Maszlee Pertahan Keputusan Kpm Tidak Benar Edar Komik Propaganda


PONTIAN: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan keputusan kementeriannya tidak membenarkan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ke mana-mana institusi pendidikan di seluruh negara selepas didakwa mengandungi unsur propaganda politik.

Dr Maszlee menegaskan tindakan itu adalah bersandarkan kepada undang-undang, malah keputusan berkenaan juga dibuat atas nasihat Kementerian Dalam Negeri (KDN).


“Negara kita memiliki undang-undang yang perlu dihormati dan dipatuhi. Ini merangkumi semua bahan bercetak, termasuk buku atau komik politik mahupun bahan propaganda yang jika mahu diedarkan, apatah lagi ke sekolah, ia perlu mengikut peraturan.

“Semua bahan bercetak tertakluk pada undang-undang percetakan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).

Kita bertindak atas landasan undang-undang. Dalam apa saja tindakan dibuat, kita perlu merujuk kepada KDN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Sekolah 2020 Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Tanjung Piai, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Harapan Pontian, Zulkifly Tasreep dan Pengetua SMK Teluk Kerang, Azizah Omar.

Semalam, seramai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah pengumuman Dr Maszlee yang melarang pengedaran komik berkenaan di sekolah.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ sudah memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Malah, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan KDN mendapati kandungan komik berkenaan mempunyai perkara tidak benar dan tindakan tegas wajar diambil.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan untuk pengedaran buku komik berkenaan kepada mana-mana institusi pendidikan termasuk sekolah.

Menurut kenyataan sama, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sudah diarah memastikan sekolah tidak menerima dan mengedarkan buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.

Komik itu diterbitkan pada April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/10/maszlee-pertahan-keputusan-kpm-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Edar Buku Komik Agenda Politik Di Sekolah Kpm Jelaskan Tak Pernah Beri Kebenaran Dan Kelulusan

Tular Edar Buku Komik Agenda Politik Di Sekolah Kpm Jelaskan Tak Pernah Beri Kebenaran Dan Kelulusan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 629 hits
Hari ini media sosial tentang isu komik yang didakwa diedarkan di sekolah sekolah di seluruh Malaysia Komik yang didakwa mempunyai agenda politik itu dilihat tidak sesuai untuk bacaan para pelajar dan menerima kritikan hebat dari netizen Ju...
Kpm Nafi Benar Edaran Buku Komik Di Sekolah

Kpm Nafi Benar Edaran Buku Komik Di Sekolah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 1012 hits
Kementerian Pendidikan berkata ia akan bekerjasama dengan KDN mengani aspek keselamatan membabitkan buku komik berkenaan PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk...
Isu Komik Maszlee Malik Tegaskan Kpm Tidak Pernah Berkompromi

Isu Komik Maszlee Malik Tegaskan Kpm Tidak Pernah Berkompromi

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 571 hits
Maszlee Malik Tegaskan KPM Tidak Pernah Berkompromi dengan mana mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan Sebagai Menteri Pendidikan sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut...
Komik Propaganda Dewan Muslimat Pas Selangor Wanita Umno Selangor Dan Ngo Membuat Laporan Polis

Komik Propaganda Dewan Muslimat Pas Selangor Wanita Umno Selangor Dan Ngo Membuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 705 hits
SHAH ALAM Penulis komik berunsur propaganda Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama cuba untuk menyeleweng fakta mengenai sejarah tanah Melayu untuk didoktrin kepada generasi Y dan Z di negara ini Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor ...
Penyebaran Komik Propaganda Kebetulan Yang Dirancang Dr Ahmad Zahid

Penyebaran Komik Propaganda Kebetulan Yang Dirancang Dr Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 723 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penyebaran buku komik propaganda yang mempromosikan idealogi komunis bukanlah sesuatu kebetulan sebaliknya ia adalah kebetulan yang dirancang Jelas beliau perkara ini pastinya telah dir...
Kdn Haramkan Komik Propaganda China

Kdn Haramkan Komik Propaganda China

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 546 hits
Kementerian Dalam Negeri hari ini mewartakan perintah larangan terhadap komik Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina penerbitan tersebut KDN dalam kenyataannya berkata penerbitan itu dike...
Terkini Kenyataan Tegas Menteri Pendidikan Mengenai Isu Komik Propaganda

Terkini Kenyataan Tegas Menteri Pendidikan Mengenai Isu Komik Propaganda

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 566 hits
Saban hari kita melihat tindakan segelintir individu yang menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia Rakyat menunggu kenyataan pemimpin kerajaan adakah mereka akan bersikap tegas dengan golongan yang dilihat menimbulkan konflik dalam masy...
Kandungan Komik Propaganda Tersebar

Kandungan Komik Propaganda Tersebar

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 738 hits
Anda nilai sendiri adakah kandungan komik begini sesuai untuk tatapan pelajar sekolah Adakah ini agenda untuk menyuntik Islamphobia dikalangan pelajar sekolah Untuk apa diselitkan agenda negara Komunis China Bayangkan jika anak anda membaca...
Komik Propaganda Politik Dulu Kini Dan Selamanya

Komik Propaganda Politik Dulu Kini Dan Selamanya

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1459 hits
1 Dulu zaman BN wujud komik propaganda BN dan ia diedarkan di merata rata tempat termasuk sekolah sehingga mendapat kecaman dari ramai orang termasuk pembangkang 2 Hari ini zaman PH muncul pula komik propaganda PH dan ia turut diedarkan di ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun