Mat Sabu Yakin Trw Mampu Bangkit Semula


N Faizal Ghazali   
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Mohamad Sabu menyatakan harapannya untuk melihat skuad The Red Warriors (TRW) kembali bangkit menjadi pasukan yang disegani di negara ini

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata memang menjadi lumrah dalam sukan itu, sesebuah pasukan akan mengalami turun naik dan cabaran tersendiri.

Mengakui bola sepak adalah bidang baru baginya, Mohamad berharap beliau mampu membantu dengan sepenuhnya TRW dan kebangkitan semula skuad berkenaan bukanlah mustahil.

"Saya tidak tahu boleh menjadi penasihat atau tidak.

"Memanglah setiap individu minat kepada sukan terutamanya bola sepak yang melibatkan rakyat di seluruh dunia.

"Apabila berada di kedudukan bawah pasukan Kelantan ini, nak naikkan semula bukan senang. Tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil," katanya ketika berucap di majlis makan malam Kafa bersama penasihat mereka di Kota Bharu, malam tadi.

Hadir sama Presiden Kafa, Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Akan tetap beraksi
Mohamad berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini skuad JDT menjadi pasukan yang hebat dan selalu berada di kedudukan atas.

Sebelum itu, katanya, pasukan seperti Selangor dan Pahang berjaya menjadi skuad yang disegani, sama seperti Kelantan yang pernah mencatat kejayaan merangkul tiga kejuaraan serentak.

"Dengan sokongan dan sumbangan (pelbagai pihak), saya harap pasukan Kelantan akan kembali ke mercu kejayaan pada masa akan datang," katanya.

Untuk rekod, pasukan Kelantan yang kini dikendalikan oleh Che Yusri Che Lah bakal beraksi dalam saingan Liga Perdana sekali lagi pada musim depan.
Wan Abdul RahimPada masa sama Kafa berdepan dengan beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan kelulusan lesan kelab. Antaranya pembayaran tunggakan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bayaran kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Wan Abd Rahim berkata, Kafa sedang menguruskan perkara itu dan memberi jaminan skuad TRW terus beraksi pada musim depan.

Pada 17 Oktober lalu, Kafa mengumumkan pelantika Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan itu.

Sementara itu, Mohamad turut mengakui bahawa Kafa kini memerlukan dana yang mencukupi untuk meningkatkan kemampuan pasukan ke tahap lebih baik.

Justeru, katanya, semua pihak perlu berusaha untuk membantu dan Kafa dinasihatkan mendekati usahawan-usahawan berjaya bagi meraih sumbangan.

"Masalah besar kita adalah kewangan. Jarang pasukan bola sepak di sini boleh untung, kalau di Eropah lainlah.

"Kita di Kelantan ini sukar untuk mencari dana, tetapi kita yakin dengan semangat kuat kita mampu untuk bergerak ke hadapan.

"Usahawan-usahawan Kelantan yang ramai dan maju berada di Kuala Lumpur, kita harap Kafa boleh mendekati mereka. Dengan bantuan dan sumbangan mereka diharap pasukan Kelantan kembali hebat," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/mat-sabu-yakin-trw-mampu-bangkit-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stop Hurling Accusations Mat Sabu Told

Stop Hurling Accusations Mat Sabu Told

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 366 hits
FORMER defence minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has advised his successor to move forward instead of continuing to hurl accusations against the previous administration He said Mohamad Sabu should stop targeting him whenever he faced...
Ketepikan Ego Mat Sabu Perlu Berguru Dengan H20

Ketepikan Ego Mat Sabu Perlu Berguru Dengan H20

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 391 hits
MENHAN PERLU IMPROVE CEPAT TANPA ALASANOleh Dr Tanaka Mustafa1 YB Mohamad Sabu Menteri Pertahanan kena tegur dengan YB DS Hishamuddin Tun Hussin bekas menteri Pertahanan supaya jangan jadikan kurang pengalaman sebagai alasan untuk tidak men...
Mat Sabu Jabs Pas For Backing Mca After Previous Vote Muslim Call

Mat Sabu Jabs Pas For Backing Mca After Previous Vote Muslim Call

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 389 hits
TG PIAI POLLS Amanah president Mohamad Sabu took a jab at his old party PAS tonight for their support of MCA in the Tanjung Piai by election This is because during the Cameron Highlands by election 10 months ago PAS had to back BN because t...
Pakatan Hadapi Saingan Sengit Di Tanjung Piai Kata Mat Sabu

Pakatan Hadapi Saingan Sengit Di Tanjung Piai Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 312 hits
Pakatan hadapi saingan sengit di Tanjung Piai kata Mat Sabu Dikemas kini 45 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Nov 2019 11 1
Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam

Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 936 hits
SEORANG tentera wanita berasal dari Sarawak yang memeluk agama Islam semalam menerima respons positif daripada netizen khususnya Muslim yang bersyukur menerima saudara baharu Pengislaman tentera tersebut turut menarik perhatian Menteri Pert...
5 Olahraga Yang Mampu Membakar Kalori Secara Cepat Dan Menurunkan Berat Badan

5 Olahraga Yang Mampu Membakar Kalori Secara Cepat Dan Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 287 hits
Hampir semua olahraga yang dilakukan bisa berdampak terhadap terbakarnya kalori di dalam tubuh Hanya saja beberapa olahraga tertentu memiliki dampak yang lebih besar dalam membakar kalori dan berdampak turunnya berat badan
Anak Hanya Mampu Terbaring Kena Sawan Sampai Sembilan Kali Sehari

Anak Hanya Mampu Terbaring Kena Sawan Sampai Sembilan Kali Sehari

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 807 hits
Ibu dan ayah manalah yang tegar melihat anak yang masih kecil menanggung sakit yang maha hebat Namun itulah yang perlu dilalui setiap hari oleh Nurul Ashafiqah Azlan 23 dan suami Azhar Ali 36 Anak mereka Nur Iman Fitriah menghidap penyakit ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Ketika Berat Melanda Menghadapi Hari Yang Sulit