Maszlee Yang Susah


Timmy Say, FMTKetika isu kuota 90% untuk kemasukan pelajar Bumiputera ke matrikulasi menjadi isu sensasi bulan lalu, Kementerian Pendidikan membawa isu itu ke Kabinet untuk dibuat keputusan
Keputusannya mudah – bilangan kemasukan pelajar ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan ditambah daripada 25,000 tempat kepada 40,000 tempat, tetapi kuota 90% untuk pelajar Bumiputera kekal. Keputusan ini diumumkan Menteri Pendidikan Maszlee Malik pada 24 April lalu
Jawapan Maszlee ketika itu dilihat sangat cermat. Ia menzahirkan keinginan kerajaan untuk menjaga hati pihak bukan Melayu yang menggesa dasar matrikulasi dikaji semula atau membuka lebih banyak tempat dalam program matrikulasi kerajaan kepada pelajar bukan Bumiputera
Pada waktu yang sama, kerajaan Pakatan Harapan juga ingin menjaga hati orang Melayu yang merasakan kerajaan PH tidak menjaga mereka
Di dalam hujahnya, Maszlee berkata keputusan mengekalkan kuota “selaras visi asal program matrikulasi” iaitu menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains
“Keputusan ini juga dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan program matrikulasi kementerian dapat memberikan peluang pendidikan kepada semua kaum,” katanya
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyokong penuh keputusan Kabinet tersebut. Katanya, kerajaan PH buat masa ini perlu mengurangkan kebimbangan orang Melayu
“Kita tidak mahu mereka rasa kita ambil tempat orang Melayu. Ini khasnya untuk fakulti di mana penyertaan Melayu amat rendah,” katanya
Sepatutnya isu matrikulasi itu mati dengan keputusan Kabinet pada 24 April lalu. Disebabkan ia keputusan Kabinet, ini bermakna DAP juga bersetuju dengan keputusan tersebut
Gelanggang perdebatan matrikulasi dibuka semula pada 6 Mei lalu apabila Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata program pra-universiti itu dibuat bagi memudahkan pelajar Melayu memasuki universiti yang disifatkannya pintu belakang
“Kita adakan kelas matrikulasi kerana kita dapati pelajar Melayu tidak mahu ambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), jadi tidak boleh masuk universiti
“Jadi kita adakan pintu belakang kepada mereka. Ia memang berperanan sebagai pintu belakang untuk pelajar Melayu.”Istilah “pintu belakang” yang digunakan Mahathir sememangnya berbaur kurang enak yang boleh menyinggung perasaan
Kenyataan Mahathir kemudiannya disusuli kenyataan Daim Zainuddin yang jauh lebih pedas 6 hari kemudian
Beliau berkata program matrikulasi sudah tidak relevan kerana tujuan asal bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah ditangani. Beliau melahirkan kebimbangan pembangkang akan mengambil kesempatan ke atas isu ini sekiranya matrikulasi dibatalkan
“Waktu ia dimulakan dulu ada alasan baik untuk betulkan ketidakseimbangan (kaum). Sekarang sudah tidak relevan, boleh dihapuskan. Tetapi kalau (kerajaan) hapuskan sekarang, pembangkang akan terus jadikan isu.”Kenyataan Mahathir dan Daim sudah tentu diraikan pihak yang menggesa kuota matrikulasi dimansuhkan atau dikaji semula, manakala pihak yang menyokong kuota matrikulasi dikekalkan pula akan menjadi defensif
Insan yang paling terkesan di dalam permainan Mahathir dan Daim ini ialah Maszlee sendiri
Sehari selepas Daim membuat kenyataan, Maszlee di satu forum ditanya soalan mengenai pendirian kerajaan mengekalkan kuota mengikut kaum dalam sistem matrikulasi
Maszlee tidak bermain dengan sentimen yang dimainkan Mahathir dan Daim. Beliau mengulangi pendirian kerajaan dalam mempertahankan kuota program matrikulasi yang memberi kelebihan kepada pelajar Bumiputera
Sekiranya perkara itu perlu diubah, Maszlee berkata Malaysia baru juga perlu memastikan peluang pekerjaan kepada Bumiputera tidak dinafikan
Beliau memberikan contoh (ada yang menyifatkan beliau membuat dakwaan secara membuta tuli) pasaran kerja mendiskriminasi mereka yang tidak tahu berbahasa Mandarin dan bertudung
“Kalau kita boleh hapuskan itu semua (diskriminasi), jikalau kita boleh beri peluang yang saksama pada pekerjaan, pada peluang perniagaan, pada waktu itu kita boleh bicarakan tentang bersikap adil dalam semua perkara,” katanya dalam forum di Universiti Sains Malaysia
Dengan sentimen anti-matrikulasi yang dimainkan Mahathir dan Daim, sudah tentu ramai terutamanya pejuang menghapuskan kuota matrikulasi melihat kenyataan Maszlee sebagai melawan bos
Apabila Maszlee mengaitkan bahasa Mandarin, datanglah tsunami mereka yang tersinggung kerana mengaitkan bahasa ibunda mereka yang mahukan Maszlee dipecat serta-merta dan digantikan dengan Mahathir yang sudi mencela sistem matrikulasi berbanding Maszlee yang mempertahankan sistem matrikulasi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa juga menyatakan sokongan penuh kepada kenyataan Maszlee itu kerana ia selaras keputusan Kabinet
Persoalannya ialah apakah isu diskriminasi peluang pekerjaan kerana tidak tahu berbahasa Mandarin dan tidak bertudung yang dibangkitkan Maszlee dalam forum turut dibangkitkan di dalam mesyuarat Kabinet pada 24 April lalu, dan menjadi salah satu asas kepada keputusan kerajaan untuk mengekalkan kuota matrikulasi
Isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), penghapusan kuota matrikulasi serta mempunyai seorang timbalan yang dipersepsikan tidak selari dengannya, “Maszlee is set up to fail as minister from the start”
Ketiga-tiga isu ini akan menjadi duri di dalam PH, jika gagal ditangani dengan baik akan menjadi seperti hukum jenayah syariah dalam Pakatan Rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/sYdrkTipn8k/maszlee-yang-susah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Education Minister Maszlee No Different From Umno Politicians Claims Penang Dcm

Education Minister Maszlee No Different From Umno Politicians Claims Penang Dcm

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 400 hits
P Ramasamy today described fellow Pakatan Harapan colleague Maszlee Malik as no different from Barisan Nasional politicians after the education minister s remarks about the matriculation quota and alleged private sector biases against Bumip...
What About Racial Imbalance In Civil Service Dap Man Asks Maszlee

What About Racial Imbalance In Civil Service Dap Man Asks Maszlee

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 285 hits
DAP s P Ramasamy today criticised Education Minister Maszlee Malik for linking the quota system in the government s matriculation programme with trends in the employment market saying the minister appears entrapped along racial lines Callin...
Mp Baffled By Maszlee Linking Matriculation To Mandarin Requirement

Mp Baffled By Maszlee Linking Matriculation To Mandarin Requirement

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 277 hits
Bukit Bintang MP Fong Kui Lun has said he is baffled by Education Minister Maszlee Malik s statement linking the matriculation intake quota to the Chinese language requirement for some jobs He said abolishing the matriculation system and la...
Maszlee Statement On Travel Ban For Ptptn Defaulters A Misunderstanding

Maszlee Statement On Travel Ban For Ptptn Defaulters A Misunderstanding

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 264 hits
The statement by National Higher Education Fund Corporation chairman Wan Saiful Wan Jan to re introduce a travel ban for PTPTN loan defaulters was a misunderstanding says the Education Ministry Did he say that Education minister Dr Maszlee ...
Audit Skpmg2 Oleh Jemaah Nazir Diberhentikan Ringan Beban Guru Maszlee

Audit Skpmg2 Oleh Jemaah Nazir Diberhentikan Ringan Beban Guru Maszlee

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 341 hits
Pulau Pinang 16 Mei Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan beberapa lagi inisiatif untuk memastikan guru guru tidak lagi dibebani dengan tugasan pengkeranian serta menumpukan sepenuhnya dalam pembelajaran dan pengajaran di...
Teknologi Mesti Seiring Nilai Sifat Manusiawi Kata Maszlee

Teknologi Mesti Seiring Nilai Sifat Manusiawi Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 207 hits
Teknologi mesti seiring nilai sifat manusiawi kata Maszlee Dikemas kini 15 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 May 2019 6 4
Education Compassion Only Way To Steer Extremists Onto Right Path Says Maszlee

Education Compassion Only Way To Steer Extremists Onto Right Path Says Maszlee

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 324 hits
Education Minister Maszlee Malik addressing teachers in Penang says he is shocked over arrest of terrorists plotting to attack non Muslim places of worship GEORGE TOWN Education Minister Maszlee Malik today said the spread of extremist ideo...
Prosedur Operasi Standard Keselamatan Guru Telah Digubal Dan Disemak Maszlee

Prosedur Operasi Standard Keselamatan Guru Telah Digubal Dan Disemak Maszlee

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 700 hits
Pulau Pinang 16 Mei Bagi menjamin kebajikan guru Kementerian Pendidikan Malaysia telah selesai menyemak dan menggubal Prosedur Operasi Standard keselamatan guru dan antara inisiatif yang akan diambil termasuklah menyediakan perlindungan ins...
Itu Cadangan Khianat Bangsat Kata Adam Adli Dr Afif Tapi Dr Maszlee Kata Itu Bukan Cadangan Ptptn

Itu Cadangan Khianat Bangsat Kata Adam Adli Dr Afif Tapi Dr Maszlee Kata Itu Bukan Cadangan Ptptn

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 899 hits
Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim hari ini mengecam Pengerusi Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan susulan cadangan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman Wan S...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran