Masyarakat Peneroka Kecewa Mahu Program Ldb Yang Terhenti Separuh Jalan Diteruskan


 Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
FELDA Lurah Bilut yang diisytiharkan sebagai Lembah Digital Bilut perlu diteruskan semula agar memberi manfaat kepada generasi Felda.BENTONG: Program Lembah Digital Bilut (LDB) dalam transformasi Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut di sini yang terhenti separuh jalan perlu diteruskan semula agar memberi manfaat kepada lima generasi Felda pertama negara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Felda Lurah Bilut, Md. Zulkifle Md. Yusof berkata, warga Felda itu berharap LDB yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Februari 2018 diteruskan dalam meningkatkan ekonomi penduduk tanah rancangan tersebut.
MD. ZULKIFLE MD. YUSOFJelasnya, masyarakat Felda berkenaan berasa kecewa ke­rana program transformasi itu terhenti kerana kekurangan bajet sekali gus memberi kesan ekonomi dan sosial kepada tanah rancangan yang mula di­duduki pada 1959.
“Kami berharap LDB dapat diteruskan kerana ramai anak muda sudah pulang menyahut cabaran, malah 17 anak pene­roka yang dihantar menjalani kursus keusahawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menamatkan pengajian dan bersedia untuk program keusahawanan dirancang sebelum ini.
“Pada mulanya memang ramai pengunjung masuk tetapi semakin berkurang kerana kemudahan yang dirancang terhenti dan tiada pembangunan seterusnya bagi melengkapkan LDB,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurut Md. Zulkifle, antara kawasan utama yang masih belum dibangunkan seperti dalam perancangan ialah dataran niaga belia, kawasan riadah sungai dan pejabat Felda.
Beliau memberitahu, pejabat Felda yang kini dijadikan sebahagian Muzium Felda Lurah Bilut hanya menumpang di bangunan JKKK tanah rancangan berkenaan buat sementara waktu.
“Sebenarnya dari segi promosi dan sebahagian kemudahan lain seperti muzium dan juga talian Internet dan rumah rehat telah ada cuma perlu dilengkapi pembangunan lain seperti dirancang,” katanya.
ZULKIFLI AMLAKIDalam pada itu, generasi kedua Felda Lurah Bilut, Zulkifli Amlaki, 64, berkata, generasi baharu Felda berkenaan yang telah mencapai lima generasi mengharapkan pembangunan LDB dapat menggerakkan eko­nomi di Felda berkenaan.
Katanya, ketiadaan kawasan ruang niaga seperti yang dirancang dalam pembangunan LDB menyebabkan kesukaran gene­rasi baharu menjana pendapatan dalam perniagaan.
Sementara itu beliau berkata, sehingga kini Felda pertama negara yang seharusnya menjadi contoh kepada tanah rancangan lain itu masih belum mempu­nyai rumah generasi baharu.
Katanya, ini menyebabkan warga Felda berkenaan yang telah mencapai lima generasi kini menghadapi masalah rumah dan terpaksa menumpang di rumah generasi pertama atau menyewa. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/masyarakat-peneroka-kecewa-mahu-program.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eur Usd 20 November Laporan Cot Ecb Untuk Memperluas Program Pelonggaran Kuantitatif Pada Pertemuan Seterusnya

Eur Usd 20 November Laporan Cot Ecb Untuk Memperluas Program Pelonggaran Kuantitatif Pada Pertemuan Seterusnya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 201 hits
EUR USD 1H Pada 19 November pasangan EUR USD melakukan pembalikan yang memihak kepada mata wang Eropah dan memulakan proses pertumbuhan baru juga menyatukan di atas tahap pembetulan 23 6 Oleh itu walaupun keluar dari koridor tren kenaikan l...
5 Program Tv Yang Dihoskan Oleh Sherry Alhadad Pengacara Tv Popular Abpbh33

5 Program Tv Yang Dihoskan Oleh Sherry Alhadad Pengacara Tv Popular Abpbh33

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 350 hits
Program TV yang pernah dihoskan oleh Sherry Alhadad Pengacara TV Popular ABPBH33 Baru baru ini Sherry Alhadad telah memenangi dua Anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 dan salah satunya adalah Pengacara TV Popular credit pho...
5 Program Affiliate Percuma Malaysia

5 Program Affiliate Percuma Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 264 hits
Jika you ada mengikuti Instagram Live Kak Su tempoh hari bersama pengasas Muslimah Blogger you pasti tahu topik yang kami bincangkan ialah mengenai Email Marketing dan juga Affiliate Marketing Terimakasih Kak Su ucapkan kerana sudi bersama ...
Rapat Bersama Kpk Kemenpora Beberkan 5 Program Prioritas

Rapat Bersama Kpk Kemenpora Beberkan 5 Program Prioritas

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 142 hits
Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia terus menjalin kerjasama yang baik dengan Komisi Pemberantasan Korupsi dalam hal pencegahan korupsi
Simpan Emas Ikut Bajet Dengan Gold Accumulation Program

Simpan Emas Ikut Bajet Dengan Gold Accumulation Program

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 308 hits
Simpan emas ikut bajet Public Gold menyediakan satu platform yang lengkap kepada kita bagi memudahkan urusan simpanan dan pelaburan emas kita mempunyai pilihan mengikut bajet kita melalui 3 kaedah mudah 1 Gold Accumulation Program Beli emas...
Lelaki Maut Akibat Serangan Jantung Selepas Lalui Halangan Dalam Program Wipeout Tv

Lelaki Maut Akibat Serangan Jantung Selepas Lalui Halangan Dalam Program Wipeout Tv

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 414 hits
Syarikat produksi rancangan berkenaan turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa SEORANG peserta Wipeout TV meninggal dunia sewaktu melalui salah satu halangan dalam rakaman program berkenaan Menurut laporan TMZ peserta lelaki it...
Tidak Lagi Mengacara Lagu Cinta Kita 2 Peminat Mahu Diva Aa Terus Kendali Program Bersama Elly Mazlein

Tidak Lagi Mengacara Lagu Cinta Kita 2 Peminat Mahu Diva Aa Terus Kendali Program Bersama Elly Mazlein

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 261 hits
Pengacara sensasi masa kini Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah mengumumkan bahawa dia tidak akan lagi mengacara program Lagu Cinta Kita 2 untuk episod yang akan datang Pastinya ketiadaan Diva AA akan dirindui kerana keletah...
Permohonan Program I Sinar Kwsp Bermula Pada Pertengahan Bulan Disember 2020 Ini

Permohonan Program I Sinar Kwsp Bermula Pada Pertengahan Bulan Disember 2020 Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i Sinar bermula pertengahan Disember ini KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas perm...
Hiburan Da I Syed Dedah Bapa Tak Setuju Dirinya Sertai Program Da I

Hiburan Da I Syed Dedah Bapa Tak Setuju Dirinya Sertai Program Da I

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 350 hits
Pendakwah muda yang kini kian mendapat perhatian umum rentetan kontroversi panas yang melanda dirinya ketika ini m iaitu Da i Syed tampil mendedahkan hubungannya dengan bapa Syed Mohammad Shaiful sudah keruh sejak 2016 Katanya hubungan mere...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri