Mat Sabu Akan Disingkir Dari Presiden Amanah



SEORANG pemimpin utama Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menafikan terdapat kelompok tertentu sedang mengatur gerakan menukarkan kepimpinan Presiden sedia ada, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan teraju baharu diketuai Naib Presiden, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada pemilihan parti akan datang.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Hasbie Muda mengesahkan terdapat pertembungan dua kumpulan penyokong parti yang cuba mendesak sama ada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditukar dan dilantik sebagai Penasihat Amanah atau kekal menerajui parti bagi tempoh sekurang-kurangnya sepenggal lagi.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada dua kelompok penyokong ini benar-benar diketuai oleh Mat Sabu atau Mujahid, atau ia sekadar gerakan rambang di peringkat akar umbi semata-mata.
“Memang ada pertembungan dua kumpulan. Satu kumpulan mahu Mat Sabu kekal presiden, satu lagi pula mahu barisan kepimpinan baharu diterajui Mujahid.
“Saya sendiri ada jumpa dua kelompok ini secara peribadi. Ada kelompok yang mencadangkan sudah tiba masanya Mat Sabu keluar daripada barisan kepimpinan utama dan mengisi jawatan Penasihat Amanah yang ketika ini disandang Datuk Seri Ahmad Awang.
“Ada juga berpendapat kepimpinan beliau masih sangat diperlukan Amanah. Saya tidak pasti sokongan kelompok mana lebih kuat. Namun yang pasti, keputusan itu bakal ditentukan oleh 27 Ahli Jawatankuasa Nasional baharu serta tiga ketua sayap parti pada Konvensyen Nasional pada 23 dan 24 Disember ini," katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.
Ahli Dewan Negara itu berkata demikian bagi mengulas desas-desus terdapat gerakan menukarkan kepimpinan Mat Sabu bagi digantikan dengan Mujahid yang sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sewaktu pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan 1.0.
Berbeza daripada kebanyakan parti, Amanah tidak mengamalkan pemilihan jawatan utama dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi melalui undian langsung.
Sebaliknya perwakilan hanya memilih sejumlah calon − bagi peringkat nasional, 27 orang − dan kemudian berbincang untuk mengenal pasti siapakah antara mereka sesuai dilantik menjadi ketua serta jawatan lain.
Amanah dijadual mengadakan Konvensyen Nasional pada 23 dan 24 Disember ini di Klang, Selangor.
Mat Sabu merupakan Presiden Amanah sejak parti itu ditubuhkan secara rasmi pada 2015 dengan pemilihan kali ini turut menarik perhatian umum kerana jawatan timbalan presiden yang sebelum ini disandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub masih kosong.

Secara peribadi, Mohd Hasbie berpendapat, Mat Sabu dan Mujahid masih dianggap aset utama parti dan sangat diperlukan dalam memastikan hala tuju kepimpinan Amanah kekal utuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)

Beliau turut yakin barisan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang bakal dipilih lebih 200,000 ahli parti akan membuat pertimbangan terbaik dan tidak mudah dipengaruhi sentimen di peringkat akar umbi.
Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan kepimpinan Amanah akan memberi ruang kepada Mat Sabu untuk kekal menerajui parti untuk tempoh sepenggal lagi dengan Mujahid diletakkan sebagai pemimpin nombor dua kelak.
“Secara peribadi, saya berpandangan satu kombinasi kepimpinan baharu lebih utuh amat diperlukan pada pemilihan kali ini.
“Sebab itu, saya menganggap kombinasi kepimpinan Mat Sabu-Mujahid adalah terbaik untuk Amanah ketika ini. Ini kerana pengaruh Mat Sabu sangat penting untuk parti mengekalkan kerusi-kerusi campuran dimenangi parti pada PRU15.
“Bagi mendepani PRU16, Amanah juga sangat memerlukan naratif kepimpinan Melayu Islam yang progresif dan vokal bagi memenangi hati pengundi Melayu mula. Kekuatan ini ada pada Mujahid,” jelasnya.
IMPLIKASI PEMILIHAN
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Nasional Amanah, Mohd Sany Hamzan tidak menolak kemungkinan implikasi pemilihan pucuk kepimpinan parti baharu bakal menjadi penentu kepada siapa bakal mengisi satu lagi kekosongan kuota menteri ditinggalkan Allahyarham Salahuddin. 
Menegaskan perkara itu di bawah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Ahli Parlimen Hulu Langat itu juga mengandaikan mana-mana pemimpin Amanah dilantik mengisi jawatan menteri kelak mungkin perlu menerima portfolio selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Itu bidang kuasa Perdana Menteri (untuk isi jawatan menteri). Beliau boleh lantik sesiapa sahaja pada bila-bila masa, namun mungkin juga keputusan pemilihan Amanah akan dijadikan salah satu pertimbangan.
“Paling penting, saya minta kesemua perwakilan Amanah memilih kepimpinan baharu kelak berdasarkan kepada merit, sumbangan dan kebolehan pemimpin dan bukan berasaskan cai (senarai pemimpin bayangan).
“Saya masih yakin pemilihan Amanah kali ini tidak akan menimbulkan perpecahan dalaman meskipun sedikit panas,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berpandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga selesai proses pemilihan Amanah untuk menentukan calon sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN.
Dengan senarai nama calon sudah diserah parti lebih tiga bulan lalu, Khalid menegaskan sekurang-kurangnya lima nama pemimpin utama Amanah sudah boleh dipertimbangkan bagi mengisi jawatan berkenaan.
“Kalau ikut kekananan jawatan, Amanah ada Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly (Zahari) atau Senator Mujahid sebagai Naib Presiden, Hasbie dan Aiman Athirah Sabu (Ahli Parlimen Sepang) sebagai ketua sayap parti atau (Datuk Seri) Dr Dzulkefly Ahmad sebagai AJK Nasional.
“Saya fikir tidak perlu Perdana Menteri hendak tunggu selepas pemilihan Amanah untuk isi jawatan kosong menteri kerana jumlah ahli Parlimen dan senator dalam kalangan parti itu bukan ramai sangat,” tegasnya - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/mat-sabu-akan-disingkir-dari-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Mat Sabu Jaga Amanah Sepenggal Lagi

Biar Mat Sabu Jaga Amanah Sepenggal Lagi

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 127 hits
Presiden Amanah Mohamad Sabu menyerahkan kepada perwakilan dan 27 anggota jawatankuasa tertinggi organisasi untuk menentukan sama ada dia kekal mengetuai parti itu atau sebaliknya Katanya mengikut perlembagaan parti seseorang ahli dibenarka...
Mat Sabu Masih Diperlukan Parti Amanah

Mat Sabu Masih Diperlukan Parti Amanah

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 274 hits
Kurang kurang teloq ayam rega ayam beras sentiasa ada Harap jadi duta sekupang tak bawa masuk Sembang saja lebih kata ke orang Macam bagus Keh keh keh depa kata makan gaji buta jangan koyak aaaaa Che IbrahimTerima kasih Abg Mat Amanah masih...
Amanah Not A Dap Tool Says Mat Sabu

Amanah Not A Dap Tool Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 171 hits
The Amanah president says winning over the Malay vote is the party s biggest challenge Amanah president Mohamad Sabu said his biggest challenge is winning votes from the Malay community while trying to change the perception that Amanah is a...
Internal Discord In Amanah Over Mat Sabu S Continued Leadership

Internal Discord In Amanah Over Mat Sabu S Continued Leadership

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 251 hits
A key figure within Amanah has acknowledged the existence of a faction within the party actively working to replace the current President Datuk Seri Mohamad Sabu with Vice President Datuk Seri Dr Mujahid Yusof in the upcoming party election...
Mat Sabu Relaxed On Prospect Of Being Challenged

Mat Sabu Relaxed On Prospect Of Being Challenged

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 172 hits
INTERVIEW Two term Amanah president Mohamad Sabu has welcomed potential challengers in the upcoming party polls In an interview with Malaysiakini Mohamad said the choice of the next president was up to the wisdom of the 27 member leadership...
Muhyiddin Yassin Lebih Suka Azmin Ali Sebagai Presiden Berbanding Hamzah

Muhyiddin Yassin Lebih Suka Azmin Ali Sebagai Presiden Berbanding Hamzah

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 234 hits
SELEPAS sahaja pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Parti Bersatu baru baru ini maka ramailah panglima panglima dari parti bunga ini sudah menyusun atur strategi untuk merebut jawatan Presiden part...
Hamzah Baru Nak Berangan Jadi Presiden Mahiaddin Dah Buat Pusingan U

Hamzah Baru Nak Berangan Jadi Presiden Mahiaddin Dah Buat Pusingan U

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 186 hits
HarapanDaily comRata rata warganet berseloroh dengan tindakan Tan Sri Mahiaddin Yassin membuat pusingan U berhubung pengumumannya akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Presiden Bersatu bagi satu penggal lagi Ada yang mengaitkan ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas