Masuk Ke Raudhah Dengan Tenang Ada Triknya Perlu Buat Wanita Ni Kongsikannya


Masuk Ke Raudhah Dengan Tenang Ada Triknya Perlu Buat. Wanita Ni Kongsikannya! Perkongsian ini begitu bermakna, apatah lagi andai kita ingin dapatkan gambaran dan cara yang pernah dilakukan oleh tetamu Allah sepanjang mengerjakan umrah di sana.
Dapatlah kita lakukannya bersama keluarga bila berpeluang mengerjakan umrah suatu hari nanti.
Ini perkongsiannya.
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Pengalaman berbeza
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke.
Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
Pilih waktu sesuai Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25.
Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya. Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia.
Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah. Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah.
Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan.
Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah.
Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu. Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau.
Lakukan ini
Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ. Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak.
Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ.
Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang. Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja.
Syukur Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal.
Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Sumber : Suhaili Mohd Zain
The post Masuk Ke Raudhah Dengan Tenang Ada Triknya Perlu Buat. Wanita Ni Kongsikannya! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/masuk-ke-raudhah-dengan-tenang-ada-triknya-perlu-buat-wanita-ni-kongsikannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Tip Masuk Ke Raudhah Buat Jemaah Wanita

20 Tip Masuk Ke Raudhah Buat Jemaah Wanita

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 605 hits
Menziarahi Rasulullah di bumi Madinah adalah salah satu impian yang ada pada setiap orang Islam Sementelah dalam beberapa hadith Nabi pernah mengatakan bahawa sesiapa yang menziarahi baginda selepas kewafatan baginda maka mereka seolah olah...
Tiba Tiba Masuk Ke Rumah Orang Pria Ini Coba Serang Dan Buka Baju Wanita

Tiba Tiba Masuk Ke Rumah Orang Pria Ini Coba Serang Dan Buka Baju Wanita

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 329 hits
Pria yang babak belur itu belum diketahui identitasnya Namun warga memang mengenalnya sebagai pengidap gangguan jiwa yang biasa berkeliaran di sana
Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 548 hits
Zaman sekarang ni macam macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku Bukan sekali tapi berkali kali Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergo da dengan cucu sendiri Bapa boleh ter kam anak yang lahir dari rahim...
Gempar Wanita Mengamuk Di Wakaf Che Yeh

Gempar Wanita Mengamuk Di Wakaf Che Yeh

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 1545 hits
ZULHANIFA SIDEK 16 Disember 2018 10 22 PM KOTA BHARU Seorang wanita yang dipercayai ditinggalkan kekasih bertindak mengamuk sebelum mencederakan beberapa orang awam
We Are Very Expensive Prof Dr Muhaya Kongsi Ciri Ciri Wanita Solehah

We Are Very Expensive Prof Dr Muhaya Kongsi Ciri Ciri Wanita Solehah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 777 hits
Wanita adalah ciptaan indah yang Allah SWT cipta Tidak banyak syarat syarat sebenarnya untuk menjadi wanita yang disayangi Allah Pertemuan bersama dengan penceramah wanita terkenal Profesor Dr Che Muhaya Mohamad untuk satu sesi fotografi di...
Maksud Tersirat Sebalik Ayat Seorang Wanita Rileks Media

Maksud Tersirat Sebalik Ayat Seorang Wanita Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 471 hits
Apabila sudah berumah tangga ramai pasangan mengalami masalah komunikasi disebabkan kerana salah faham Ini berlaku kerana biasanya lelaki tidak faham double meaning ayat yang digunakan oleh wanita Kadang kala perkara kecil boleh jadi gaduh ...
10 Pesohor Wanita Paling Banyak Dibicarakan Di Tahun 2018

10 Pesohor Wanita Paling Banyak Dibicarakan Di Tahun 2018

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 318 hits
10 Pesohor wanita paling banyak dibicarakan di tahun 2018 Dari Meghan Markle Putri Eugenie Brie Larson Jennie Kim Cardi B Constance Wu hingga Priyanka Chopra
Bagaimana Cara Paling Mudah Membuat Wanita Happy Dalam Hubungan Cinta Dan Rumahtangga

Bagaimana Cara Paling Mudah Membuat Wanita Happy Dalam Hubungan Cinta Dan Rumahtangga

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 470 hits
Hi semua Hari ni saya nak cerita ikit tentang membuat wanita happy atau gembira dalam perhubungan Orang perempuan ni susah untuk di duga Kita yang perempuan ni pun kadang kadang tak boleh faham dengan perempiuan yang lain Sebab tu kerap la ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba