali ini saya akan analisis pentadbiran kerajaan negeri zaman Umno dan PAS bagi menilai siapa yang tadbir Terengganu dengan baik.
Pertama kita analisa kewangan negeri. Kita perlu faham hasil kerajaan negeri bergantung sangat tinggi terhadap hasil royalti petroleum dan hasil yang diterima adalah ‘lebih kurang’ setiap tahun. Ini kerana anggaran penerimaan royalti adalah bergantung kepada harga petroleum setong di pasaran dunia. Sekiranya tinggi harga petroleum, maka tinggilah hasil negeri.
Namun apa yang menarik saya amati ketika zaman PAS, Dr Samsuri menggerakkan satu usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum. Hasil daripada usaha yang dilaksanakan oleh Dr. Samsuri ini, kebergantungan terhadap hasil royalti pada zaman Umno yang berada pada kadar 70 peratus pada tahun 2017 berjaya dikurangkan sehingga 62 peratus pada tahun 2020.
Di sini kita dapat lihat visi seorang pemimpin yang ada pada Dr Samsuri yang sentiasa melihat kehadapan dan merancang untuk memastikan kewangan negeri sentiasa kukuh dan sihat.
Kedua, kita lihat pada aspek hutang negeri. Ketika PAS mengambil alih kerajaan negeri pada 2018, Umno tinggalkan hutang yang banyak dalam bentuk scheduled and deferred payment. Hutang ini adalah hutang yang dicipta oleh kerajaan Umno melalui projek yang mana kontraktor yang terlibat dikehendaki mendahulukan kewangan sendiri bagi menyiapkan projek.
Maka kerajaan negeri akan membayar semula secara berjadual dan sudah tentu bayaran lebih mahal kerana mengambil aspek keuntungan kontraktor. Setiap tahun hampir RM200 juta hingga RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan negeri di zaman PAS untuk menanggung hutang ini, dan angka ini adalah menyamai perbelanjaan pembangunan dalam bajet tahunan kerajaan negeri.
Ketiga, kita lihat dari sudut pelaburan masuk ke dalam Negeri Terengganu. Jika dianalisa data MIDA, dari tahun 2013-2017 (zaman Umno) pelaburan masuk ke Negeri Terengganu hanya RM5.337 bilion dan dari tahun 2018-2022 (zaman PAS) pelaburan masuk adalah RM11.84 bilion. Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Kerajaan Negeri Terengganu di bawah PAS.
Keempat, kita nilai dari aspek prestasi syarikat GLC. Terengganu Incorporated yang merupakan syarikat pelaburan utama milik kerajaan negeri, berjaya mencatat hasil tertinggi dalam sejarah penubuhannya iaitu RM1.2 billion pada tahun 2022.
Begitu juga TDM Berhad yang berjaya mencatat hasil tertinggi dalam sejarah iaitu RM614.4 juta. TDM Berhad yang merupakan public listed company juga telah berjaya menyelesaikan satu pelaburan rugi di zaman Umno iaitu pembelian ladang kelapa sawit di Kalimantan yang menelan pelaburan dan kos operasi hampir RM800 juta. Ia telah berjaya dijual bagi mengurangkan terus kerugian kumpulan TDM Berhad.
Satu lagi GLC public listed yang berjaya di zaman PAS adalah Golden Pharos Berhad. Keuntungan atau profit after tax (PAT) tertinggi ketika zaman Umno adalah RM0.5 juta. Pada 2022, syarikat ini telah mencatatkan PAT tertinggi dalam sejarah iaitu RM11.86 juta. Dengan perlantikan CEO Dr Mohd Zaki Hamzah yang merupakan seorang pakar bidang perkayuan dan perhutanan serta penstrukturan semula operasi anak syarikat Golden Pharos Sdn Bhd, ia telah membuahkan hasil yang membanggakan.
Hotel milik kerajaan negeri seperti Paya Bunga Hotel yang merupakan satu projek terbengkalai dan ditinggalkan Umno dengan kerugian terkumpul RM1.5 juta, kini berjaya menjadi hotel bertaraf antarabangsa dengan hasil sebanyak RM15 juta serta keuntungan selepas cukai RM2 juta. Begitu juga Hotel Duyong Marina yang bertahun-tahun mengalami kerugian, sejak PAS mengambil alih pendapatan terus meningkat saban tahun dan terkini pada tahun 2022, pendapatan sebanyak RM10.4 juta diperolehi.
Satu aspek yang Kerajaan PAS konsisten dalam membantu rakyat adalah pemberian tanah. Pada tahun 1999-2004, kerajaan ketika itu telah menganugerahkan sebanyak 50,000 lot tanah kepada rakyat. Sebahagiannya dirampas semula oleh Umno apabila mereka berkuasa semula pada 2004. Ada di antara mereka yang dirampas telah pun meninggal dunia pada hari ini.
Oleh yang demikian, kerajaan PAS di bawah Dr Samsuri telah menganugerahkan 7,601 lot tanah kepada permohonan tanah terkilan (pemohon tanah yang dirampas oleh Umno pada 2004) dan 28,260 lot tanah permohonan baru kepada rakyat.
Kalau dicermati setiap fakta yang dikemukakan diatas, saya suka bawa satu analogi bahawa Negeri Terengganu ibarat sebuah kereta. Rakyat sebagai pemilik kereta yang memberi kepercayaan kepada driver (Menteri Besar) Umno untuk memandu. Namun kereta dilenjan sehingga rosak teruk. Tayar botak, alignment lari. Engine semput dan hampir nak pecah. Cermin retak.
Apabila rakyat tidak puas hati terhadap driver, maka ditukar kepada driver PAS. Apabila driver PAS ambil alih, dikenal pasti segala kerosakan kereta, dibaiki sedikit demi sedikit sehingga kereta boleh berfungsi dengan baik dan memberikan manafaat yang baik kepada rakyat.
Kini apabila kereta telah pulih dan tip-top, driver Umno kembali dan mengatakan PAS tidak pandai jaga kereta dan mereka lebih baik dalam menjaga kereta. Mereka menuntut kereta diberikan kepada driver mereka Mat Said. Maka saya yakin rakyat akan jawab, boleh blah! Kami lebih yakin dengan Dr Samsuri.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/07/01/mat-said-vs-dr-samsuri-siapa-jaga-terengganu-dengan-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Said Poster Boy Hanya Pandangan Peribadi Kata Ph Terengganu

Mat Said Poster Boy Hanya Pandangan Peribadi Kata Ph Terengganu

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 158 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kenyataan Ahli Majlis Pimpinan PKR Terengganu Azan Ismail sedia menyokong Ahmad Said sebagai poster boy negeri itu pada PRN akan datang dianggap hanya pandangan peribadinya Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Raj...
Terengganu Will Follow Kelantan S Footsteps If Pas Continues To Rule Ahmad Said

Terengganu Will Follow Kelantan S Footsteps If Pas Continues To Rule Ahmad Said

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 164 hits
Terengganu will follow in the footsteps of its neighbour Kelantan which is backward in various aspects if PAS continues to have the mandate to govern the state in the upcoming state polls said Terengganu BN chairperson Ahmad Said He said th...
Mere Speculation Terengganu Ph Says On Ahmad Said Being Poster Boy

Mere Speculation Terengganu Ph Says On Ahmad Said Being Poster Boy

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 318 hits
Terengganu PH chairman Raja Kamarul Bahrin Shah said statements regarding the poster boy for Terengganu including support for Umno chief Ahmad Said were merely the personal views of individuals PETALING JAYA Terengganu Pakatan Harapan has d...
Belanjawan Terengganu Rm2 Bilion Setahun Untuk Apa

Belanjawan Terengganu Rm2 Bilion Setahun Untuk Apa

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 132 hits
Pelbagai persoalan timbul apabila negeri Terengganu membelanjakan sejak beberapa tahun lalu sebanyak RM2 bilion setahun untuk belanjawan negeri Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu Azan Ismail perbelanjaan tersebut yang menghampiri b...
5 Tempat Percutian Perkhemahan Terbaik Di Terengganu

5 Tempat Percutian Perkhemahan Terbaik Di Terengganu

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 200 hits
Terengganu merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan pantai yang menarik Terdapat beberapa lokasi perkhemahan menarik di Terengganu yang boleh anda pertimbangkan 1 Rembulan Escape Rembulan E...
Pkr Dan Bn Terengganu Tak Sebulu

Pkr Dan Bn Terengganu Tak Sebulu

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 118 hits
Muhammad Yusri Muzamiram hmetro com myKuala Lumpur PKR Terengganu mengingatkan rakan sekutunya Barisan Nasional supaya memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri secara harmoni Ketua Penerangan AMK negeri...
Iqbal Zulkefli Suka Jadi Nakal Lebih Mudah Dapat Perhatian Berbanding Isu Baik

Iqbal Zulkefli Suka Jadi Nakal Lebih Mudah Dapat Perhatian Berbanding Isu Baik

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 150 hits
Sejak beberapa hari yang lalu nama usahawan sensasi Iqbal Zulkefli menjadi perhatian ramai susulan mengaku secara terbuka bahawa dirinya mahu menjadi peneman hidup Inspektor Sheila selepas wanita terbabit umum mencari jodoh Bahkan Iqbal ber...
Terengganu Ada 10 Ribu Miskin Tegar Kerajaan Pusat Cuba Selesai Masalah

Terengganu Ada 10 Ribu Miskin Tegar Kerajaan Pusat Cuba Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 277 hits
Terengganu mengikut perangkaan terbaharu memiliki sekitar 10 000 isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar yang menyebabkan negeri itu berada di tangga 5 terbawah sebagai negeri miskin di Malaysia Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu A...
State Polls Terengganu Yet To Decide On Dissolution Date Mb

State Polls Terengganu Yet To Decide On Dissolution Date Mb

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 146 hits
The dissolution date of the Terengganu state assembly to pave the way for the state election has not been decided yet said Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar However he said specific dates regarding the matter have been considered Still th...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda