Masjid Long Tan Lojing Highlands Masjid Dengan Kemudahan Tapak Perkhemahan



Masjid Long Tan - sebuah masjid di Lojing yang terletak tidak begitu jauh dari sempadan negeri Pahang dan Kelantan. Kalau kita datang dari arah Simpang Pulai atau Cameron Highlands (CH), masjid ni terletak di sebelah kiri jalan

Semasa dalam perjalanan dari CH ke Gua Musang tempohari, saya dan encik suami berkesempatan singgah di masjid ini buat kali pertama. Lega rasa dapat singgah di sini setelah menempuh kesesakan jalan berjam lamanya. Dapatlah kami berehat seketika dengan menunaikan solat di Masjid Long Tan. Tak boleh berlama pun sebab masa ni dah pun melepasi pukul 4 petang, kami perlu segera sampai ke Gua Musang sebelum hari gelap


KISAH DI SEBALIK NAMA MASJID LONG TANLong Tan merupakan putera Long Yunus, Yang Di-Pertuan Negeri Kelantan (1765 -1795). Nama lengkap baginda ialah Long Tan bin Long Yunus bin Long Sulaiman. Sewaktu Sultan Muhammad 1 memerintah Kelantan, baginda telah membahagikan kawasan pemerintahan dengan menyerahkan kawasan Galas, Ulu Kelantan kepada Long Tan dan melantiknya sebagai raja pemerintah di situ

Memandangkan pusat pemerintahan Long Tan di Galas terletak dalam jajahan Gua Musang, maka nama baginda diabadikan di masjid ini sebagai tanda ingatan. Dengan pengabdian nama Masjid Long Tan, ini akan mengembalikan ingatan sejarah salasilah raja-raja pemerintahan di Kelantan terutamanya di Gua Musang. (Info ini saya tuliskan secara ringkas berdasarkan papan info yang ada di Masjid Long Tan)
Masjid Long Tan - pandangan dari bahagian sisi masjid. Di belakang bangunan masjid ini ada deretan beberapa buah rumah - tentunya rumah pegawai dan kakitangan masjid. Dan jika ke belakang atas lagi (laluan mendaki), di situlah terletaknya tapak perkhemahan

Ruang dalam masjid dari sudut pandang ruang solat muslimah. Bersih, kemas, cantik dan memberi ketenangan

Masjid Long Tan berada di tanah tinggi yang menawarkan pemandangan indah disekitarnya. Petang begini pun masih berkabus, boleh bayangkanlah suasana pagi di sini macam mana sejuknya dan penuh kabus

Satu lagi keunikan Masjid Long Tan - adanya kemudahan tapak perkhemahan. Di kawasan atas itulah letaknya tapak perkhemahan. Selalunya saya cuma melihat gambar yang dikongsikan di grup Facebook Family Camping Malaysia, kali ini saya dapat melihat sendiri rupa tempat ini. Waktu petang begini pun terasa sejuk nyaman, entah bagaimana sejuk bekunya kalau bermalam di sini. Kalau malam nak ke tandas terasa agak jauh jugak (bangunan sebelah kanan dalam gambar). Bagusnya pengurusan di sini, kemudahan tandas untuk tapak perkhemahan adalah berasingan dari tandas kegunaan pengunjung masjid

Mural di dinding bangunan tandas untuk tapak perkhemahan - tertera nama-nama gunung dan ketinggiannya. Banyak rupanya gunung-gunung pendakian di sekitar sini. Patutlah di sini jadi tempat berkumpul untuk para pendaki. Saya terbaca hantaran di Facebook berkenaan isu banyaknya sampah yang ditinggalkan begitu saja oleh para pendaki (kasut rosak, hiking stick patah dll.) dan kawasan parkir yang dipenuhi oleh kenderaan para pendaki sehingga menimbulkan masalah untuk jemaah solat Jumaat meletakkan kenderaan mereka. Harapnya pihak pengurusan aktiviti mendaki atau ketua pendakian dapatlah bertindak sewajarnya supaya tiada masalah berulang

Di sekitar masjid juga disediakan deretan gazebo. Ramailah yang makan-makan atau duduk berehat bersama keluarga di gazebo. Pendek kata, semua kemudahan untuk para musafir tersedia di sini. Sambil melepas lelah, dapat pula menikmati pemandangan indah di tanah tinggi dan juga tanaman hiasan di sekitar masjid yang nampaknya dijaga rapi. Tapi tak bolehlah gantung hammock atau berkhemah di gazebo ni tau, ada notis larangan sebab rupanya dah ada yang buat begitu. Macam-macam hal kan

