Masuk Keluar Parti Perkara Biasa



 Aktiviti atau tindakan masuk atau menjadi ahli parti sudah perkara biasa. Begitu juga jika keputusan untuk keluar atau meninggalkan parti. Masuk dan keluar parti itu hak individu.
 

Pun begitu, dalam kes ahli parti yang terikat dengan perjanjian dan aku janji, keluar parti boleh mendatangkan masalah besar. Bagi ahli yang berstatus ahli yang berhormat sama di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka terikat kepada undang-undang antilompat parti dan perjanjian dengan parti.
 

Dalam keadaan itu, jangan ambil mudah dalam soal hendak keluar parti. Nanti ada yang kena denda atau bayar ganti rugi sehingga RM100 juta. Banyak tu.
 

Sebenarnya, kalau sudah tidak suka, tinggalkan saja. Tidak perlu cerita perkara buruk tentang bekas parti pernah disertai. Kalau cerita yang buruk, maksudnya menceritakan buruk diri sendiri. Mengapa dulu terlalu sayangkan yang buruk itu?
 

Sudah banyak kali orang kecewa akan tinggalkan parti. Ada juga yang dibuang oleh parti. Mereka tubuh parti baru. Itu hak dan kebebasan dalam negara demokrasi.
 

Katalah apa yang ingin dikatakan. Parti baru itu bukan serpihan atau bukan kerana kecewa ia ditubuhkan. Itu pendapat dan keyakinan masing-masing. Asalkan jangan duduk buat fitnah dan ganggu orang lain. Itu hak dalam negara demokrasi untuk mengatakan baik tentang diri sendiri. 
Sama ada parti politik baru yang diwujudkan untuk mengisi kekosongan atau kepentingan peribadi, itu tidak penting. Tubuhlah sebanyak mana parti yang diingini. Kerajaan tidak sekat selagi ia memenuhi syarat yang ditetapkan.
 

Memang parti baru mempunyai visi yang berlainan. Jika sama dengan yang dulu, tentu sekali tidak akan wujud parti baru. 
 

Rakyat dan penyokong parti akan membuat penilaian. Rakyat tidak dikongkong atau dihalang daripada menyertai mana-mana parti. Rakyat sudah matang dan dapat membuat pilihan sendiri parti mana ingin disokong.
 

Namun, satu perkara diingatkan, jangan jual maruah bangsa, agama dan negara semata-mata untuk berkuasa. Perbautan itu adalah petualang dan musuh negara.
 

Buatlah apa saja yang difikirkan betul. Pada anda betul, tetapi pada pihak lain tidak betul. Itulah perbezaan pendapat. Beza pendapat jangan sampai wujud perpecahan hingga merugi agama bangsa.
 

Islam perlu kuat. Islam menyediakan cara hidup dan bernegara yang benar. Tetapi, jika kita hanya mementingkan diri dan kelompok, banyak perkara ditegah oleh agama dilakukan.
 

Islam suruh bersatu, tetapi mengapa perbalahan pula dilakukan. Islam menyuruh istiqamah, tetapi ramai yang mudah mengaku kalah dan kecewa.
 

Kalau gagal, jangan salahkan orang lain. Muhasabah diri dan fikirkan kembali untuk berjaya. Sekali kalah, bukan kalah selama-lamanya. Perjuangan yang benar perlu diteruskan. Jangan mudah kecewa dan merajuk.
Gambar sekadar hiasan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2024/08/gth.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 000 Ahli Keluar Parti Gimik Tiada Cawangan Bersatu Di Jeli Bubar

1 000 Ahli Keluar Parti Gimik Tiada Cawangan Bersatu Di Jeli Bubar

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 510 hits
freemalaysiatoday com08 Aug 2024Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor berkata hanya segelintir yang keluar parti bukannya lebih 1 000 ahli seperti didakwa Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor berkata Bahagian Jeli mempunyai 60 cawangan...
Saat Berbohong Dan Ingkar Janji Jadi Perkara Biasa Dalam Pilkada Hari Ini Kawan Besok Lawan

Saat Berbohong Dan Ingkar Janji Jadi Perkara Biasa Dalam Pilkada Hari Ini Kawan Besok Lawan

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 273 hits
Pengamat Politik Adi Prayitno mengunggah komentar terkait panas dingin hubungan PKS dan Anies yang tampak pecah kongsi di Pilgub Jakarta 2024
480 Ahli Keluar Parti Bersatu Nenggiri Didakwa Lumpuh

480 Ahli Keluar Parti Bersatu Nenggiri Didakwa Lumpuh

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 217 hits
Faiz ZainudinGUA MUSANG Seramai 480 ahli Bersatu di DUN Nenggiri hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno berkuatkuasa hari ini Penyertaan mereka diketuai bekas timbalan ketua Bersatu Gua Musang Che Ariffin Hussin yang disaksika...
Untuk Jadi Calon Bersatu Pemimpin Pemuda Pas Keluar Parti

Untuk Jadi Calon Bersatu Pemimpin Pemuda Pas Keluar Parti

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 533 hits
SITI NUR ZAWANITersebar satu surat pemberhentian sebagai ahli Pas dipercayai milik calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri Mohd Rizwadi Ismail Mohd Rizwadi 41 merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang Meneru...
Kerap Datang Sini Jennie Bp Dilihat Keluar Makan Bersama Jungkook Mingyu

Kerap Datang Sini Jennie Bp Dilihat Keluar Makan Bersama Jungkook Mingyu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 449 hits
Korang mesti tahu kan setiap idola K Pop ini memang tidak terlalu terbuka tentang kehidupan peribadi mereka Artikel Berkaitan Baru baru ini satu hantaran di laman Threads telah tular mendakwa bahawa Jennie BLACKPINK dilihat keluar makan ber...
Dap Tuntut Individu Gelar Parti Itu Sebagai Kafir Harbi Mohon Maaf

Dap Tuntut Individu Gelar Parti Itu Sebagai Kafir Harbi Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 342 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myKota Bharu DAP menuntut individu yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu adalah kafir harbi di Malaysia supaya memohon maaf Kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir