Master Pasto Spaghetti Ready To Eat Halal Buatan Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kenyang sangat hari ni dapat makan spaghetti segera. Kalau nak masak sendiri memang tidak lah sebab kesibukan kerja dan juga tiada masa nak sediakan semua bahan- bahan. Tapi sejak Maha dah jumpa dengan Master Pasto Ready-To-Eat ni memang sangat mudah untuk nikmati spaghetti yang Halal.
Ia adalah produk makanan buatan Malaysia dari Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang. Jadi sebab tu Maha sangat yakin nak makan spaghetti ni. Maha suka makan walaupun banyak kali kerana ia adalah produk sihat tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG. Tapi masih dapat rasa kesedapan spaghetti dan kuahnya.
Hari tu Maha masa kat office tak sempat nak keluar makan sebab banyak sangat kerja sampai lupa nak makan. Jadi Master Pasto ni lah menjadi peneman waktu lapar Maha. Mudah jer nak sediakan pasta ni kalau ada kat pejabat atau kat rumah. Cara nak menyediakannya pun hanya semudah 1,2,3
Cara menyediakan Master Pasto:-
1) Didihkan air panas dalam periuk atau boleh guna cerek elektrik.2) Kemudian rendamkan pek spaghetti dan pek sos didalam air panas tadi selama 3 minit.3) Keluakan pek tadi dari air panas dan buka serta tuang spaghetti dan sos dalam pinggan siap untuk dimakan.
Senangkan dan jimat masa tak perlu nak pening-pening cari makan kat luar. Produk paling murah dan mudah untuk disediakan bagi Maha. Bestnya pulak ada macam-macam rasa spaghettinya tu korang boleh pilih nak Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Aglio Olio with Chicken dan juga Spaghetti Mushroom Cream Sauce.
Antar tiga ni kalau korang tanya Maha yang mana paling sedap semuanya sedap tapi paling Maha suka makan banyak kali pun tak apa yang ada kuah bolognese tu. Dapat rasa kuah sos tomato dan juga ketulan daging ayam. Satu kotak ni cukup sangat untuk satu hidangan makan kalau Maha seorang makan lah.
Nak beli produk Master Pasto ni korang boleh order online sahaja kat laman web mereka atau kat sosial media yang Maha share kat bawah ni. Harga hanya satu kotak lebih kurang RM7.90 sahaja tapi kalau nak lagi murah korang beli bundle banyak boleh simpan tahan lama produk ni. Tambahan kalau nak pergi travel luar negara produk macam ni lagi senang bawa dan makan kat sana tak perlu nak bimbang cari makanan Halal
Maha suka produk ni sebab tu kat rumah dan pejabat ada simpan stock. Kalau rasa malas nak masak dan nak cepat sediakan sahaja Master Pasto mesti kenyang punya. Nak sedap lagi korang boleh jer tambah macam telur goreng ker atau taburkan cheese kat atas tu mesti lagi sedap dan lazat sehingga menjilat pinggan wakakaka. Nanti korang cuba ok.
Nak membeli layari :-Laman web: https://www.masterpasto.comInstagram: https://www.instagram.com/masterpastoFacebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/04/master-pasto-ready-to-eat-spaghetti-terbaik-halal-buatan-malaysia.html