Masih Ramai Tinggalkan Puasa Dengan Sengaja Ini Hukum Buat Mereka



Hari ni dah masuk hari ke-7 umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah berpuasa yang cukup bermakna dan berbeza cabarannya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ada yang tergelincir puasa ke setakat ni? Kalau masih ada antara kita yang sengaja ingin meninggalkan puasa tu bawa bertaubatlah ya. Tapi mungkin ada yang masih tak jelas dengan hukum mereka yang sengaja meninggalkan puasa tanpa alasan yang kukuh.

Berikut merupakan jawapan yang dikeluarkan di Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Hal ini jelas seperti mana yang disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: Terbinanya Islam itu atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.”

Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)
Maka jelaslah puasa Ramadhan ini adalah perkara utama di dalam Islam yang tidak boleh ditinggalkan sekiranya tidak ada sebarang keuzuran.

Imam Ibn Hajar al-Haithami menyebutkan bahawa betapa besarnya kesalahan meninggalkan puasa dengan sengaja terutamanya di bulan Ramadhan. Hal ini jelas seperti yang disebutkan beliau:

الْكَبِيرَةُ الْأَرْبَعُونَ وَالْحَادِيَةُ وَالْأَرْبَعُونَ بَعْدَ الْمِائَةِ: تَرْكُ صَوْمِ يَوْمٍ مِنْ أَيَّامِ رَمَضَانَ، وَالْإِفْطَارُ فِيهِ بِجِمَاعٍ أَوْ غَيْرِهِ بِغَيْرِ عُذْرٍ مِنْ نَحْوِ مَرَضٍ أَوْ سَفَرٍ

Maksud: Dosa besar yang ke 140 dan 141, meninggalkan puasa pada salah satu hari daripada hari-hari dalam bulan Ramadhan, dan berbuka puasa padanya dengan persetubuhan atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau bermusafir. Lihat al-Zawajir (1/323).

Namun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa dengan sengaja dan mempunyai kesedaran untuk bertaubat kepada Allah SWT. Maka, para fuqaha’ membahaskan hal ini di dalam perbahasan bab mengqada’ puasa bagi mereka yang meninggalkan puasa secara sengaja.

Kesalahan berbuka dengan sengaja ini sangat berat sehinggakan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Abu Hanifah mewajibkan kafarah dan qada’ kepada orang yang makan dan minum secara sengaja pada bulan Ramadhan.

Mazhab Imam al-Syafie dan Mazhab Imam Ahmad pula berpandangan orang yang meninggalkan puasa dengan makan atau minum secara sengaja tidak dikenakan kafarah, kerana kafarah hanya khusus kepada orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadhan sahaja. Namun kedua mereka seiring bahawa puasa tetap wajib diqada’kan. Lihat Mausuah al-Fiqhiyah (28/60).

Hal ini turut dinyatakan oleh para fuqaha’ kontemporari tentang apa yang perlu dilakukan bagi orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, atau melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal selain daripada persetubuhan di siang hari. Antaranya disebutkan oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:

من أفطر في رمضان بغير جماع، بأن أكل أو شرب، أو استعط ، أو باشر فيما دون الفرج فأنزل، أو استمني فأنزل، وكان يمكنه الصوم، وجب عليه قضاؤه قبل حلول شهر رمضان من العام الذي يليه،

Maksudnya: Sesiapa yang berbuka puasa ketika Ramadhan selain daripada jima’ dengan makan atau minum, atau memasukkan sesuatu (cecair atau ubat) ke dalam hidung, atau bersentuhan selain pada kemaluan kemudian terkeluar mani, atau melakukan onani, kemudian keluar mani. (Ketika melakukan semua perbuatan ini) dia berkemampuan untuk berpuasa, maka wajib qada’, sebelum masuk bulan Ramadhan tahun seterusnya. Lihat al-Mu’tamad (2/200).

Syeikh Ibn Baz pula dalam menjawab persoalan yang diajukan kepada beliau daripada seseorang yang sengaja berbuka puasa ketika Ramadhan beberapa tahun sebelumnya, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makan atau minum atau apa-apa yang membatalkan selain jima’ adalah perkara mungkar yang diharamkan. Beliau menyatakan bahawa orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja hendaklah bertaubat kepada Allah, dan menyesal di atas perbuatan tersebut. Seterusnya mengqada’kan hari-hari yang ditinggalkan dan inilah kewajipan untuknya kerana berbuka puasa tanpa sebarang keuzuran merupakan perkara mungkar yang diharamkan[1].


KesimpulanMelihatkan kepada nas dan hujah di atas, kami nyatakan bahawa orang yang sengaja berbuka puasa di dalam bulan Ramadhan adalah berdosa besar kerana meninggalkan salah satu daripada rukun Islam.

Namun begitu, Allah SWT sangat mengasihani hamba-hambanya dengan memberi peluang untuk menebus kembali dosa tersebut. Maka kami katakan bahawa, orang yang meninggalkan puasa di dalam bulan Ramadhan dengan apa cara sekalipun selain daripada jima’ di siang hari hendaklah menggantikan puasa tersebut secepatnya sebelum datang Ramadhan pada tahun berikutnya.

Bagi mereka yang gagal menggantikan puasa sebelum datang Ramadhan berikutnya, hendaklah membayar fidyah mengikut kadar yang telah ditentukan.

Semoga kita semua mendapat hidayah dan taufiq untuk mengamalkan segala titah perintah-Nya.

Sumber: Pejabat  Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca yang berpuasa di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/04/masih-ramai-tinggalkan-puasa-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Ganti Puasa Bagi Orang Yang Masih Hidup

Hukum Ganti Puasa Bagi Orang Yang Masih Hidup

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 326 hits
Apakah hukum ganti puasa bagi orang yang masih hidup Adakah ia sah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Adakah dibolehkan kalau seorang itu tidak b...
Hukum Makan Banyak Ketika Berbuka Puasa

Hukum Makan Banyak Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 371 hits
Apakah hukum makan banyak ketika berbuka puasa Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Biasa masyarakat kita apabila berbuka puasa makan minum dengan ...
Apa Hukum Mandi Selepas Asar Di Bulan Puasa

Apa Hukum Mandi Selepas Asar Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 960 hits
Ketika kecil dahulu pasti ada antara kita yang pernah dilarang mandi selepas Asar di bulan Ramadan Alasannya makruh kerana kita umpama menyegarkan semula badan dan ujian kepenatan puasa itu tidak terasa lagi Dan isu ini tidak dinafikan masi...
Hukum Puasa Bagi Ibu Hamil Menyusu

Hukum Puasa Bagi Ibu Hamil Menyusu

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 399 hits
Apakah hukum puasa bagi ibu hamil dan menyusu Adakah dibenarkan untuk tidak puasa Dalam artikel ini saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ingin kepastian berhubun...
Hukum Puasa Tapi Tidak Solat

Hukum Puasa Tapi Tidak Solat

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 389 hits
Apakah hukum puasa tapi tidak solat Dalam artikel ini saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ingin bertanyakan satu soalan berkenaan orang yang puasa tapi tidak me...
Hukum Derma Darah Ketika Puasa

Hukum Derma Darah Ketika Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 787 hits
Apakah hukum derma darah ketika puasa Apakah ia membatalkan puasa Dalam artikel ini saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ingin bertanya ketika kita sedang menjal...
Ulangkaji Bab Puasa Pelbagai Hukum Fatwa Puasa

Ulangkaji Bab Puasa Pelbagai Hukum Fatwa Puasa

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 509 hits
Ulangkaji Bab Puasa Pelbagai Hukum Fatwa Puasa Assalamu alaikum Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelma jom kita ulangkaji bab puasa Ummi kongsikan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba