Mat Hasan Dr M Beritahu Saya Dia Sayang Umno
Haspaizi Zain          
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mendakwa Dr Mahathir Mohamad  mengakui masih sayangkan Umno dan tidak akan sesekali membubarkan parti  itu.
Mohamad yang kini menjalankan tugas presiden Umno berkata,  perkara itu diakui perdana menteri dalam satu pertemuan yang mencetuskan  kontroversi, pada Oktober tahun lalu.
Beliau bagaimanapun berkata Mahathir cuba “memesongkan fakta” dengan mendakwa Mohamad mahu menyertai Bersatu.
"Saya cakap Tun jangan bubarkan (haram) Umno, ini parti orang Melayu, tak baik untuk dia juga (jika haramkan Umno).
"Dia (Mahathir) kata 'siapa nak haramkan Umno, Mat Hasan, saya lagi sayangkan Umno, saya lebih 22 tahun jadi presiden Umno'.
"Cuma  dia kata Umno sekarang sudah tidak elok dirosakkan Najib (Razak) dan  pemimpin Umno lain," kata Mohamad ketika berucap di kampung Sesapan Batu  Rembau, Beranang, Semenyih malam tadi.
Mahathir  dan Hasan ketika pelancaran Pelan Antirasuah Nasional di Putrajaya  sebelum ini. Turut berada dalam gambar Timbalan Perdana Menteri Wan  Azizah Ismail.
Sebelum ini tular  foto membabitkan Mohamad dan beberapa pemimpin Umno termasuk Noh Omar,  Tengku Adnan Tengku Mansor, Shahidan Kassim mengadakan pertemuan dengan  Mahathir.
Ia mengundang kontroversi apabila pertemuan itu  dikaitkan dengan khabar angin kononnya bekas menteri besar Negeri  Sembilan itu mahu meninggalkan Umno.
Mohamad pada 13 Disember lalu  menafikan pertemuan beliau ada kaitan dengan tindakan mereka untuk  keluar parti atau memohon ‘talian hayat’ seperti yang tular di laman  sosial
Sebaliknya, kata Mohamad, ia adalah pertemuan bagi  membincangkan saranan Mahathir yang sebelum itu mahukan Presiden Umno,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membubarkan parti berkenaan.
“Memang  betul saya dan beberapa pemimpin Umno ada bertemu dengan Tun selepas  beliau pulang dari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (UNGA) ke-73 di New York," kata Mohamad.
Mengulas lanjut mengenai  pertemuan itu di hadapan penyokong BN malam tadi, Mohamad berkata  Mahathir cuba memutarbelitkan cerita apabila mendakwa beliau mahu  menyertai Bersatu.
Begitu juga dengan kenyataan terbaru pengerusi  Bersatu itu yang mendakwa PAS tidak akan menyokong Umno pada pilihan  raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
"Saya tanya  Takiyuddin (Hassan) dia kata tak ada tok (Datuk) kami pergi, kami  bincang pasal royalti, kami bincang pasal di Kelantan kerajaan melantik  Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg)  Kelantan. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/mat-hasan-dr-m-beritahu-saya-dia-sayang.html