Maszlee Suruh Universiti Kutuk Tindakan Serang Pelajar Tapi


Oleh Athirah Huda Zalhe Menteri Pendidikan tak ulas kesalahan pelajar berhimpun secara haram


BANGI – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengingatkan pengurusan universiti di seluruh Malaysia supaya mengambil tindakan jelas mengutuk perbuatan mana-mana pihak yang menyerang pelajar mereka.
Dalam kenyataan rasmi di Facebook Kementerian Pendidikan hari ini, beliau bagaimanapun, tidak mengulas mengenai perbuatan pelajar yang bertindak membelakangkan undang-undang negara.
Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada kekecohan antara beberapa pelajar Universiti Malaya (UM) dengan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Dalam, Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak antara sekumpulan pelajar yang mendakwa daripada Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) diketuai pemimpinnya, Wong Yang Ke, dengan beberapa penyokong Najib ketika program santai bekas perdana menteri itu sedang berlangsung di Restoran Amjal, berhampiran UM.
Pelajar-pelajar terbabit berdiri di seberang jalan berhampiran tempat program dan memegang plakad yang antara lain tertera perkataan ‘Najib Tak Malu’ dan ‘Pulangkan Duit Rakyat’, selain karikatur menyindir Najib berwajah badut.
Susulan itu, penyokong Najib yang diketuai Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar dan seterusnya berlaku pergelutan.
Semakan Ismaweb.net mendapati persatuan pelajar itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), serta tidak memperoleh permit untuk mengadakan perhimpunan di lokasi berkenaan.
Lokman dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa, ‘budak’ yang melakukan provokasi petang Jumaat lalu adalah penyokong DAP.
“Sahabat-sahabat mahasiswa yang hadir tadi kenal sangat dengan puak DAP tadi, ini gambar-gambar beliau dengan Superman Hew, Maszlee dan pemimpin PH lain,” kata Lokman sambil memuat naik beberpa foto Yang Ke dengan pemimpin Pakatan Harapan.


Selepas kekecohan itu pula, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, 10 saksi turut dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh, selain disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Susulan itu, Naib Canselor UM, Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius mengenai kejadian membabitkan penuntut universiti itu.
“Diharapkan mereka yang terbabit dalam insiden ini sama ada penuntut mahupun penyokong kumpulan tertentu lebih matang dalam bertindak pada masa hadapan tanpa menggunakan kekerasan,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Maszlee juga tidak mengarahkan pihak universiti mengambil tindakan ke atas pelajar yang mengadakan demonstrasi haram, walaupun polis menyiasat mereka mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana berhimpun tanpa permit.
Beliau sebaliknya berkata, tidak wajar untuk pihak pengurusan universiti menunjukkan sikap tidak jelas dan mengambil jalan selamat, sedangkan mahasiswa mereka diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, Naib Canselor wajar mempamerkan sikap mengutuk tindakan tidak beradab sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa terbabit.
Beliau mengingatkan pihak pengurusan universiti untuk sentiasa mendukung pendirian dan kebebasan mahasiswa, selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang negara dan peraturan universiti.
“Ini terjadi beberapa hari yang lepas dan kejadian yang sama boleh berlaku di kampus-kampus lain jika semua mengambil sikap sambil lewa.
“Kita tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti,” katanya tanpa mengarahkan universiti memastikan pelajar tidak melakukan perbuatan menyalahi undang-undang negara seperti berhimpun tanpa permit polis.
Dalam kenyataan berasingan dalam Facebooknya sebelum ini, Maszlee berkata, universiti adalah medan intelektual terbuka, untuk berbincang, berdebat, berwacana dan berforum secara aman.
“Universiti bukan tempat untuk samseng, pelampau dan pengganas. Untuk anak mahasiswa, jangan malu. Ada beban tanggungjawab yang harus kita pikul untuk masyarakat. Kita harus terus ke depan melawan kebobrokan dan menyatakan kebenaran,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/maszlee-suruh-universiti-kutuk-tindakan_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Ajak Bersolidariti Kutuk Tindakan Teroris Serang Masjid Di New Zealand

Pemuda Umno Ajak Bersolidariti Kutuk Tindakan Teroris Serang Masjid Di New Zealand

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 394 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengajak orang ramai untuk bersama sama bersolidariti mengutuk tindakan kumpulan teroris yang menyerang umat Islam di masjid dalam kejadian di New Zealand hari ini Sama sama kita doa...
Syarikat Perabot Berdepan Tindakan Undang Undang Kerana Suruh Pelanggan Pm Tepi

Syarikat Perabot Berdepan Tindakan Undang Undang Kerana Suruh Pelanggan Pm Tepi

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 349 hits
SHAH ALAM Seorang pengarah syarikat perabot yang menjalankan perniagaan dengan menggunakan strategi pemasaran PM tepi tanpa mendedahkan maklumat lengkap produknya membawa padah apabila dia bakal berdepan dengan tindakan undang undang Ini be...
Malaysia Kenapa Polis Belum Tahan Penyokong Najib Serang Pelajar Soal Maria

Malaysia Kenapa Polis Belum Tahan Penyokong Najib Serang Pelajar Soal Maria

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 480 hits
Mengapa polis masih tidak menahan penyokong Najib Razak yang didakwa menyerang pelajar Universiti Malaya semalam soal Maria Chin Abdullah Bekas aktivis yang kini Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dilapor berkata kegagalan poli...
Lokman Adam Pertahan Tindakan Kasar Terhadap Pelajar Um

Lokman Adam Pertahan Tindakan Kasar Terhadap Pelajar Um

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 478 hits
Kenyataan Media LOKMAN NOOR Saya tidak akan merampas poster tersebut jika beliau mempamerkan gambar Lim Guan Eng dengan terowongnya kerana itu gambar pemimpin mereka Gambar fail KUALA LUMPUR Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam...
Ahy Harap Debat Cawapres Tak Saling Serang Tapi Tetap Mengkritisi

Ahy Harap Debat Cawapres Tak Saling Serang Tapi Tetap Mengkritisi

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 222 hits
Masukan yang akan ia berikan kepada Sandiaga salah satunya seperti jangan melakukan penyerangan terhadap Cawapres nomor urut 01 Ma ruf Amin Ia ingin agar Sandiaga tetap bersikap santun pada saat debat pilpres ketiga nanti
Walau Takut Tapi Tetap Beri Makan Anjing Kelaparan Tindakan Izzue Islam Dipuji

Walau Takut Tapi Tetap Beri Makan Anjing Kelaparan Tindakan Izzue Islam Dipuji

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 290 hits
Walau Takut Tapi Tetap Beri Makan Anjing Kelaparan Tindakan Izzue Islam Dipuji Dilihat menyuakan gayung berisi air dan sebekas makanan kucing Izzue Islam dan isteri memberi makan anjing yang sedang berehat di bawah kenderaan di depan rumah ...
Maszlee Kasari Siswa Universiti Bukan Tempat Pengganas

Maszlee Kasari Siswa Universiti Bukan Tempat Pengganas

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya ada unsur jenayah dalam kejadian pergelutan antara penyokong seorang tokoh politik dengan pelajar Universiti Malaya semalam Meluahkan rasa...
Pelajar Kutip Derma Sejak Dulu Asri Tanya Rahsia Pusat Tahfiz Terlepas Tindakan

Pelajar Kutip Derma Sejak Dulu Asri Tanya Rahsia Pusat Tahfiz Terlepas Tindakan

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 314 hits
Mohd Asri Zainul Abidin tertanya tanya rahsia kebanyakan pusat tahfiz yang mengeskplotasi pelajar mereka beroperasi sekian lama tanpa sebarang tindakan Simpati kepada anak anak yang masih remaja Tertanya kita apakah rahsia sehingga aktiviti...
Kalau Ada Rezeki Makanlah Kalau Tak Kos Hidup Tinggi Pelajar Universiti Dedah Terpaksa Makan Sehari Sekali

Kalau Ada Rezeki Makanlah Kalau Tak Kos Hidup Tinggi Pelajar Universiti Dedah Terpaksa Makan Sehari Sekali

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 263 hits
Zaman belajar boleh dikatakan sebagai fasa yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seseorang Segala detik pahit manis akan terngiang dalam ingatan apabila seseorang itu mula bekerja atau telah tamat belajar Namun tidak dinafikan kebanyaka...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama