Masjid Sri Sendayan Di Bandar Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Masjid Sri Sendayan terletak dalam Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan. Kalau pakai google maps SEARCH: Masjid Sri Sendayan. Tapi check betul-betul. Ada 2 Masjid Sri Sendayan. Satu akan bawa anda masuk dalam taman. Salah tau.
Masjid Sri Sendayan betul-betul tepi jalan on the way nak ke KLIA dari Seremban. Dari jauh dah nampak binaan masjid yang teguh megah berdiri.
Bila nampak Masjid Sri Sendayan ini terus teringat dua tempat yang saya pernah sampai sebelum ini; Taj Mahal di India dan Masjid Nabawi di Arab Saudi. Masjid Sri Sendayan berkeluasan 4.5 hektar dan boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah. Mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama, dewan solat kedua dan dewan solat wanita.
Masjid Sri Sendayan mula dibina sejak tahun 2015. Lebih istimewa masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Masya-Allah bestnya jadi orang yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Boleh bina masjid untuk pembangunan dan kegunaan ummah! Moga kita tergolong dalam golongan yang kaya dan berjaya dunia akhirat jua. Aamiin Yaa Mujibas Saailiin.
Kubah Utama Masjid Sri Sendayan di Bandar Sendayan Negeri Sembilan
Ruang solat lelaki
Dewan solat utama yang boleh memuatkan 3,000 jemaah
Ruang solat wanita di atas atas boleh menempatkan 800 jemaah
Kubah di ruang solat kedua yang boleh menampung 800 jemaah
'Pintu-pintu masjid menggunakan ukiran kayu yang cantik. Ukiran kayu dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar yang merupakan hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Hari pertama Masjid Sri Sendayan dibuka untuk solat Jumaat, lebih 5,000 jemaah hadir' - Berita Harian
Anda semua kena datang menyaksikan keindahan senibina Masjid Sri Sendayan ini. Jangan tak tahu kosnya dari 50 juta menjadi 100 juta ringgit demi memastikan masjid ini dibina dengan terbaik.
Arkitek Masjid Sri Sendayan Tuan Zailan Yusop dari eLANZ Design Sdn Bhd. Ini merupakan projek paling istimewa sepanjang 30 tahun beliau bergelar arkitek. Memang cantik sangat design masjid ni. HEBAT.
Satu untuk kenangan =)
TIPS:
1. Baca Doa Masuk Masjid
اَللّهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”.
2. Mendahulukan dengan langkah kanan
3. Solat Sunat 2 Rakaat
4. Sebelum pulang, sedekah seikhlas hati dalam tabung masjid =)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2019/10/masjid-sri-sendayan-di-bandar-sri-sendayan.html