Satu kekurangan di sini, tandasnya tak diselenggara dengan baik - antaranya, pam tandas rosak. Masuk je tandas perempuan, semerbak bau yang tak menyenangkan. Kalau tak boleh guna pam, memang kebarangkalian tandas berbau adalah tinggi

Eh, dah macam review masjid pulak ya. Bukanlah begitu, saya sekadar berkongsi cerita. Apa pun, semua kemudahan awam haruslah saling mengambil tanggungjawab untuk menjaga - pihak penyedia dan pihak pengguna. Sangat bersyukur dengan adanya Masjid Long Tan ni kerana ia satu-satunya masjid yang ada di laluan CH - Gua Musang






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/06/masjid-long-tan-lojing-highlands-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendedahan Terbaru Rpk Gopal Sri Ram Juga Harus Di Dakwa Seperti Tan Sri Shafie Dan Hasfarizam

Pendedahan Terbaru Rpk Gopal Sri Ram Juga Harus Di Dakwa Seperti Tan Sri Shafie Dan Hasfarizam

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 271 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Dalam keghairahan untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak pihak kerajaan Pakatan Harapan di ketuai Tun Mahathir telah menyeret peguam DSNR Tan Sri Shafie untuk menjawap berkenaan fees guaman nya Tujuan nya ada lah untuk ...
Husam Musa Kirim Salam Kepada Pengarah Perhutanan Kelantan Minta Jenguk Kawasan Matau Lojing

Husam Musa Kirim Salam Kepada Pengarah Perhutanan Kelantan Minta Jenguk Kawasan Matau Lojing

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 200 hits
KELIHATAN BALAK DARI LEBUHRAYA GUA MUSANG LOJINGLEBAI JAWABSalam Dari Matau Balak Lojing Untuk Pengarah Hutan Kelantan Salam dari beberapa matau balak di Jajahan Kecil Lojing Buat Tuan Pengarah Hutan Kelantan Khususnya dari matau Syarikat R...
Bersiar Siar Di Genting Highlands Dan Bukit Tinggi Pahang

Bersiar Siar Di Genting Highlands Dan Bukit Tinggi Pahang

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 306 hits
assalamualaikum buat pembaca kanvasdakwat sebenarnya entri ni zaman cuti agong haritu mood menulis baru nak datang haha kelaut gila dengan blogging ni kenapa lah entah ni pun buat sikit sikit taip sikit sikit sampai lah publish pishanggg wo...
Ma Jelaskan Pertimbangan Tetap Putus Bebas Samin Tan Di Tingkat Kasasi

Ma Jelaskan Pertimbangan Tetap Putus Bebas Samin Tan Di Tingkat Kasasi

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 216 hits
Terkait dengan perkara ini Eni Maulani Saragih divonis 6 tahun penjara dengan pasal penerimaan gratifikasi yang salah satunya berasal dari Samin Tan
Lirik Narsis Elizabeth Tan Feat Zynakal

Lirik Narsis Elizabeth Tan Feat Zynakal

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 340 hits
verse 1 semua yang salahbukan lah salah andatiada dusta yang cela nama anda pre chorus balik belakang lain bicarasekarang cerita kau la la la lasiang bagai hari terang bagai bulanbuka mulut je ala la la la san chorus so everything s about y...
Rafael Tan Ungkap Batal Menikah Dengan Sabina Paz

Rafael Tan Ungkap Batal Menikah Dengan Sabina Paz

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 140 hits
Rafael Tan ungkap batal menikah dengan tunangannya Sabina Paz usai bertunangan pada awal tahun 2022 lalu
Ladang Teh Dan Pendakian Ke Menara Pandang Di Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands

Ladang Teh Dan Pendakian Ke Menara Pandang Di Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 208 hits
Assalammualaikum Dunia Weiii biar betui kat sini ada Ladang Teh Haaa betui tue Siap ada tempat proses teh sekali Muzium Teh tau Ladang teh Agro teknologi MARDI Cameron Highlands Panas kan Tapi udara nyer fresh Ni masa nak turun Heheheee See...
Taman Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands Taman Dalam Taman

Taman Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands Taman Dalam Taman

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 210 hits
Assalammualaikum Dunia Jom kita jelajah taman Agro teknologi MARDI Siyes cantik giler taman nieNi kat Taman English Okew Map checked Terletak di Tanah Rata dan Lokasi agak ke dalam apa ada hal Waze jew InsyaAllah akan sampai Taman ni banyak...
Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

Top Business Growth Strategies

My Moving Journal A Fresh Start

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambatan Pantai Senok Kampung Gajah

Resipi Molten Lava Cake Guna Air Fryer

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq Video

Beli Kenangan Coffee Latte Rm6 90 Je

Tiada Tuhan Selain Allah

4u2c Kami Rappers Chord