Master S Journey Tamat Sudah Perjalanan Ke Bangi
assalamualaikum 😃
salam sejahtera
izzat dah pun tidur
kak Syuhada pun da tidur. esok start ujian UPSR kali ke-4 utk thn ni. paper BM
dah kepenatan dah menghafal contoh-contoh karangan
terasa nak update blog sebelum masuk tidur mlm ni 😀. sebab hari ni termasuk dlm lipatan sejarah hidup saya
hari terakhir selaku seorang pelajar 😎
seawal 6 pagi hari ni, selesai solat subuh, saya da gerak ke UKM, Bangi
exam jam 9 pagi
amik kira perjalanan dari Melaka - Bangi melalui highway PLUS, yg tak disangka-sangka trafiknya, wajiblah bergegas keluar rumah. jam 7.30 pagi dah tiba di UNIKEB, sarapan sepinggan nasi lemak dan segelas nescafe o suam
nescafe o tak abis pun, manissssss 😖 hu hu hu hu..
jam 8.15 pagi, lepak di salah satu meja dlm library. on laptop, santai-santai ulangkaji
aman damai dlm library pagi ni
sebab exam kami ni sebenarnya antara paper-paper yg terakhir
mostly da settle dah exam, undergrad and postgrad. dah start cuti semester
if not, walaupun masih awal pagi, da mcm semut mengerumuni gula, library akan busy dan bunyi tapak kasut ketak ketuk ketak ketuk akan berterusan bersambung-sambungan 😃, student masuk ke dlm library
selesai sudah proses pengajian saya di UKM, Bangi
selesai sudah melalui pahit getir bagi memastikan LL.M (Master of Laws) dpt ku genggam
tak mudah
tak begitu sukar
belajar di usia hampir-hampir 'emas' kan 😄😄😄, so not so easy lah
contohnya, exam pagi ni - International Economy Law
baca. baca. baca. faham. hafal
buka jer kertas soalan. ada 4 soalan, wajib jawab 2 membawa kpd 40 markah
20 minit yg pertama - berfikir. sedaya upaya memuntahkan semula apa yg ada di otak
diconteng-conteng di atas kertas soalan beberapa points yg penting bagi setiap soalan
nak menjurus kpd hanya 2 soalan yg wajib dijawab
😖😖😖
peritnya ketika itu.sedia maklum bahawa gaya cerita LL.M ni tak semudah perjalanan LL.B (Bachelor of Laws) dulu kala
bukan sekadar menjawab - definition, principle, concept.... number 1, number 2,..
a big no lah..
soalannya general. sendiri fikir topic apa yg berkaitan. selit dgn isu semasa sedunia
World Trade Organization (WTO).Trump.IMF.China - US war.Brexit.Trade liberalization.MFN. National treatment.Tariff.
a bundle of notes. tapi WTO je ni. satu topik jer...
topik lain simpan dulu 😄😄😄.
punya la besar dan byk nak dijawab di atas kertas
menggigil jari jemari ni nak menulis
diberikan pula hanya 2 jam 15 minit 😖😖 tak sempat!!
demi nak mencapai standard LL.M dan tahap pemikiran lecturer, byk nak citer dlm masa 2 jam 15 minit tu
apakan daya, masa amat mencemburui kita kan time exam
sempat la jugak menghabiskan ayat terakhir di saat-saat terakhir 😄😄😄
bukan hari ni jer gitu sebenarnya
setiap kali exam 😃😃😃 ada 8 paper jumlah kesemuanya subjek yg saya amik selamat 4 semester ni
nampak sikit kan
8 subjek jer??
hmmmmm sib baik 8 subjek jer tau. kalau lebih, kena extend lagi 1 - 2 semester lah jawapannya hi hi hi hi hi..
tapi, apa yg membuatkan kesukaran, keperitan, kesusahan semua tu berbaloi???kotak ilmu pengetahuan saya membesar berkali-kali ganda dari dulu
byk sudut ilmu yg telah membina kotak ilmu pengetahuan menjadi semakin besar dan luas
yes lah
abis je LL.B dulu kala (2002), terus bekerja
selepas 13 thn baru sambung LL.M
bila bekerja, kita akan hanya tertumpu kpd apa tugasan kita secara spesifik
perundangan yg hanya dikelilingi kita, berkaitan dgn kerja
attending classes di usia 40-an ni. pengalaman kerja lebih dari 16 thn
gitu gini gitu gini... sgt la beri pendedahan yg luas bagi meneruskan perkhidmatan yg berbaki lagi 19 thn
😌😌😌amat bersyukur dgn kurniaan ni
kesempatan yg Allah beri
peluang keemasan
kpd adik-adik (yg lebih muda dari saya lah) hi hi hi hi..
ada kesempatan, ada ruang, ada peluang... sambung belajar lah
tak mudah
atas kita
kita yg buat ia jadi mudah, in shaa Allah
😉 👋👋
saya nak tempek gambar kenangan 👇👇👇 sebagai penutup entri mlm ni
tempat jatuh lagi kan dikenang, kan..
nak masuk bangi, ada tol pulak lah hu hu hu hu...
pagi ni, kebetulan pertama di barisan, di kala lampu trafik sedang merah.
sedang elok lah amik gambar ni 😀. gonna miss u, Bangi...
lampu trafik nak masuk UKM.
hmmmmmm baru nak snap gambar ada masjid, lampu trafik tukar ijau la plak.
tu aje lah gambar yg nak sgt saya simpan dlm blog ni
laluan wajib tiap kali nak gi kelas
mengejar masa. kekadang trafik jem, da lambat gi kelas
tapi most of the time, mengejar masa nak ke tandas!!
driving dari Melaka, perjalanan more than 1 jam, kekadang nak terkucil 😅
👌👌👌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/06/masters-journey-tamat-sudah-perjalanan.html