Mat Sabu Kini Datuk Seri


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 1, 2023 12:13 PM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 164 penerima bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2023

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Istana Negara ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta menteri-menteri Kabinet.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mendahului senarai penerima.

Menurut kenyataan Jabatan Wilayah Persekutuan, Mohamad, 69, dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama enam lagi penerima pada istiadat pengurniaan itu.

Enam lagi penerima SMW yang merupakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Isham Ishak; Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin; Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris; Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Dr Eng Wei Chun dan Pengarah Eksekutif Amechanus Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Lawrence Yeo Chua Poh.

Sementara itu, 15 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri Datuk Toisin Gantor; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Azah Hanim Ahmad dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Turut dikurniakan PMW ialah Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Datuk Muhammad Azmi Zulkifli; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd Datuk Md Shah Mahmood; Presiden UMW Toyota Motor Datuk K. Ravindran dan Presiden UDA Holdings Sdn Bhd Datuk Sr Mohd Salem Kailany.

Beberapa ahli sukan turut menerima PMW sebagai mengiktiraf sumbangan mereka kepada negara iaitu bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Lim Teong Kim; bekas ratu boling negara Datuk Shalin Zulkifli; atlet bina badan Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan bekas Pengarah Kejurulatihan Persekutuan Karate Malaysia Datuk P. Arivalagan.

Pada istiadat hari ini, 16 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW); 19 dikurniakan Kesatria Mahkota Wilayah (KMW); 15 dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 92 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/mat-sabu-kini-datuk-seri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Pamer Quot Senarai 29 Nama Datuk Dan Datuk Seri Palsu

Kerajaan Negeri Pahang Pamer Quot Senarai 29 Nama Datuk Dan Datuk Seri Palsu

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 161 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan notis awam menyenaraikan 29 nama Datuk dan Datuk Seri palsu susulan pemalsuan senarai nama penerima pingat daripada Sultan Pahang Notis awam itu menyenaraikan 29 nama individu terbabit yang t...
Can Mat Sabu Tackle Malaysia S Food Shortages

Can Mat Sabu Tackle Malaysia S Food Shortages

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 281 hits
Experts give their opinions following a Cabinet review giving Mohamad Sabu the worst score of all Analysts have expressed differing opinions about the performance of Amanah chief Mohamad Sabu since taking over the agriculture and food secur...
Maksud Konsep Rukun Malaysia Madani Yang Diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Maksud Konsep Rukun Malaysia Madani Yang Diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 323 hits
Malaysia Madani 6 Rukun Maksud Konsep Pelaksanaan Malaysia MadaniPada 19 Januari 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dih...
Mat Sabu Orders Quick Action On Veggie Shortage

Mat Sabu Orders Quick Action On Veggie Shortage

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 183 hits
The government must be able to make early preparations in case there is a shortage of vegetables says agriculture and food security minister Mohamad Sabu KUALA LUMPUR The Farmers Organisation Authority and the Federal Agricultural Marketing...
Ira Kazar Kini Hamil Datin Fatimah Pesan Jangan Cakap Apa Apa Datuk Yusof Haslam

Ira Kazar Kini Hamil Datin Fatimah Pesan Jangan Cakap Apa Apa Datuk Yusof Haslam

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 297 hits
Berlegar di media sosial sejak semalam apabila satu khabar angin yang mengatakan isteri kedua pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sudah pun berbadan dua Memetik Kosmo bapa kepada Syamsul pengarah Datuk Yusof Haslam memaklum...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down